Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

RUMAH REHAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR (RRKNS) DIBUKA UNTUK TEMPAHAN

etempahan Rumah Rehat Kerajaan Negeri Selangor

 |  Tonton Video Promo atau boleh muat turun video penuh disini : DOWNLOAD  |

 

RUMAH REHAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR (RRKNS)

 

Kerajaan Negeri Selangor memiliki dua (2) buah Rumah Rehat yang terletak bersebelahan di puncak Bukit Fraser iaitu Banglo Sultan Sulaiman dan Banglo Seri Selangor.  Kedua-dua banglo mengandungi 4 buah bilik/ 4 bilik air, ruang makan, ruang rehat dan dapur yang dilengkapi dengan kemudahan asas serta peralatan dan perabot rumah.  Selain itu, terdapat bilik mesyuarat di Banglo Sri Selangor yang boleh memuatkan 20 orang serta dua (2) orang petugas banglo yang sangat membantu.  

 

Bukit Fraser merupakan salah satu destinasi percutian tanah tinggi yang agak popular di negara kita dan sangat sesuai untuk berehat dengan suhu hampir menyamai  suhu musim bunga/ luruh di negara 4 musim.  Sepanjang perjalanan menuju kepuncak, kita disajikan dengan pemandangan banglo-banglo bercirikan senibina Inggeris dan Scottish termasuk bangunan balai polis dan pejabat pos yang dibina sekitar tahun 1919.

 

Menikmati pebagai aktiviti/pengalaman/ pemandangan sekitar banglo seperti:

 

  • Jam Menara Bukit Fraser yang terpacak ditengah-tengah pekan Fraser Hill ini seolah-olah menyambut ketibaan anda.
  • Bird Interpretive Centre Bukit Fraser - mengenali 250 spesis burung yang dipamerkan antaranya burung Enggang, Merpati, Helang dan pelbagai spesis yang lain
  • Taman Rekriasi/ Taman Awam/ Taman Flora
  • Bermain golf di atas padang setinggi 1524 meter dari aras laut
  • Hiking, berkuda dan sebagainya.

 

Tempahan RRKNS boleh dibuat melalui etempahan.selangor.gov.my.  Kadar sewaan yang sangat berbaloi iaitu RM250.00 semalam bagi setiap banglo yang penuh dengan sejarah ini.  Anda boleh bermalam, bermesyuarat, berkurus dan sebagainya di sini.

 

Untuk tempahan, sila ke link ini : E-TEMPAHAN


Kemaskini pada 2024-03-14 10:18:08 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page