Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

84 unit Rumah Selangorku di Kampung Jawa menjelang 2017

KLANG, 18 APR: Rumah Selangorku diteruskan dengan pembinaan 84 unit apartmen empat tingkat di Kampung Jawa, di sini, bermula 2017.

Majlis pecah tanah Karya Residensi itu disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali diiringi Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah; Ahli Parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud dan ADUN Sri Andalas, Xavier Jayakumar, di sini, hari ini.

Projek ‘Karya Residensi’ di bawah tanggungjawab anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Selaman Sdn Bhd itu dibahagikan kepada tiga jenis iaitu jenis A dengan keluasan 700 kaki persegi dan dijual RM42,000 seunit, manakala jenis B (RM100,000) pada keluasan 750 kaki persegi.


IMG_6668

Sementara itu, jenis C dengan keluasan 900 kaki persegi akan dijual pada harga RM180,000 membabitkan keluasan projek kira-kira 2.3 ekar.

Orang Kelainan Upaya (OKU) juga tidak dipinggirkan dalam pembangunan projek itu apabila empat unit rumah jenis A ditawarkan kepada mereka.

Selaman Sdn Bhd turut menyediakan dua tempat letak kereta bagi setiap unit jenis C, kemudahan surau, dewan orang ramai, pejabat pengurusan, taman permainan kanak-kanak dan kawasan lapang.

Pemangku Ketua Eksekutif Selaman, Dzulkarnain Ahmad berkata, projek rumah mampu milik itu pertama dibangunkan syarikat berkenaan bagi menyokong saranan Kerajaan Negeri untuk membina 15,000 unit rumah mampu milik dan tempoh lima tahun.

Katanya, proses saringan awal bakal pembeli akan dikendalikan sepenuhnya Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan syarikat itu juga turut membina 161 unit rumah teres dua tingkat di kawasan berkenaan.

Antara syarat permohonan ialah pendapatan bulanan isi rumah tidak lebih RM8,000 sebulan, tidak memiliki sebarang jenis kediaman di Selangor dan tidak disewakan.

http://bm.selangorku.com


Kemaskini pada 2015-04-20 11:07:11 daripada Administrator

  •  
  • Print