Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Kerajaan Negeri lulus segera Skim Ceria bawah RM20,000

SHAH ALAM, 29 OKT: Kerajaan Selangor akan memberi kelulusan segera kepada projek bawah RM20,000 bagi program Skim Baikpulih Negeri Berkebajikan utk pangsapuri (Ceria).

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata, penambaikan itu bagi memudahkan kerja pemulihan kawasan pangsapuri dan kelesaan penghuni.

Katanya, projek yang menelan kos kurang RM20,000 tidak memerlukan penyediaan tender yang memakan masa berbulan lamanya.

“Contohnya, jika ada Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang hendak buat rumah sampah tidak perlu menunggu lama. Juga untuk kerja kecil lain seperti membaiki longkang, pagar, dinding dan jalan.

pangsapuri dengkil

“Hantar sahaja permohonan kepada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) dan mereka akan buat lawatan tapak. Jika layak, maka LPHS akan buat Bill of Quantities (BQ),” katanya kepada Selangor Kini.

Iskandar berkata, keputusan melakukan penambahbaikan bagi permohonan Skim Ceria diputuskan dalam satu mesyuarat stanco Pengurusan Bangunan, baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, segala permohonan Skim Ceria harus melalui JMB yang sah dan tidak boleh dilakukan secara individu atau kumpulan lain.

“Memang kita memutuskan untuk memberikan kelulusan ‘fast track’ bagi projek bawah RM20,000. Tetapi, syarat utama perlu ada JMB, jika tidak ada, maka tidak boleh,” katanya.

iskandar

Skim Ceria adalah skim perkongsian kos antara penghuni pangsapuri kos rendah dengan Kerajaan Negeri dalam usaha menceriakan kawasan persekitaran.

Kerajaan Negeri akan membantu membiayai 80 peratus kos kerja dan selebihnya ditanggung penduduk.

Skim itu juga bertujuan menyemai rasa kepunyaan kepada setiap penduduk dalam menjaga dan menjamin harta bersama bagi tempoh masa yang panjang.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-10-30 09:22:52 daripada Administrator

  •  
  • Print