SHAH ALAM, 16 APR: Sebuah kelab blogger akan membantu menyebar dakwah kepentingan zakat dalam program Jelajah Kasih.
Kelab blogger Ben Ashaari terdiri dari pelbagai latar belakang, menyertai program anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Ia memberi pendedahan agihan kepada pengeluar zakat, di samping mendapatkan maklum balas berkesan.
Pengeluar zakat syarikat korporat juga dapat berkongsi pengalaman agihan dengan mengunjungi Kompleks Baitul Hasanah dan Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor.
Baitul Hasanah ialah asrama bagi anak asnaf fakir dan miskin, terdiri daripada pelajar darjah empat hingga tingkatan 4.
http://bm.selangorku.com
Kemaskini pada 2015-04-20 11:04:42 daripada Administrator