Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

49 pertubuhan NGO-i terima bantuan RM960,000

SHAH ALAM, 13 MEI: Sebanyak 49 pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGO-i) berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima bantuan berjumlah RM960,000.

Ia bertujuan memperkasa gerakan dakwah pertubuhan dan rumah kebajikan melalui pelbagai aktiviti dan program dijalankan.

_MG_9819

Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan NGO-i MAIS, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata bantuan bukan hanya dari sudut kewangan, tetapi turut merangkumi khidmat nasihat dan bimbingan bagi memastikan kelancaran pertubuhan berkenaan.

“Sumbangan ini bukan tujuan memperkasakan pengurusan atau pentadbiran, tetapi untuk menggerakkan aktiviti atau program seharusnya dilaksanakan selari matlamat wawasan pertubuhan masing-masing.

“Harapan saya sumbangan diberikan ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memastikan masyarakat Islam di Selangor terbela dan syiar Islam berkembang sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Sumbangan Dana Fasa Pertama di Dewan Muktamar Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, dekat sini.

Sumbangan menggunakan dana asnaf Al-Riqab, Lembaga Zakat Selangor (LZS) ini dijangka memasuki fasa kedua pada bulan Julai 2015.

Antara pertubuhan menerima sumbangan adalah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Ikatan Muslimin Malaysia, Persatuan Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Persatuan Belia Masjid Selangor.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor/


Kemaskini pada 2015-05-18 10:40:08 daripada Administrator

  •  
  • Print