Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Selangor perkenal bas awam percuma

SHAH ALAM 22 NOV : Kegagalan Kerajaan Pusat menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang berkesan mendorong Kerajaan Negeri memikul tanggungjawab itu demi kepentingan dan kemudahan rakyat.

sidang dun 21-11-13 - 1Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Khim, berkata walaupun tidak mendapat sebarang peruntukan daripada Kerajaan Pusat atau mana-mana pihak dan dengan kekangan sumber kewangan yang terhad, Kerajaan Negeri memperkenalkan inisiatif perkhidmatan pengangkutan bas awam percuma.

Menurut Chang Khim (DAP-Sungai Pinang), Kerajaan Negeri juga sentiasa bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) bagi memastikan sistem pengangkutan awam di Selangor selari dengan pembangunan pesat dan peningkatan penduduk.

"Untuk tujuan itu, Jawatankuasa Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat yang di selaras oleh pihak SPAD dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) akan membincangkan pelaksanaan inisiatif ini secara bersepadu.

"Antara faktor yang harus diambil kira ialah perkhidmatan ‘FeederBus' yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi perhubungan kawasan kejiranan dengan stesen pengangkutan rel (MRT/LRT) tidak bertindih," kata Chang Kim.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Adun Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz (BN) berhubung perkembangan perkhidmatan pengangkutan awam yang terkandung di dalam Manifesto Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) Pakatan Rakyat.

Ujar Chang Khim, setiap kertas cadangan rangka kerja perkhidmatan bas awam percuma yang disediakan kesemua lapan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga akan diperhalusi mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan berkesan.

Lapan PBT yang terlibat ialah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSP).

"Secara dasarnya perkhidmatan ini diberikan kepada semua pihak tidak kira sama ada warga emas, miskin dan lain-lain.

"Terdapat juga cadangan yang masih dalam pertimbangan seperti permintaan MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) yang mahu mengenakan bayaran RM 0.50 dan cadangan untuk tidak membenarkan mereka yang bukan warganegara menikmati perkhidmatan percuma ini dan sebagainya.

"Kesemua cadangan ini kita akan bincangkan," kata Chang Kim.

Beliau juga berkata, perlaksanaan perkhidmatan ini akan diperluaskan ke kawasan luar bandar dan pinggiran bandar jikapermintaan meningkat di kawasan-kawasan berkenaan.

Buat masa ini, MBPJ mendahului perkhidmatan bas komuniti percuma sejak tahun 2008 yang meliputi laluan mengikut zon iaitu Zon Petaling Jaya Selatan (PJS) dan Zon Petaling Jaya Utara (PJU).


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page