Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

GLC sambut baik penubuhan DEIG

SHAH ALAM, 21 MEI: Syarikat berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) menyambut baik penubuhan Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) bagi melonjakkan kemajuan Selangor ke tahap lebih tinggi.

Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Azlan Md Alifiah berkata, ia melambangkan cetusan perancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan anak syarikat mencapai sasaran diperlukan.

Katanya, tumpuan DIEG kini adalah memberi pulangan munasabah kepada Kerajaan Negeri supaya dapat dikembalikan kepada rakyat.

tuan Haji PKNS a

“Perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah supaya anak syarikat tidak bekerja secara ‘silo’ sebaliknya bekerjasama untuk mengembangkan aset dan nilai Kerajaan Negeri.

“Kita lihat nilai aset di bawah GLC sebanyak RM25 bilion. Bagaimana kita mahu kembangkan dan ini yang menjadi fokus PKNS dan anak syarikat lain,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata, setiap anak syarikat sudah mula berbincang dan melakarkan aktiviti, proses serta penggabungan yang perlu dilaksanakan supaya matlamat itu dapat dicapai juga memberi pulangan kepada negeri.

“Harapan kita adalah supaya usaha ini dijalankan secara mampan dan keuntungan untuk diberikan kepada rakyat dalam bentuk infrastruktur serta perkhidmatan yang baik,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Norzatun Aini Kassim berkata, usaha Kerajaan Negeri memastikan kelangsungan dan pelarasan bagi semua aktiviti di Selangor amat dialu-alukan.

Pelancaran Darul Ehsan Investment Group di SACC MB (8)

Katanya, usaha menggabungkan semua GLC di bawah satu kumpulan akan memberi pulangan yang baik kepada Kerajaan Negeri dan memberi manfaat berlipat ganda kepada rakyat Selangor.

“Apabila ia dirangkumkan kepada satu badan dan ada prosedur dalam pelaburan, maka akan membawa pulangan lebih baik kerana duit ini datang kepada Kerajaan Negeri dan dikembalikan kepada rakyat contohnya rumah mampu milik.

“Rakyat juga akan dapat merasai nikmat tinggal di Selangor dan cukai yang dibayar itu kembali berkali ganda daripada apa yang dibayar kepada kerajaan,” katanya.

Semalam, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali ‘mengubahsuai’ MBI yang kini dikenali sebagai DEIG bagi melonjakkan Selangor ke arah lebih maju serta berpendapatan tinggi.

Kerajaan Negeri turut membangunkan Agenda Makmur Selangor (Agenda) yang menyokong DEIG dengan memfokuskan empat matlamat utama.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-05-29 17:05:06 daripada Administrator

  •  
  • Print