
Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) ke-15, 2025 berlangsung pada 17 September hingga 5 Oktober 2025
Ikuti liputan dan pungutan pingat terkini di Facebook Rasmi MSNSelangor : https://www.facebook.com/MSNSelangor
Majlis Bandaraya Diraja Klang telah dipilih sebagai tuan rumah lokasi pertandingan bagi edisi pada kali ini yang mempertandingkan sebanyak sebelas (11) jenis sukan iaitu Boling Padang, Taekwondo, Sepak Takraw, Bola Jaring, Ragbi, Pencak Silat, Olahraga, Bola Keranjang, Bola Tampar, Memanah dan Ping Pong.
Keseluruhan pingat yang ditawarkan adalah sebanyak 411 pingat dengan jumlah acara keseluruhan sebanyak 122 acara. Seramai 2,300 atlet dijangkakan akan berkampung di sekitar Daerah Klang bagi edisi ke-15 ini.

Ikuti Facebook Rasmi MSNSelangor : https://www.facebook.com/MSNSelangor
Kemaskini pada 2025-10-01 16:00:15 daripada Web Administrator









