Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Pembayar zakat meningkat, petunjuk peningkatan pendapatan rakyat

SHAH ALAM, 7 JULAI: Peningkatan pembayar zakat di Selangor adalah petunjuk kejayaan Kerajaan Negeri meningkatkan pendapatan rakyat, kempen kesedaran memberi sumbangan melalui saluran sah dan kesedaran beragama.

Exco Kebajikan, Rodziah Ismail berkata, kejayaan itu dicapai ekoran kempen dan galakan kepada masyarakat agar menyertai program ditawarkan Kerajaan Negeri.

Zakat1


“Kesedaran rakyat tentang kesedaran beragama maknanya setiap hasil mereka perolehi akan disumbang kepada Lembaga Zakat Selangor dan juga meningkatkan pendapatan mereka.

“Kalau pendapatan mereka tidak meningkat bermakna tiada lebihan dan sekaligus tentunya kurang kesedaran untuk membayar zakat di kalangan rakyat negeri ini,” kata Rodziah ketika dihubungi Selangor Kini di sini.

Jelas beliau program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) negeri itu bukan sahaja menekankan peningkatan pendapatan semata-mata, malah turut menekankan nilai akhlak murni iaitu suatu hari nanti mereka pula menjadi tangan yang memberi kepada golongan yang memerlukan.

“Konsep kebajikan menyebabkan kesedaran dan ingin menyumbang, pengagihan lebih menyeluruh kepada banyak golongan memerlukan,” katanya.

Ekonomi masyarakat Islam di Selangor terus berkembang positif apabila golongan layak membayar zakat harta meningkat sehingga sembilan peratus bagi lima bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Bilangan pembayar zakat harta bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini mencatatkan 187,002 orang atau berbanding 172,183 orang tahun lalu.

Dalam tempoh itu, Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengutip sejumlah RM178.3 juta berbanding RM143 juta bagi tahun sebelumnya.

Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-07-21 12:35:04 daripada Administrator

  •  
  • Print