SHAH ALAM 28 DIS: AJK Cabang PKR Pasir Salak telah menjalankan operasi mengagih barangan makanan kepada mangsa banjir di Kg Pulau Juar, Kg Telok dan Kg Selat Pulau di Kampung Gajah semalam.
Barangan makanan dibekalkan NGO kemanusian, PANTAS dan Sinar Ehsan dari Selangor.

Barangan disampai dari rumah kerumah bagi meringan bebanan mendapatkan makanan oleh mangsa banjir. Barangan berupakan beras, susu tin, sardin, biskut dan minyak masak.
PKR Pasir Salak akan terus menyampai bantuan kepada mangsa banjir semampu mungkin dalam beberapa hari akan datang memandangkan banjir tidak menunjukkan akan surut dalam masa terdekat.
Sumber : www.selangorku.com
Kemaskini pada 2015-01-08 11:22:22 daripada Administrator