Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

SMITF 2014 dijangka tarik 30,000 pengunjung

SHAH ALAM, 20 MAC: Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Cawangan Selangor menjemput orang ramai untuk mendapatkan info dan tawaran terkini pelancongan Islam melalui Matta Fair Selangor (SMITF-9).
Pameran itu akan berlangsung di Shah Alam Convention Centre (SACC), di sini yang bermula 9.00 hingga 9 malam, pada 21 hingga 23 Mac ini.
Tujuan pameran itu diadakan adalah untuk mewujudkan satu landasab ideal bagi penguasaha khususnya pelancongan Islam untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.
Matta Tourism

Sebelum ini, pameran itu menarik sejumlah 20,000 pengunjung dan dijangka terus meningkat pada tahun ini dengan dijangkakan 30,000 pengunjung akan hadir dengan jumlah anggaran jualan melebihi RM30juta dalam tempoh tiga hari pameran itu.
Pameran itu adalah satu usaha MATTA Selangor untuk menggalakkan dan memajukan sektor pelancongan Islam di negara ini.
SMITF 2014 berusaha untuk membantu pemain industri pelancongan dalam menyediakan pendedahan penting kepada syarikat terbabit dan produk pelancongan yang ditawarkan.
Pada masa sama, acara itu menyediakan pengguna kemudahan untuk memilih pakej sama ada untuk riadah dan umrah atau haji bersesuaian dengan keperluan masing-masing di bawah satu bumbung.

Sumber : www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-03-24 08:47:06 daripada Administrator

  •  
  • Print