Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

2,181 belia Selangor dapat manfaat Insentif Perkahwinan Belia

SHAH ALAM 20 NOV :Seramai 2,181 belia di Selangor mendapat manfaat melalui Program Insentif Perkahwinan Belia yang dianjurkan kerajaan negeri, sejak Januari lalu.

Exco Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata kerajaan negeri menerima 2,497 permohonan membabitkan lapan fasa sejak dilancarkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sehingga 7 November lalu.

Yunus-HairiKatanya, jumlah berkenaan masih rendah jika dibandingkan dengan statistik perkahwinan di Selangor yang direkodkan Jabatan Pendaftaran Perkahwinan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sepanjang tahun ini.

"18,000 pendaftaran direkodkan bagi beragama Islam dan 7,000 diterima bagi bukan Islam," katanya ketika menjawab pertanyaan daripada Mohd Haslin Hassan (PAS-Tanjong Sepat) ketika sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Sebelum ini, insentif perkahwinan yang dianjurkan melalui program di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) itu menetapkan setiap pasangan pengantin akan menerima wang tunai RM200 daripada kerajaan negeri.

Bagaimanapun, insentif berkenaan akan dinaikkan kepada RM500 seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat Selangor ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Antara syarat bagi menyertai program itu adalah pasangan yang menetap di Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun sudah boleh dianggap sebagai pemastautin tetap.

Sehubungan itu, Dr Ahmad Yunus berkata, pasangan bukan Islam juga dipelawa menyertai program berkenaan kerana ia bukan khusus kepada belia Melayu Islam sahaja tetapi kepada semua belia termasuk Cina dan India.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page