Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

MPSJ raikan 62 anak yatim buat persediaan sambut Aidilfitri

SUBANG JAYA, 13 JULAI: Menjelang kehadiran Aidilfitri, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) meneruskan program Jelajah Kasih Ramadan 2014 dengan meraikan anak-anak yatim Al-Ijabah, Puchong di pusat membeli belah Mydin USJ 1.


Seramai 62 peserta dari lingkungan umur 10 hingga 17 tahun diraikan dengan aktiviti membeli belah barang kelengkapan raya dan majlis berbuka puasa.

MPSJ

Program ini merupakan kerjasama MPSJ dengan Mydin, Tropicana Corperation Bhd, UN Riders dan IPD Subang Jaya.

Turut memberikan kerjasama dan sokongan adalah Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) MPSJ dan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (Akrab) MPSJ.

Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Abdullah Marjunid dalam ucapan ringkasnya berkata, program Jelajah Kasih Ramadan kali kedua ini bertujuan meringankan golongan yang kurang bernasib baik selain mendidik belia menerusi akivti sukarelawan dan amal.

“Melalui program ini, kita menggalakkan dan menjayakan program kerjasama pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) diantara MPSJ, korporat dan swasta.

“Kehadiran Ramadan ini juga, kita mengharapkan keberkatan Allah menerusi aktiviti kebajian dan amal,” katanya.

Terdahulu dengan kerjasama UN Roders, peserta lelaki seramai 43 orang diraikan dengan menaiki motosikal berkuasa besar melalui perjalanan daripada MPSJ menuju ke Mydin.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-07-21 12:26:24 daripada Administrator

  •  
  • Print