SHAH ALAM, 25 MAC: Orang ramai dijemput untuk memeriahkan Program Karnival Kampungku Kesayanganku ’3K’ siri-2 akan diadakan Masjid Jame’ At- Tuqa Parit 1, Sungai Sirih Tanjung Karang pada 27 hingga 28 Mac ini.
Program Karnival Kampungku Kesayanganku ‘3K’ adalah satu program kerajaan negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor.

Program itu akan melibatkan semua kategori masyarakat seperti ketua kampung, guru, penggiat seni, usahawan kampung dan belia.
Karnival Kampungku Kesayanganku berlangsung dua hari diisi dengan pelbagai aktiviti seperti majlis Tahnik Perdana, pameran dan jualan, program keagamaan, kemasyarakat, gotong royong, sukan, keusahawanan, kesukarelaan, forum, pemeriksaan kesihatan, pertandingan kesenian, sukaneka dan sebagainya.
Objektif program ini untuk melahirkan keluarga harmoni berlandaskan acuan nilai agama dan nilai murni keluarga, memperkasa institusi masjid sebagi pusat pembangunan komuniti.
Ia juga bermatlamatkan membangun kampung dari sudut fizikal, spiritual dan ekonomi, mengenengahkan Adat Melayu dan warisan kampung seterusnya memupuk rasa kasih dan sayang kepada kampung halaman.
Kemaskini pada 2015-03-25 10:49:37 daripada Administrator