Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Permohonan Program Bantuan (Infrastruktur) Sekolah Negeri Selangor Tahun 2023 - Dibuka Hingga 31 Mac 2023

PERMOHONAN PROGRAM BANTUAN (INFRASTRUKTUR) SEKOLAH NEGERI SELANGOR TAHUN 2023

Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor akan membuka permohonan bagi Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor Tahun 2023 bermula pada 13 Februari 2023 sehingga 31 Mac 2023.

Bantuan Infrastruktur Sekolah Selangor 2023

1. Kerajaan Negeri Selangor menawarkan bantuan membaik pulih / membaiki infrastruktur sekolah negeri Selangor

2. Sekolah yang layak memohon :

- Sekolah Agama Rakyat / Sekolah Rendah Agama Integrasi (yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor)
- Maahad Integrasi Tahfiz Sains
- Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
- Sekolah  Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
- Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK)
- Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)
- Sekolah Mubaligh    
- Sekolah Kebangsaan dan    
- Sekolah Menengah Kebangsaan

3. Permohonan hendaklah dibuat oleh pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) / Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) 

4. Permohonan dibuka bermula 13 Februari 2023 sehingga 31 Mac 2023

5. Permohonan secara dalam talian di laman sesawang www.ssipr.selangor.gov.my

4. Sebarang pertanyaan dan maklumbalas berhubung perkara ini, pihak puan boleh menghubungi Puan Nurulain binti Mohd Yusof melalui talian 03-5521 2278.

 

Sumber : Seksyen Agihan Dan Pembangunan, 
Unit Perancang Ekonomi Negeri, Pejabat SUK Selangor


Kemaskini pada 2023-03-08 11:19:41 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page