Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

MB: Bekalan air masih mencukupi sehingga Aidilfitri

SHAH ALAM, 3 JULAI : Kerajaan Selangor terus memberi jaminan tiada gangguan bekalan air kepada pengguna khususnya menjelang Hari Raya Aidilfitri meskipun cuaca kering masih melanda negara ketika ini.


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk memastikan air terawat dapat diagihkan secara mencukupi kepada pengguna.

empangan -mb

Malah katanya jawatankuasa kerja yang ditubuhkan bersama syarikat konsesi dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) mengadakan mesyuarat dua hari sekali untuk membincangkan situasi air di Selangor.
“Oleh kerana saya lihat hujan pun ada, jadi kita tidak perlu bimbang. Kadangkala saya rasa kita hanya menakutkan diri sendiri.
“Perkara sama ada air ada atau tidak, Kerajaan Negeri ada perancangan untuk memastikan bekalan air mentah mencukupi dan dengan usaha ini kita dapat keluarkan air terawat yang cukup kepada pengguna,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco, semalam.
Bagaimanapun kata Abdul Khalid, beberapa perkara perlu dipantau terutama dari segi pengedaran air antaranya mengenalpasti kondisi paip yang menghalang pengguna daripada mendapat bekalan air pada masa-masa tertentu.
Beliau memberi jaminan segala permasalahan yang timbul akan diselesaikan secepat mungkin bagi mengelakkan pengguna terjejas dengan keadaan itu.
“Masalah dari segi paip pecah dan kalau kawasan yang bekalan elektriknya tersekat, adalah antara perkara yang menyebabkan sebahagian daripada pengguna tidak dapat air pada masa tertentu.
“Namun kita akan memantau dan selesaikan perkara itu dengan secepatnya, dari segi operasi dan peruntukan, semuanya itu sudah kita lakukan,” katanya lagi.


Sumber : www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-07-21 12:30:44 daripada Administrator

  •  
  • Print