Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Tunggakan tanah: Kerajaan Negeri sedia bantu 363 peneroka Felda Sungai Buaya

HULU KELANG, 25 DIS: Kerajaan Negeri sedia membantu menyelesaikan masalah tanah membabitkan 363 peneroka Felda Sungai Buaya bersandarkan kepada prinsip adil dan saksama tanpa membebankan pihak yang tidak terlibat dalam perjanjian asal.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya sedang meneliti bentuk bantuan yang dapat diberikan bagi membantu meringankan beban peneroka terlibat.

“Saya sudah meneliti rayuan daripada peneroka terlibat tetapi semua pihak yang menuntut apa yang didakwa sebagai tunggakan itu mesti beri fakta tepat kerana perjanjian dibuat sebelum ini tidak melibatkan Kerajaan Negeri.

sungai buaya

“Ini adalah janji yang dibuat antara pemaju dengan peneroka terlibat yang menubuhkan sebuah syarikat sendiri dalam kalangan mereka.

“Malangnya, pemaju berkenaan yang sebelum itu menjanjikan pelbagai imbuhan kepada peneroka sudah gulung tikar. Maka, jangan dibebankan perkara itu kepada Kerajaan Negeri,” katanya.

Mohamed Azmin berkata demikian sebagai mengulas gesaan bekas peneroka Felda Sungai Buaya, Hulu Selangor yang menuntut campur tangan beliau melunaskan baki bayaran tertunggak bernilai RM227 juta hasil pembangunan tanah ladang seluas 1,254.5 hektar, pada 1994.

Pada 23 Disember lalu, genap 20 tahun penantian mereka menuntut baki bayaran yang sepatutnya diselesaikan sepenuhnya pada 1998 seperti termaktub dalam perjanjian yang dipersetujui bersama pemaju.

MB Azmin lawat tapak banjir di depan Stadium (9)

Katanya, kumpulan peneroka tersebut dijanjikan imbuhan sejumlah kira-kira RM1 juta serta kediaman daripada pemaju.

Bagaimanapun, sehingga kini, mereka hanya menerima imbuhan RM350,000 sahaja dan berhasrat meminta baki RM650,000 lagi dari Kerajaan Negeri.

“Apakah ini adil. Sedangkan ini bukan perjanjian antara Kerajaan Negeri dengan peneroka.

“Tetapi Kerajaan Negeri bersedia untuk melihat bagaimana peneroka terlibat boleh diberi jaminan bagi memperoleh kembali tanah di kawasan tersebut.

“Saya akan minta mereka melihat pilihan penyelesaian yang kita cadangkan ini dan sekirannya mereka sebulat suara bersetuju, maka masalah ini dapat diselesaikan. Kerajaan Negeri mempunyai beberapa pilihan penyelesaian berhubung perkara itu,” katanya.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2015-01-08 11:27:10 daripada Administrator

  •  
  • Print