Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

ABIM: Maqasid Syariah perlu digerakkan dalam pentadbiran secara bersepadu

SHAH ALAM, 31 MAC: Maqasid Syariah perlu digerakkan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri secara bersepadu kerana ia adalah agenda umat atau rakyat keseluruhan.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan, berkata ia adalah anjakan baharu dalam paradigma pembangunan negeri apabila syariha dijadikan asasnya.

amidi


“Titah Tuanku Sultan Selangor memperingatkan agar setiap pihak memahami dan menghayati tujuan tertinggi pensyariatan Islam.

“Maqasid Syariah secara umum boleh difahami sebagai satu kualiti kehidupan yang tinggi,” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.

Sebagai contohnya, katanya, penjagaan nyawa dikaitkan dengan kualiti perkhidmatan kesihatan yang tinggi.

Beliau juga berkata, seperti mana Hifz ul-aql, penjagaan aqal bukan sekadar dilihat pada lingkungan unsur-unsur yang merosakkan fungsi aqal tetapi perlu meliputi sektor tarbiah atau pendidikan.

“Selain dari itu hifz ul-Irdh (kehormatan) perlu meliputi penolakan habis-habisan politik fitnah dan mengaibkan seseorang,” katanya lagi.

http://bm.selangorku.com


Kemaskini pada 2015-04-06 10:01:31 daripada Administrator

  •  
  • Print