Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Himpunan perdana temukan JMB-MC dan Kerajaan Negeri 2 Mac ini

PUCHONG, 22 FEB: Kerajaan Selangor akan menganjurkan Himpunan Perdana JMB/ MC Negeri Selangor pada 2 Mac ini bertempat di Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).
Himpunan yang dianjurkan buat kali ketiga sejak tahun 2009 terbuka untuk penyertaan semua Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan pengurusan (MC) bagi memantapkan lagi sistem pentadbiran mereka di kawasan kediaman.
iskandar samad pink 01

Exco Perumahan Selangor, Iskandar Abdul Samad, berkata himpunan ini memberikan peluang kepada JMB dan MC untuk bertemu dengan pelbagai agensi di Selangor seperti Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Pejabat Tanah dan Galian Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan (JKKP).
“Adalah dijangkakan masalah seperti migrasi meter pukal kepada meter individu, pengeluaran hakmilik strata dana pembayaran yuran penyelenggaraan yang tertunggak akan dibangkitkan pada himpunan ini supaya jalan penyelesaian dapat diusahakan.
“Program ini adalah sebahagian daripada Kempen Bersih, Ceria dan harmoni yang dilancar pada tahun 2009,” katanya kepada media.
Majlis perasmian himpunan bakal disempurnakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tambah Iskandar, Kerajaan Negeri juga akan menyampaikan Anugerah Khas untuk pangsapuri terbaik di Selangor pada himpunan berkenaan.
Penilaian akan dibuat dibawah Program Komuniti Bestari (K-STAR) dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Anugerah K-STAR dan Anugerah Ceria.

Sumber: www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-03-24 09:02:31 daripada Administrator

  •  
  • Print