Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Nikmat air bukit, pengguna sanggup beratur tepi jalan

SHAH ALAM, 5 MAC: Sambutan hangat terhadap sumber air bukit di Jalan Puncak Alam (Persiaran Mohktar Dahari) yang menghubungkan Batu Arang, Ijok, dan Kuala Selangor semakin menarik perhatian apabila pengguna sanggup beratur di tepi jalan berkenaan.

Mereka datang tidak kira waktu dan jarak semata-mata mahu mengambil air itu untuk dijadikan minuman atau perubatan.

Tharmarajan

Pekerja khidmat pelanggan, Tharmarajan, 38, berkata, sudah hampir setahun dia menggunakan air bukit di kawasan berkenaan dan akan singgah mengambilnya sebelum ke tempat kerja atau selepas pulang.

“Ramai orang kata air bukit ini bagus untuk kesihatan dan ada yang cakap sakit belakang sudah mula hilang sejak meminumnya.

“Saya juga dapat rasakan perbezaan air bukit ini dengan air mineral biasa kerana ia lebih segar,” katanya.

Pesara guru, Mohd Darunai Bahar, 63, berkata dia pasti akan singgah ke kawasan itu kerana ingin mengambil air yang lebih segar dan yakin dengan kebersihannya apabila nasi yang dimasak lambat basi berbanding air paip di rumah.

“Selalunya, air paip akan cepat berkeladak kalau disimpan dua atau tiga hari tetapi air bukit ini tetap bersih dan jernih walaupun disimpan berminggu,” katanya.

Osman b Abdul Rahman, 69

Sementara itu, peniaga, Osman Abdul Rahman, 69, berkata dia baru sebulan merasai air bukit itu apabila sering melihat orang ramai beratur di tepi jalan untuk mengambil air berkenaan.

“Saya selalu singgah di sini sebelum pergi memancing untuk mengambil air kerana lebih segar diminum dan percuma.

“Air bukit ini mempunyai rasa tersendiri kerana sangat menyegarkan dan menghilangkan dahaga terutama di saat negara teruk di landa musim panas,” katanya.

Air bukit di kawasan itu yang dikatakan berpunca dari air mata air semula jadi yang bersih dan tinggi mineral serta percuma membuatkan ia menjadi tumpuan orang ramai.

Exco Kesihatan Selangor, Dr Daroyah Alwi berkata, tiada sebarang aduan berkenaan masalah kesihatan disebabkan air bukit itu setakat ini.

Beliau berkata, naman perkara itu masih perlu dikaji tahap kebersihannya kerana tiada sebarang penapisan walaupun datang dari kawasan bukit.

“Pihak Kementerian Sumber Mineral dan Alam Sekitar perlu lebih peka dalam hal ini, supaya tidak menjejaskan kesihatan pengguna kerana kawasan sekeliling bukit Puncak Alam semakin pesat membangun,” katanya.

-NFN-

http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-03-09 08:43:40 daripada Administrator

  •  
  • Print