Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Naik taraf stadium hoki RM2.5 juta siap hujung tahun

SUBANG JAYA, 11 APR: Dua stadium hoki yang kurang memuaskan menjalani proses naik taraf dengan peruntukan lebih RM2.5 juta dijangka siap menjelang akhir 2015.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata senarai kuantiti bagi penambahbaikan stadium itu juga sudah diterima dan dijangka selesai sebelum hujung tahun ini.


sukan4

“Sasaran kita Mei atau Jun kita mula tawarkan tender dan dalam tempoh tiga atau empat bulan akan selesai (kerja-kerja baik pulih),” katanya selepas menghadiri Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor di Hotek Holiday Villa, malam tadi.

Terdahulu, dua stadium itu iaitu Stadium Hoki Pandamaran Klang dan Stadium Hoki Petaling Jaya dilaporkan berada dalam keadaan teruk dan tidak boleh digunakan untuk latihan.

Stadium Hoki Pandamaran diisytiharkan tidak selamat Persatuan Hoki Selangor pada 2010, sementara Stadium Hoki Petaling Jaya pula dilaporkan tidak berupaya menganjurkan sebarang pertandingan dan tidak dibaik pulih lebih 11 tahun lalu.

http://bm.selangorku.com


Kemaskini pada 2015-04-20 10:53:46 daripada Administrator

  •  
  • Print