Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Mesra Sihat Selangor pastikan rakyat dapat pemeriksaan terbaik

AMPANG, 19 OKT: Kerajaan Negeri berhasrat mewujudkan program Mesra Sihat Selangor bagi memastikan rakyat mendapat pemeriksaan kesihatan percuma dan konsisten.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr. Daroyah Alwi berkata program turun padang itu akan dilaksanakan dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan (NGO) di setiap daerah.

Program PEKAWANIS (11)

Katanya, lebih istimewa, program juga akan disertai isteri-isteri ahli dewan undangan negeri dan Menteri Besar melalui PEKAWANIS.

“Antaranya juga, kita akan adakan ziarah medik iaitu lawatan ke rumah-rumah pesakit terlantar seperti penghidap ‘stroke’, warga tua dan sebagainya untuk pemeriksaan kesihatan di samping menghulur bantuan yang diperlukan.

“Kita yakin dengan adanya lawatan sedemikian, lebih-lebih lagi dikunjungi isteri Menteri Besar, pastinya ini memberi semangat dan dorongan kepada pesakit,” katanya kepada Selangor Kini.

Terdahulu beliau hadir dalam majlis penyampaian sumbangan Deepavali daripada PEKAWANIS yang disempurnakan pengerusinya yang juga isteri Menteri Besar, Shamsidar Taharin.

Mengulas lanjut, Daroyah berkata beliau turut merancang pelbagai program tambahan melalui ‘portfolio’ yang dijawatnya di samping menambah baik program sedia ada.

“Seperti program wanita, Pusat Wanita Berdaya (PWB) itu akan dikekalkan namun dilakukan penstrukturan semula bagi mencapai objektifnya.

“Antaranya, jawatan penyelia PWB akan dikekalkan dengan skop lebih besar dengan bidang kerja lebih luas dan akan ditempatkan di pejabat DUN untuk memudahkan urusan,” katanya lagi.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-10-30 09:33:55 daripada Administrator

  •  
  • Print