KLANG, 12 DIS : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat menghadiri majlis Jamuan Teh Diraja bersempena sambutan Hari Keputeraan Baginda ke-69 di Istana Alam Shah di sini, semalam.
Turut berangkat ke majlis itu, Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah.

Antara tetamu yang hadir adalah Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dan isteri, Shamshida Taharin, Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Speaker Dewan Negeri Selangor, Hannah Yeoh serta pimpinan Kerajaan Negeri.
Majlis yang dihadiri kira-kira 3,000 jemputan itu turut diserikan dengan acara memotong pulut kuning oleh Tuanku Sultan.
Sultan Sharafuddin kemudian berkenan bersalaman dengan dif jemputan serta para hadirin yang turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan daripada Perbadanan Adat dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) dan artis tempatan.
Sumber : www.selangorku.com
Kemaskini pada 2014-12-12 16:31:01 daripada Administrator