Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

53 penerima gembira terima bantuan rumah Program Kerajaan Prihatin

KUALA LANGAT 1 APRIL: Selepas menanti selama lima tahun akhirnya impian Ramli Mohd Jaafar, 50, untuk memiliki rumah sendiri tercapai hari ini apabila beliau dipilih sebagai penerima Bantuan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor.
rumah1


Bapa kepada lima anak ini nyata gembira menerima bantuan ini memandangkan beliau dan keluarga sebelum ini menumpang di rumah saudara di Kampung Permatang Pasir, Banting.
“Alhamdulillah gembira dan bersyukur mendapat bantuan rumah baru.
“Sebelum ini menumpang di rumah saudara. Ini pertama kali memohon dan dapat rumah.
“Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri,” katanya yang bekerja sebagai penjual kuih-muih.
Bagi buruh kilang, Ibrahim Omar, 52 dengan harga rumah yang tinggi mengakibatkan beliau tidak mampu membeli rumah yang dijual di pasaran.
rumah2


Katanya, dengan pendapatan RM1,600 sebulan, beliau sebelum ini hanya menyewa pada kadar RM250 sebulan bersama isteri dan lima orang anak.
“Saya bersyukur kerana (Exco) Kerajaan Prihatin dapat membantu,” katanya yang tinggal di Batu 40 Kampung Olak Lempit.
Penerima bantuan baik pulih rumah, Latame @ Letchume a/p Sinnaian, 49, juga gembira dengan bantuan yang diterima memandangkan beliau terpaksa menjaga ibunya yang tidak sihat.
rumah3


Kata ibu tunggal kepada seorang anak ini setiap bulan beliau hanya mendapat bantuan daripada Perkeso sebanyak RM800 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM200.
“Saya sekarang duduk rumah menjaga emak dan emak mertua yang kini tidak sihat.
“Selepas suami meninggal saya tidak kerja. Saya dapat bantuan lain pun sedikit. Kadang-kadang saya hanya mengusahakan kebun sireh yang ada,” katanya yang tinggal di Simpang Morib kepada Selangor Kini.
rumah4


Sementara itu bagi pengusaha roti dan kek, Norsapilah Ibrahim, 41 bantuan Blueprint berbentuk pemutar tepung diharapkan dapat membantunya meluaskan lagi perniagaan yang dimulakan sejak setahun lalu.
Berasal dari Kampung Kanchong Darat, beliau sebelum ini berkerja sebagai tukang jahit selama 20 tahun.
“Alhamdulillah, saya membuat perniagaan menjahit serta membuat kek dan biskut. Kek baru bermula setahun dan 20 tahun menjahit.
“Pendapatan menjahit ikut tempahan ditambah pada musim perayaan dan insyaAllah dengan pemberian mesin ini saya harap dapat kembangkan lagi perniagaan berasaskan kek,” kata ibu kepada tiga orang anak ini.
Majlis Penyerahan Kunci Rumah, Program Kerajaan Prihatin dan Penyerahan surat tawaran Bantuan Blueprint pembasmian kemiskinan disempurnakan oleh Exco Kerajaan Prihatin, Kemiskinan dan Pekerja Ladang, Ganabatirau Veraman.
Seramai 53 orang menerima bantuan rumah Program Kerajaan Prihatin manakala 176 orang lagi menerima surat tawaran bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor.


Sumber: www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-04-14 11:10:09 daripada Administrator

  •  
  • Print