Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Kerajaan Negeri kenal pasti bantuan mangsa ribut Pandamaran

SHAH ALAM, 22 OKT: Kerajaan Negeri sedang mengenalpasti bentuk bantuan segera yang bakal diberikan kepada mangsa ribut di Pandamaran, Klang.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, pihaknya sedang giat mengumpul beberapa maklumat berhubung kerosakan dan keperluan penduduk sebelum bantuan disalurkan.

“Berdasarkan bancian (semalam) yang dilakukan ke atas penduduk pangsapuri terbabit, hanya dua keluarga bersetuju untuk dipindahkan ke penempatan sementara.

PANTAS

“Mangsa lain memilih untuk menumpang di rumah saudara dan kenalan terdekat,” katanya.

Bercakap kepada Selangor Kini, Daroyah berkata, kerja membaikpulih lima bumbung pangsapuri di Pandamaran Jaya sudah dipanjangkan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk tindakan susulan.

Beliau berkata, bagi unit atas di Pangsapuri Permai pula, pihaknya akan memohon bantuan tabung kecemasan bencana alam dari Kerajaan Negeri.

“Pangsapuri ini adalah jenis kos rendah dan badan pengurusannya juga tidak aktif. Jadi, tiada dana yang cukup untuk membantu mangsa terbabit.

“Saya akan usahakan perkara ini dengan memohon bantuan dari Kerajaan Negeri,” katanya.

dr daroyah

Semalam, Daroyah bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Tan Pok Shyong turun padang meninjau kawasan kediaman yang terjejas teruk ekoran kejadian ribut yang berlaku kira-kira jam 2 petang semalam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya berkata, kejadian puting beliung itu berpunca daripada ketidakstabilan atmosfera.

Kejadian yang berlaku selama kira-kira 30 minit itu menyaksikan pusaran angin terbentuk sejurus hujan lebat melanda, sebelum menerbangkan bumbung dua pangsapuri di Pandamaran Jaya.

Kejadian turut mengakibatkan beberapa kawasan di Jalan Banting dan Jalan Besar Pandamaran rosak teruk dengan kes pokok tumbang dan beberapa buah rumah dilaporkan rosak.

ribut

“Saya bersama ADUN Pandamaran juga ziarah semua rumah mangsa bagi mengenal pasti kerosakan dan keperluan mendesak mereka.

“Kami minta mangsa untuk membuat laporan polis dan mengisi borang bencana sebelum menyerahkan semua dokumen itu kepada ketua kampung untuk diserahkan kepada pejabat daerah untuk mempertimbangkan bantuan selayaknya kepada mereka,” katanya.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-10-30 09:13:46 daripada Administrator

  •  
  • Print