Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Presiden baharu FAS mampu bawa perubahan perkembangan bola sepak Selangor

SHAH ALAM, 24 DIS: Pemilihan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) yang baharu diharap membawa perubahan kepada perkembangan bola sepak di Selangor.

Ketua Pasukan Selangor, Mohd Bunyamin Umar berkata, pelantikan itu pasti memberi kebaikan kepada FAS yang kini boleh memberi sepenuh tumpuan terhadap pembangunan bola sepak negeri.

Katanya, fokus terhadap persiapan Gergasi Merah bagi Liga Malaysia musim depan juga akan berjalan lancar.

FAS1

“Memang kita tidak boleh mengharapkan perubahan dramatik tetapi diharapkan pelantikan itu mampu ke arah yang lebih baik selepas ini.

“Dengan kerjasama semua pihak sama ada di peringkat persatuan, pengurusan dan pasukan, saya yakin Selangor akan terus mampu memberikan cabaran bermakna dalam saingan Liga Malaysia sama seperti musim lalu,” katanya kepada SelangorKini.

Bunyamin yang mengetuai Selangor untuk musim kedua berasa yakin dengan kemampuan pasukan walaupun kebanyakannya dibarisi pemain muda.

azmin


Beliau turut menyokong pelantikan Naib Presiden FAS, Datuk Subahan Kamal sebagai Pengurus Selangor kerana bekas Pengurus Harimau Malaya itu seorang berpengalaman luas dalam bola sepak negeri dan negara.

“Dalam bola sepak, kita kena buang sentimen politik. Sama seperti Tan Sri Annuar Musa untuk Kelantan, kita lihat pasukan The Red Warriors terus maju dan berjaya.

“Subahan sebagai anak jati Selangor, faham selok-belok bola sepak negeri dan mampu membimbing Selangor ke arah kejayaan,” katanya.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2015-01-08 11:28:32 daripada Administrator

  •  
  • Print