Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Kerajaan Negeri bakal tempatkan sektor ekonomi di luar bandar

SHAH ALAM, 18 APRIL: Kerajaan Negeri dalam perancangan menempatkan sektor perindustrian di kawasan luar bandar seperti Sabak Bernam dan Sekinchan dalam usaha melonjakkan ekonomi luar bandar.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata usaha itu pasti membuka banyak peluang kepada golongan muda mendapat pekerjaan tanpa perlu berhijrah ke kawasan bandar.
Beliau berkata, pihak pengusaha dan pengilang mula memberi reaksi positif dengan mengambil kira kemudahan infrastruktur dan prasarana yang akan dibangunkan di kawasan berkenaan walaupun masih dalam perancangan.
SIDANG DEWAN UNDANGAN


“Mereka jangka apabila jalan raya Banting-Taiping mula siap dalam tiga hingga lima tahun akan datang, kawasan Sabak Bernam dan sekitarnya pasti akan membangun.
“Tetapi, kita perlu memastikan bahawa pembangunan yang ingin dilakukan di sana tidak menyentuh tanah tanaman padi yang berkeluasan 19,000 hektar supaya pendapatan daripada hasil padi tidak terganggu,” katanya di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) berkenaanrancangan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan ekonomi luar bandar.
pertanian


Abdul Khalid (PKR-Pelabuhan Klang) berkata, Kerajaan Negeri juga sedang mempertimbangkan perancangan melengkapkan rumah petani di kawasan luar bandar dengan barangan pertanian lengkap.
“Seperti di Taiwan, setiap petani lengkap di rumahnya dengan alat seperti generator, traktor dan alatan lain yang mampumenambah produktivi hasil pertanian.
“Namun, perkara ini perlu mengambil kira isu pelaburan kerana harga produk pertanian tidak menentu, adakala naik dan turun. Jadi ramai takut melabur,” katanya.


Sumber:  www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-04-22 14:42:49 daripada Administrator

  •  
  • Print