Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

368 Ketua Kampung Tradisi jalani tempoh percubaan 6 bulan

SHAH ALAM, 9 FEB : Seramai 368 Ketua Kampung Tradisi di seluruh Selangor menerima surat watikah pelantikan bagi sesi 2015 yang mula berkuatkuasa sepenuhnya pada 1 Februari lalu.

Exco Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata lantikan semua ketua kampung tradisi itu atertakluk tempoh percubaan selama enam bulan bagi menilai prestasi mereka.

DSC_0044Katanya jika prestasi cemerlang berjaya ditonjolkan sepanjang tempoh itu, maka baru seseorang itu layak mendapat pengesahan bagi jawatan berkenaan dengan persetujuan Kerajaan Negeri.

“Mereka ini akan sentiasa dinilai dan diperhatikan di peringkat daerah masing-masing oleh Pegawai Daerah untuk kita kuatkuasakan sebagai ketua kampung.

“Setakat ini hanya 368 kampung yang diiktiraf Kerajaan Negeri untuk ditempatkan ketua kampung di situ,” katanya pada Majlis Penyerahan Surat Lantikan Ketua Kampung Tradisi Selangor di Dewan Jubli Perak, semalam.

Majlis pelantikan itu disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dan turut dihadiri Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Ahmad Yunus berkata Kerajaan Negeri turut menetapkan beberapa sasaran yang perlu dipatuhi ketua kampung sepanjang tempoh percubaan lantikan berkenaan.

Antaranya, ketua kampung perlu menyediakan profil terkini di kampung masing-masing dalam tempoh sebulan selain perlu mempunyai pengetahuan mendalam mengenai program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

“Ketua kampung juga perlu memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri sekiranya ada program dijalankan di kawasan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 444 permohonan diterima pihaknya setakat ini daripada jawatankuasa kampung tradisi yang belum diiktiraf Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun, katanya penelitian secara mendalam perlu dibuat terhadap permohonan itu bagi memastikan kesahihan kampung berkenaan sebelum layak diiktiraf sebagai kampung tradisi.

“Saya sendiri tidak tahu dari mana datangnya kampung-kampung ini, namun kita akan lihat secara menyeluruh.

“Sebab itu kita perlukan kerjasama di peringkat daerah untuk kenalpasti kampung ini sebelum ia layak diiktiraf sebagai kampung tradisi,” katanya lagi.


Kemaskini pada 2015-02-10 11:38:02 daripada Administrator

  •  
  • Print