Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Selangor terima RM564.6 juta peruntukan Marris baiki jalan

SHAH ALAM, 10 FEB: Kerajaan Selangor memperoleh RM 564.6 juta peruntukan daripada Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (Marris) untuk penyelenggaraan jalan seluruh negeri itu seperti termaktub dalam Perkara 109 (1)(b), Perlembagaan Persekutuan.
Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan KemudahanAwam, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata peruntukan itu merangkumi jalan negeri, jalan bandaran, jalan perumahan murah, jalan kampung, jalan pertanian dan lorong belakang.
Katanya, cadangan penggunaan melalui kaedah peruntukan Marris kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah RM3 juta untuk setiap Dewan Undangan Negeri menjadikan jumlah keseluruhan RM168 juta.
Yunus-Hairi

“Cadangan peruntukan RM500 ribu kepada setiap Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor menjadikan jumlah RM4.5 juta,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.
Beliau berkata, peruntukan RM156 juta pula disalurkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor.
Katanya, peruntukan RM4 juta pula diberikan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor berdasarkan kepada permohonan yang dikemukakan kepada Perbendaharaan Negeri Selangor.
“Peruntukan RM214.1 juta diberikan kepada PBT berdasarkan panjang jalan di kawasan berkenaan di bahagi dengan jumlah keseluruhan panjang jalan di seluruh PBT Selangor di darab baki lebihan peruntukan setahun selepas pengagihan kepada semua agensi,” katanya.
Dr Yunus berkata, kuasa berbelanja diberikan kepada Datuk Bandar, YDP PBT, Pegawai Daerah, Pengarah JKR dan Pengarah JPS untuk melaksanakan projek Marris bagi tahun 2014.
lampu jalan ampang 01


Katanya, setiap senarai projek PBT, Pejabat Daerah, JKR dan JPS perlu disemak oleh jawatan kuasa teknikal dan disahkan jawatankuasa pentadbiran Marris sebelum perolehan dilaksanakan.
“Oleh kerana penumpuan kerajaan negeri pada penggal ini adalah untuk pembangunan desa, maka disarankan peruntukan RM3 juta untuk setiap Dewan Negeri harus juga diberi penumpuan kepada projek penyelenggaraan jalan desa yang didaftarkan di dalam sistem dalam talian Marris,” katanya.
Beliau berkata, bagi penyelenggaraan jalan yang tidak mencapai piawaian minimum JKR dan tidak didaftarkan di dalam sistem dalam talian Marris maka ia perlu dirujuk Pejabat Daerah dan Tanah terlebih dahulu.


Sumber: www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-03-24 09:20:35 daripada Administrator

  •  
  • Print