Menjadikan Istana Alam Shah sebagai Pentadbiran Pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang tersohor di Malaysia serta dicontohi oleh pentadbiran di istana negeri-negeri lain dan dikenali oleh semua peringkat Jabatan Kerajaan, Swasta dan Awam.
Memberi pendedahan serta meningkatkan ilmu pengetahuan kepada pegawai dan kakitangan Pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor supaya berprestasi tinggi, berdisiplin, cekap dan berkualiti dalam melaksanakan tugas selaras dengan pengiktirafan Standard MS ISO 9001:2015.
Pihak pengurusan akan memastikan pengurusan pentadbiran pejabat ini memenuhi keperluan dan kehendak semasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan pihak yang berkepentingan mengikut protokol dan perundangan yang berkaitan mengikut pekeliling-pekeliling semasa yang berkuatkuasa serta keperluan Standard MS ISO 9001:2015. Keberkesanan sistem pengurusan kualiti Pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor akan disemak semula mengikut tempoh yang ditetapkan bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

ISTANA-ISTANA RASMI DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR
ISTANA | ALAMAT | TEL./FAKS |
---|---|---|
ISTANA ALAM SHAH | Jalan Istana, 41500 Klang, Selangor Darul Ehsan | 03-3371 3411 03-3371 3424 03-3371 3525 03-3371 3325 03-3371 3446 03-3371 6969 |
ISTANA BUKIT KAYANGAN | Jalan Laksamana 12/1, Seksyen 12, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan | 03-5519 1636 03-3371 6287 |
ISTANA SELANGOR | Jalan Sultan Salahuddin, 50483 Kuala Lumpur | 03-2693 7759 03-2697 2866 |
ISTANA DARUL EHSAN | Jalan P & E, Presint 8, 62250 Putrajaya | 03-8888 3311 03-8888 9811 03-8888 2233 |
ISTANA MESTIKA | 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan | 03-5519 4242 03-5519 8181 |
Kemaskini pada 2025-03-06 11:36:34 daripada Ruzaini