Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Rakyat sambut baik ruang bertemu Adun di DNS

SHAH ALAM, 10 APR: Rakyat menyambut baik cadangan mewujudkan ruang untuk mereka bertemu Adun sepanjang mesyuarat Dewan Negeri Selangor (DNS) berlangsung.

Pelajar, Muhammad Zaid, 22, berkata inisiatif itu patut diambil Adun dalam menjalankan tanggungjawab mereka mendengar setiap keluhan yang dihadapi rakyat.


muhammad zaid

“Cadangan ini bagus untuk Adun bersemuka secara berdepan dengan rakyat supaya dapat menyelami kesusahan mereka terutama bebanan yang dihadapi selepas pelaksanaan GST.

“Cara sebelum ini yang menggunakan e-mel dan orang tengah belum tentu jawapan dapat diberi secara terus kepada rakyat,” katanya di sini, hari ini.

Promoter Al-Ikhsan, Naim Mohd Nordin, 24, berkata cadangan itu seharusnya diwujudkan sejak dari awal bagi memberi peluang kepada rakyat menyampaikan mesej mereka kepada pemimpin di dewan.

“Adakala, terdapat beberapa isu yang pemimpin sendiri tidak tahu. Dari situ, mereka berpeluang mendengar masalah yang dihadapi rakyat akan lebih jelas.

“Walaupun mungkin tindakan tidak dapat ditangani segera, rakyat sendiri akan rasa puas hati dapat sampaikan sendiri mesej kepada wakil rakyat,” katanya.


nur aisyah khairi

Sementara itu, Setiausaha, Nur Aisyah Khairi, 22, berkata ada baik buruknya cadangan itu antaranya kurang sesuai bertemu sewaktu berlangsungnya DNS kerana di situ tempat wakil rakyat menyelesaikan sebarang isu berbangkit.

“Keburukan mungkin terjadi kalau ada rakyat yang terlebih emosional dan akan menimbul kekecohan di dewan. Perkara ini tidak elok sebab sidang berlangsung dari pagi hingga petang.

“Tidak sesuai juga untuk rakyat yang duduk jauh seperti di Sekinchan atau Kajang datang hanya untuk bertemu wakil rakyat di Shah Alam.

“Adalah lebih berkesan jika mereka bersemuka dengan wakil rakyat di kawasan Dun masing-masing,” katanya.

http://bm.selangorku.com


Kemaskini pada 2015-04-20 10:52:05 daripada Administrator

  •  
  • Print