Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

 | 

Skim Mesra Usia Emas

ipripr

(Maklumat Berikut Dari Laman Web IPR)

SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) adalah salah satu agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (Fasa 1). Skim ini dilancarkan pada bulan Ogos 2008 dan secara rasmi bermula pada 1hb Oktober 2008. Pada Januari 2017, "Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)" telah dijenamakan semula menjadi: "IPR: Inisiatif Peduli Rakyat".
 
Skim Mesra Usia Emas (SMUE) ini bermula sebagai skim khairat kematian kepada warga emas dan OKU yang layak sebanyak RM 2,500. Bermula pada 1hb Mei 2019 program khairat kematian telah dihentikan dan diganti dengan pemberian manfaat semasa hidup di dalam bentuk Jom Shopping sebanyak RM 100 setahun kepada warga emas / OKU yang layak, sempena musim perayaan dan dijangka bermula pada bulan Oktober tahun 2019.
 
Penambahbaikan ini adalah bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri Selangor yang menghargai golongan warga emas dan mahu mereka menikmati hasil negeri semasa mereka masih hidup. Baucer Jom Shopping ini akan membantu golongan warga emas dalam membeli barang keperluan asas sebagai kelengkapan menjelang musim perayaan.
 
-Laman Sesawang Rasmi: mesra.yawas.my
 
-Pengendali program: 
 
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
Aras 5, Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum, 7/52, Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
No talian: 03-5481 8800

Kemaskini pada 2019-05-21 10:59:48 daripada Administrator

  •  
  • Print