Hebahan Pelaksanaan dan Jadual Sesi Taklimat SSPA Kepada Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor
Dimaklumkan bahawa, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (Pejabat SUK) akan melaksanakan Sesi Taklimat dan Pemilihan Opsyen SSPA Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor untuk pegawai lantikan tetap dan menjemput pihak YB Dato'/ YBhg. Dato'/ Tuan/ Puan untuk menghadiri sesi ini dengan membawa bersama Kad Pengenalan dan Salinan Slip Gaji Bulan Oktober 2024.
Manakala urusan pindaan maklumat perkhidmatan bagi pegawai Lantikan Kontrak (COS/CFS) akan dimaklumkan dalam waktu yang terdekat.
Berikut adalah Carta Proses Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)
dan Jadual Sesi Taklimat Dan Pemilihan Opsyen Sspa Bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Sumber : Cawangan Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kemaskini pada 2024-10-16 09:32:48 daripada Administrator