(Sumber:https://youtu.be/rVgwBvdhG_o)
Menjelang tahun baru Hijrah 1446, bersama-samalah kita bersatu hati dan kebersamaan ummah dalam mendepani pelbagai mehnah. Betapa ehsan amat diperlukan oleh setiap insan dan nilai kasih sayang yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dijadikan panduan agar kita hidup santun dan diredhai.
Ayuhlah kita, sebagai pencinta keamanan dan Palestina hadir menzahirkan sokongan dan semarakkan kecintaan kepada Baginda Rasulullah SAW menerusi alunan qasidah oleh kumpulan “Angham Anisah” serta pengisian lainnya pada MALAM EHSAN UNTUK INSAN 1446 bersempena dengan sambutan Maal Hijrah.
Istimewa bersama Murabbi Ummah: Al-Fadzil Ustaz Dr Haji Abdul Somad
Tarikh : 7 Julai 2024 (Ahad)
Masa : 6.00 pm sehingga tengah malam
Lokasi : Perkarangan Stadium Shah Alam
Tema Pakaian : #GazaBangkit
Nota Saranan:
Pastikan untuk membawa tikar dan payung untuk keselesaan serta sempurnakan solat sebelum majlis
Masuk adalah percuma! marilah kita berhimpun memeriahkan lagi sambutan Maal Hijrah dengan pengisian 'Recharge Hati', Tausiah bermakna sebagai tanda solidariti bersama Gaza dan Palestina.
Jumpa anda disana! InsyaAllah.
#MaalHijrah1446 #MalamEhsanUntukInsan #UstazAbdulSomad #KitaSelangor #MAPIMMalaysia #GazaBangkit
Kemaskini pada 2024-07-09 15:06:32 daripada Administrator