Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Selangor tambah RM5 juta bantu mangsa banjir 4 negeri terjejas

SHAH ALAM, 1 JAN: Selangor dijangka menyalur lebih RM5 juta lagi bagi membantu mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak untuk membaiki kerosakan rumah masing-masing akibat bencana alam itu.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, bantuan itu diperoleh daripada sumbangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta di Selangor.

MB Azmin

“Sumbangan ini bagi membantu penduduk terjejas khususnya keluarga miskin membaiki dan membina kediaman masing-masing yang rosak akibat banjir,” katanya pada Program Malam Generasi Idaman Selangor (GeMS) Berdoa Untuk Malaysia di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam.

Beliau berkata, jumlah kutipan sebenar akan diumumkan pada 2 Januari ini, namun kutipan sudah dimulakan sejak beberapa hari lalu dan dijangka bertambah ekoran sikap prihatin pihak terlibat.

bantu

Sebelum ini, Kerajaan Selangor turut menyumbang RM1.5 juta kepada mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.

Sumbangan berbentuk bantuan kewangan berjumlah RM1.3 juta disampaikan sendiri Mohamed Azmin kepada Kerajaan Negeri terbabit ketika turun melawat mangsa banjir dan RM200,000 lagi melalui Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (Pantas).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob ketika menghubungi Mohamed Azmin turut melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Selangor atas bantuan yang dihulurkan itu.

Mohamed Azmin turut menyerahkan sendiri sumbangan RM100,000 kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, pada misi bantuan dan pertemuan di Kemaman, pada 30 Disember lalu.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2015-01-08 11:17:35 daripada Administrator

  •  
  • Print