Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Hijaukan alam, lebih 80,000 pokok disasar ditanam sekitar Shah Alam

SHAH ALAM, 27 APR: Sebanyak 80,000 pokok disasarkan ditanam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sekitar bandar raya Shah Alam.

Pengarah Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad berkata, sebanyak 1500 anak pokok berjaya di tanam sempena program ‘Shah Alam Trees For Life 2015′ untuk kali kedua bagi 2015 di Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 26 Shah Alam pada 25 April lalu.

Pokok

“Terdapat tiga jenis anak pokok ditanam iaitu ‘Cassia Biflora’, pokok Doa atau ‘Bucida Molinetii’, Syzigium Oleana dan Euginia.

“MBSA turut menggalakkan badan korporat dan syarikat swasta yang ingn mengamalkan ‘Corporate Social Responsibilities’ (CSR) menyertai program ini,” katanya dalam kenyataan media.

Shahrin berkata, lebih 300 sukarelawan golongan anak muda daripada pelajar IPTA dan IPTS terlibat dalam program itu.

“Antaranya dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Sunway College, Universiti Malaya dan badan bukan kerajaan (NGO), Eco Worriors.

“Secara tidak langsung, ia dapat memupuk nilai murni mencintai alam sekitar khususnya kepada generasi muda,” katanya.

http://bm.selangorku.com


Kemaskini pada 2015-04-28 14:06:57 daripada Administrator

  •  
  • Print