SHAH ALAM, 11 JAN: Paras air di empangan Sungai Selangor terus mencatatkan peningkatan kepada 74.70 peratus selepas berada di paras kritikal beberapa bulan lalu.
Menurut laman web Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), sehingga 8 pagi semalam, paras air di empangan itu mencecah 210.35 meter.
Kadar hujan yang tinggi mutakhir ini membantu peningkatan paras air empangan.
Empangan Sungai Selangor membekalkan kira-kira 60 peratus air ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.
Empangan Batu mencatatkan 99.93 peratus, Empangan Klang Gate 100 peratus, Kolam Takungan Sg. Labu (ORS) 62.62 peratus dan Empangan Langat 100 peratus.
Sementara itu, Semenyih 92.70 peratus, Empangan Sg Tinggi 67.13 peratus dan Tasik Subang 99.48 peratus.
Kemaskini pada 2015-01-13 11:14:53 daripada Administrator