Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Paras empangan positif tiada catuan air

HULU LANGAT, 9 FEB: Kerajaan Negeri memberi jaminan tidak akan berlaku catuan bekalan air sepanjang tahun ini berdasarkan penemuan positif dari beberapa faktor penting.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata jaminan itu bersandarkan kepada faktor taburan hujan dan keadaan paras empangan utama yang tinggi serta persediaan yang diambil bagi menghadapi musim kemarau.

projek air 4

“Kita membuat persiapan rapi bagi memastikan bekalan air mentah di kesemua empangan utama mencukupi bagi menampung keperluan sepanjang tempoh itu.

“Begitu juga dengan status empangan utama Selangor yang berada ditahap membanggakan, kesemua faktor ini meyakinkan pihak kami untuk memberi jaminan tiada catuan bekalan air pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Selangor Kini selepas melawat Tapak Projek Penyaluran Air Mentah Paip Pahang- Selangor (PPAMPS) 1800mm dari ‘Tunnel Outlet’ ke Sungai Langat, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Makro dan Penswastaan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Nor Azmi Diron, dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat.

PPAMPS merupakan sebahagian daripada Skim Bekalan Air Pahang ke Selangor yang sebagai langkah mitigasi sementara menunggu Projek Langat 2 siap pada 2017.

Air mentah sebanyak 500 JLH itu mampu membekalkan air tambahan untuk loji rawatan air Sungai Langat, Batu 11 Cheras dan Bukit Tampoi semasa musim kemarau.

“Ia bukan sahaja mampu meningkatkan ‘river flow’ Sungai Langat berdepan dengan kemungkinan musim kering (kemarau), malah membantu meningkatkan kebolehan penulenan sendiri air sungai daripada pencemaran ammonia.

“Begitu juga dengan faktor taburan hujan, merujuk kepada data taburan hujan Februari tahun ini lebih banyak berbanding tempoh yang sama tahun lepas,” jelasnya.

Setakat 9 Februari 2015, paras simpanan air mentah di semua empangan Selangor melepasi paras kritikal yang mana Empangan Sungai Langat pada paras 99.37 peratus, Empangan Semenyih (97.05 Peratus), Empangan Sungai Selangor (81.47 peratus), Empangan Sungai Tinggi (69.22 peratus), Empangan Sungai Batu (95.22 peratus), Empangan Klang Gates (93.66 peratus) dan Empangan tasik Subang (99.90 peratus).

Sementara itu, Kerajaan Negeri juga mengambil langkah proaktif dengan menyediakan 800 JLH air mentah dari kolam di sekitar Bestari Jaya untuk di pam ke Sungai Selangor sekiranya ‘river flow’ sungai itu menurun.

“Operasi pengepaman air kolam dilaksanakan bermula Jun 2014 lepas berjaya mengurangkan kadar kebergantungan pelepas air dari empangan sekaligus membantu empangan untuk terus meningkatkan paras simpanan air mentah.

“Dalam masa sama, Kerajaan Negeri meneruskan proses pembenihan awan yang mana operasi ini dikawal sela Lembaga Urus Air Selangor,” katanya.

EZY

Sumber : http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-02-11 10:47:58 daripada Administrator

  •  
  • Print