Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi ...

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Kempen Tahun Melawat Selangor 2025

Kempen Tahun Melawat Selangor 2025 Bermula !
Tahun Melawat Selangor 2025

Ikuti media rasmi:

Tourism Selangor Sdn. Bhd.   WebsiteSelangor.Travel   /  Facebook Tourism Selangor

Media Selangor  WebsiteSelangorkini.my  /  Facebook Media Selangor


Semarakkan kempen Tahun Melawat Selangor 2025 !
-Kunjungi laman web pelancongan rasmi Selangor.Travel
-Baca liputan berita pelancongan dari media rasmi Selangorkini


MATTA FAIR KUALA LUMPUR SEPTEMBER 2024 

Tourism Selangor Pavilion Matta Fair 2024Pameran "Tourism Selangor Pavilion" sempena MATTA Fair Kuala Lumpur.
Tourism Selangor membawakan banyak operator pelancongan.

Nombor Booth: 1D23

Tarikh : 6 - 8 September 2024
Masa : 10 pagi - 9 malam
Tempat : Exhibititon Centre (MITEC), Kuala Lumpur

Senarai Operator Pelancongan:
1. Farmfresh Selangor
2. Jumpstreet
3. Chocolate Museum
4. Amverton Cove Golf & Island Resort
5. Eastin Hotel Kuala Lumpurl
6. Rumah Hutan Terapi Alam
7. Wet World Water Parks
8. Nur Lembah Pangsung Eco Resort
9. GL Play
10. Sky Mirror Tour & Travel Sdn Bhd
11. Hop-on Hop-off Selangor
12. Gombak-Hulu Langat Geopark
13. Heritaste Jenjarom
14. Selangor Fruit Valley
15. Selangor FC
16. PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR

Ikuti media rasmi Tourism Selangor : 
Website : https://selangor.travel
Facebook : https://www.facebook.com/TourismSelangor

#PusingSelangorDulu #SplendidSelangor #takemeanywhere #MATTAFair2024 #mattakl

Tourism Tourism Tourism Tourism

Pelancongan Pelancongan 

Pelancongan Pelancongan

Kenali Laman Web Rasmi Tourism Selangor Sdn Bhd : https://selangor.travel

Berita pilihan menarik dari Media Selangor
Baca lagi carian berita pelancongan dari akhbar rasmi Kerajaan Negeri Selangor : SELANGORKINI.MY


 

Tajuk : Pesta Pantai Kelanang tarikan pelancong tempatan, luar menjelang TMS2025
Terbitan : 15 Sept 2024

Berita PelanconganKUALA LANGAT, 15 SEPT: Penganjuran Pesta Kelaut: Glamping @ Pantai Kelanang 2024 bakal menjadi tarikan pelancong tempatan dan antarabangsa menjelang Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025).

Penyelaras Parlimen Kuala Langat R Haridass berkata demografi Pantai Kelanang khususnya Kuala Langat yang terletak di pesisir pantai merupakan kelebihan yang harus ditonjolkan kepada pengunjung.

“Sebagai anak jati Kuala Langat, saya melihat potensi Pantai Kelanang dan kawasan sekitar untuk lebih dikenali sesuai dengan trend eko-pelancongan yang semakin mendapat tempat.

“Bagi yang baru mengenali Kuala Langat, daerah ini mempunyai keunikan alam semula jadi terutama pantai rekreasi seperti di Pulau Carey, Pantai Tanjung Rhu, Pantai Morib, Pantai Cunang dan Pantai Tanjong Sepat,” ucapnya pada majlis pelancaran pesta itu semalam.

Berikutan itu, beliau menyeru penduduk terus mengekalkan keindahan dan kebersihan Pantai Kelanang agar ia terus menjadi salah satu tarikan lokasi di Kuala Langat selain Pantai Morib.

“Harapan saya keindahan pantai ini dikekalkan untuk terus menjadi destinasi pilihan aktiviti keluarga. Komitmen ditunjukkan penduduk setakat ini amat baik kerana sentiasa mementingkan kebersihan.

“Di peringkat Kerajaan Negeri kita sentiasa menyokong terutama berkaitan pembangunan dan perubahan landskap yang lebih mesra pengunjung seperti medan selera, surau, tandas dan taman permainan kanak-kanak,” katanya.

Terdahulu, program memasuki tahun kedua itu mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk ahli majlis, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Selangor, Tourism Selangor, Agrosel Kuala Langat serta Badan Kebajikan Sukarelawan Pantai Kelanang.

Berlangsung dua hari sehingga hari ini, penganjur menyediakan lebih 18 acara menarik untuk seisi keluarga.

Sumber : https://selangorkini.my/2024/09/pesta-pantai-kelanang-tarikan-pelancong-tempatan-luar-menjelang-tms2025/



Tajuk : Selangor sasar tarik lebih lapan juta pelancong sempena TMS2025
Terbitan : 5 Sept 2024

Berita PelanconganSUBANG JAYA, 5 SEPT: Selangor menyasarkan lebih lapan juta pelancong domestik dan antarabangsa ke negeri ini sempena Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025).

EXCO pelancongan berkata sasaran itu berdasarkan pelbagai tawaran program yang disediakan khusus untuk pelancong yang akan memberi kesan positif kepada penggiat industri.

“Kehadiran pelancong akan beri anjakan ekonomi kepada Malaysia khususnya Selangor. Sektor pelancongan dilihat mampu memberi dampak ekonomi pada masa singkat berbanding pelaburan yang mengambil masa dua ke tiga tahun,” kata Dato’ Ng Suee Lim.

Ditemui selepas mengadakan lawatan rasmi ke Farm in the City, Seri Kembangan di sini hari ini, beliau menggalakkan penggiat industri terus menimba ilmu dan mempromosi produk pelancongan masing-masing supaya perniagaan terus berkembang.

Pada masa sama, Suee Lim memaklumkan Kerajaan Negeri sentiasa membantu dengan menyediakan platform supaya penggiat industri pelancongan dapat menjalin hubungan dengan negara luar.

Sumber : https://selangorkini.my/2024/09/selangor-sasar-tarik-lebih-lapan-juta-pelancong-sempena-tms2025/

Kalendar Acara Dari Tourism Selangor 2024
Sumber: https://selangor.travel/events-in-selangor/


Kemaskini pada 2024-09-15 12:28:12 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page