Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Tawas perkenal Teras, boleh nikmati rebat cukai

SHAH ALAM 1 APRIL: Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) memperkenalkan Tabung Generasi YAWAS (Teras) sebagai produk terbarunya khusus buat individu mahupun syarikat yang ingin menjadi penderma kepada pembangunan ahli Tawas.
Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Mohd Noor Mohd Zain, berkata penderma Skim Teras berpeluang menikmati rebat cukai pendapatan daripada Lembaga hasil Dalam Negeri (LHDN).
YAWAS


Rebat layak tuntut yang dibenarkan LHDN adalah 7 peratus daripada pendapatan agregat bagiindividu, manakala 10 peratus daripada pendapatan agregat bagi syarikat.
“Pada 2012, YAWAS berjaya mendapatkan kelulusan pengecualian cukai di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967 daripada Kementerian Kewangan Malaysia untuk tempoh 5 tahun sehingga 2016.
“Atas kejayaan itu, Teras berjaya diwujudkan pada 1 Januari tahun ini,” katanya kepada Selangor Kini baru-baru ini.
Selangor Kini difahamkan, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid merupakan individu pertama yang mendermakan RM15,074.85 iaitu sebahagian gaji bulanannya ke dalam Skim Teras.
Menerusi Teras, sumbangan kewangan daripada penderma akan digunakan untuk pembangunan pendidikan, modal insan dan kebajikan ahli-ahli Tawas.
“Untuk pendidikan, sumbangan penderma akan digunakan untuk menyediakan pusat jagaan kanak-kanak (4 Tahun ke Bawah), tadika pra-sekolah (4 hingga 6 Tahun), pusat tuisyen di setiap daerah serta Asrama untuk anak-anak Tawas yang kurang bernasib baik.
“Dalam pembangunan modal insan, anak-anak Tawas akan disertakan ke pusat motivasi, pembiayaan melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi dan kemasukan ke pusat latihan kemahiran dan teknikal,” jelasnya.
Beliau berkata, ahli Tawas juga bakal menerima manfaat kebajikan bantuan awal dan sumbangan sampingan sekirannya mereka sedang menerima rawatan, mengalami bencana alam, Kemalangan ataupun kematian ibu atau bapa.
Tawas diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri sejak Jun 2008 dengan menjanjikan setiap anak kelahiran Selangor akan mendapat pelaburan RM100 dan pada usia 18 tahun, peserta berpeluang menerima RM1,500 seorang hasil daripada pelaburan tersebut.
Setakat 27 Mac lalu, Tawas menerima 148,516 permohonan. Daripada angka itu, hanya 128,672 permohonan lulus manakala 13,638 permohonan gagal dan bakinya 3,294 permohonan lagi tidak lengkap untuk diproses.
Hulu Langat muncul sebagai kawasan Parlimen yang mencatatkan jumlah permohonan Tawas tertinggi dengan mencatatkan 15,889 diikuti Kapar 14,001 permohonan, Klang 10,803 permohonan dan Kuala Langat 10,210 permohonan.


Sumber: www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-04-14 11:08:44 daripada Administrator

  •  
  • Print