SHAH ALAM, 19 OGOS: Selangor menubuhkan jawatankuasa khas untuk memperhalusi kenaikan elaun guru Kelas Agama Fardhu Ain (KAFA).
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata jawatankuasa itu diketuai Rektor Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Prof Madya Datuk Dr Ab Halim Tamuri bersama tujuh ahli dari Fakulti Pendidikan KUIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Hasil tinjauan awal dengan guru selama sebulan sepanjang Julai lalu, terdapat berbagai bentuk pandangan dan cadangan daripada mereka berkenaan bagaimana kaedah, tatacara dan keperluan pelaksanaannya serta cadangan penambaikan,” katanya melalui laman Facebooknya.
Dr Halimah berkata, satu kajian komprehensif akan dilaksanakan bermula minggu ini selepas mendapat kelulusan.
“Laporan itu akan dimajukan kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan JAIS pada pertengahan September ini” katanya.
Sumber : www.selangorku.com
Kemaskini pada 2014-08-20 11:01:56 daripada Administrator