Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Lesotho hasrat kerjasama erat Unisel tukar kepakaran

SHAH ALAM 21 MAC: Lesotho mahu mengadakan memorandum persefahaman (MoU) bersama Universiti Selangor (Unisel) pada masa akan datang.

Perkara itu disuarakan Pesuruhjaya Tingginya, Dr Mabaphethi Moorosi-Molapo semasa mengadakan lawatan ke Unisel bersama dengan wakil kedutaan Tanzania dan Zambia hari ini.

DSC_2401

Dr Mabaphethi berpuas hati dengan kelengkapan fasiliti serta kemudahan yang ada di Unisel selepas melawat kedua-dua kampus di Shah Alam dan Bestari Jaya.

Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan kerjasama tersebut akan diadakan melibatkan fakulti kesihatan sebuah universiti yang ternama di Lesotho.

Katanya, beliau menyifatkan Unisel sebagai sebuah ternama yang menepati piawaian tinggi.

“Secara amnya saya lihat Unisel sememangnya sebuah universiti berkualiti tinggi.

“Saya bercadang untuk memaklumkan perkara ini kepada sebuah universiti terkemuka di Lesotho dan kita lihat apa yang boleh dilakukan kemudian berkemungkinan menandatangi MoU dengan Fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan,” katanya selepas selesai mengadakan lawatan.

Dalam lawatan tersebut, Naib Canselor dan Presiden Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad turut mengadakan penerangan ringkas kepada wakil kedutaan tersebut.

Dr Mabaphethi berkata, kerjasama tersebut mungkin bukan sahaja melibatkan pertukaran para pelajar namun kakitangan juga.

Ia bagi mendedahkan pelajar serta kakitangan dengan pengalaman berada di luar negara.

Malah beliau juga berharap kerjasama melibatkan kajian dan penyelidikan dapat dijalankan pada masa akan datang.

EZY

http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-03-25 10:36:42 daripada Administrator

  •  
  • Print