Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

3 kedai kayu terbakar, PKNS digesa reformasi bangunan lebih 40 tahun

KUALA LANGAT, 6 MEI: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) disaran menaiktaraf deretan lima kedai kayu miliknya kepada bangunan batu, di sini.

Adun Morib, Hasnul Baharudin berkata, bangunan batu lebih konkrit dan tahan lasak berbanding kayu yang mudah terbakar.

“Rasanya tiada lagi bangunan kayu di pekan Banting ini melainkan milik PKNS.

hasnul ADUN morib pc 01

“Sudah tiba masanya PKNS melakukan reformasi bangunan berusia lebih 40 tahun itu bagi mengimbangi pembangunan pesat di sekelilingnya,” katanya kepada Selangor Kini.

Sekitar jam 1 pagi semalam, tiga daripada lima kedai yang terletak di Jalan Sultan Abdul Samad terbakar dipercayai akibat litar pintas.

“Mujur bomba sempat bertindak dan menghalang api dari merebak ke dua kedai lain. Paling teruk terjejas adalah kedai kasut selain pakaian dan percetakan di sebelahnya,” katanya.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kerugiaan dianggarkan melebihi RM500,000.

Hasnul berkata, pihaknya sedang meneliti bentuk dan jumlah sumbangan yang dapat disampaikan kepada peniaga terjejas.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor/


Kemaskini pada 2015-05-18 10:21:46 daripada Administrator

  •  
  • Print