Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Program IKTISASS Smart Tahfiz TVET - Sesi Januari 2024 Dibuka

Program IKTISASS Smart Tahfiz TVET - Sesi Januari 2024 Dibuka

IKTISASS Smar Tahfiz - Kursus Penyamanan Udara 2024

Kerajaan Negeri Selangor melalui Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) membuka peluang biasiswa:

KHAS UNTUK LEPASAN TAHFIZ ANAK SELANGOR

-Minimum 3 juzuk hafazan
-Biasiswa pengajian di bawah Kerajaan Negeri Selangor (tertakluk terma dan syarat)

Kelolaan:
Selangor Technical Skills Development Centre (STDC)
-Institusi Pendidikan di bawah Kerajaan Negeri Selangor
-Kursus TVET berimpak tinggi
-Kampus serba lengkap dengan prasarana terbaik
-Tempat terhad 20 orang terawal sahaja

Kursus berimpak tinggi yang ditawarkan:
- TEKNOLOGI PENYAMANAN UDARA (15 BULAN)

Syarat-syarat kelayakan umum bagi pelatih IKTISASS Tahfiz adalah seperti berikut:

i. Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia;

ii. Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor;

iii. Pemohon telah bermastautin lebih 12 tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN, Penghulu, Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung, Pengerusi Taman Perumahan dan lain-lain yang diiktiraf oleh Kerajaan;

iv. Merupakan pelajar tahfiz yang masih atau pernah menuntut di sekolah atau institusi tahfiz yang diiktiraf oleh mana-mana jabatan atau agensi Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Selangor; atau

v. Lulus Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) atau setaraf dan ujian 3M;

vi. Berumur daripada 16 tahun hingga 21 tahun sahaja;

vii. Penajaan pelajar / pelatih akan memberi keutamaan kepada kategori keluarga berpendapatan B40 dan M40;

TAJAAN OLEH KERAJAAN NEGERI
-Yuran pendaftaran
-Yuran pengajian
-Penginapan asrama

*Akreditasi oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

Untuk pertanyaan dan pendaftaran:

-Klik link untuk daftar : https://forms.gle/eZChSRUS5gjpxFjAA

-Klik link untuk borang IKTISASS selepas daftar : 
https://drive.google.com/.../1wbMtcSkcQg4yZvDrdnZc2h.../view

Sebarang pertanyaan boleh hubungi urusetia STDC:

WhatsApp:
-www.wasap.my/60193424111/daftarSTDCSMARTTAHFIZ
-www.wasap.my/601157535792/daftarSTDCSMARTTAHFIZ

Telefon: 03-32812676 / 21


Kemaskini pada 2024-01-01 01:43:29 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page