Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Selangor terima peruntukan RM37.54 juta daripada JAKIM

PUCHONG, 19 JULAI: Kerajaan Selangor menerima peruntukan berjumlah RM37.54 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi membiayai program keagamaan di negeri itu bagi tahun 2014.


Peruntukan itu diserahkan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj oleh Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

 

Sultan berbuka di Masjid Bandar Baru Puchong (1)



Majlis penyerahan itu disaksikan sendiri oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj; Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor; Sahibus Samahah Ahmad Zaharin Mohd Said.


Peruntukam itu meliputi bayaran elaun guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) sebanyak RM29.832, elaun imam masjid (RM6.273 juta), elaun guru takmir masjid dan surau (RM1.249 juta) serta elaun pegawai penyelaras masjid daerah (PPDM) berjumlah RM180,720
.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-08-20 11:20:30 daripada Administrator

  •  
  • Print