Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Kerajaan Negeri sedia bantu penduduk pangsapuri migrasi ke meter individu

SHAH ALAM, 6 JUL: Kerajaan Negeri bersedia membantu pemilik rumah pangsapuri melakukan migrasi meter air daripada meter pukal kepada meter air individu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata insentif itu hanya diberikan kepada mereka yang tidak berkemampuan menjelaskan bil yang dianggarkan berjumlah RM70 bagi setiap pemasangan meter.

Katanya, Kerajaan Negeri akan menggunakan ‘revolving fund’ daripada peruntukan air percuma yang diberikan setiap bulan.

MB di Konvensyen Migrasi Air 2a


“Paip sudah ada tinggal sambungkan sahaja, jadi pemilik kena bayar, kalau tak boleh kita ada skim. Kalau dia sudah bayar, maka akan dapat menikmati peruntukan air percuma lebih cepat.

“Untuk betulkan paip dan ganti (meter individu) kita boleh guna ‘revolving fund’ sebab setiap bulanada buat pembayaran air percuma dan jumlahnya melebihi RM10 juta setahun,” katanya, di sini.

Terdahulu, beliau hadir merasmikan Konvensyen Migrasi Meter Air Individu dan Pelancaran Kempen Pengurangan Sisa Isi Rumah Berstrata Negeri Selangor yang turut dihadiri Exco Perumahan, Iskandar Abdul Samad.

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri mensasarkan semua unit kawasan kediaman pangsapuri di Selangor memiliki meter individu menjelang hujung tahun ini.

Untuk menggalakkan migrasi, Kerajaan Negeri tidak akan meluluskan peruntukan Skim Ceria kepada pangsapuri yang tidak menukar meter pukal kepada meter individu.

Beliau berkata, pemasangan meter individu penting bagi membolehkan setiap penghuni menikmati skim pemberian air percuma yang dilaksanakan Kerajaan Negeri sejak tahun 2008.

MB di Konvensyen Migrasi Air 3a


“Sehingga kini, lebih 130,000 unit pangsapuri di negeri ini masih belum memiliki meter individu dan masih menggunakan meter pukal yang mengenakan caj lebih mahal,” katanya.

Bagi kediaman pangsapuri dan kondominium, caj tarif serata yang dikenakan adalah RM1.38 setiap meter padu berbanding meter individu kediaman yang mengenakan caj RM0.57 setiap 20 meter padu pertama diikuti RM1.03 untuk 20 hingga 35 meter padu berikutnya.

Dengan penggunaan meter individu, setiap penghuni berpeluang merasai tawaran air percuma oleh Kerajaan Negeri bagi 20 meter padu yang berjumlah RM10.72 setiap bulan.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-07-21 12:37:02 daripada Administrator

  •  
  • Print