Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MB: PJ mampu jadi wilayah ekonomi baharu

PETALING JAYA, 23 MEI: Petaling Jaya mampu menjadi wilayah ekonomi baharu selaras usaha menjadikan Selangor negeri global bersandarkan pertumbuhan ekonomi pesat membangun.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata visi itu boleh diterjemahkan dengan tindakan proaktif dan usaha gigih Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

aec

“Selangor sebagai negeri termaju khususnya Petaling Jaya perlu meraih peluang sempena Asean Economic Community (AEC) berlangsung tahun ini , kita mahu AEC ini dapat memberi manfaat kepada rakyat.

“Untuk itu kita mahu Petaling Jaya muncul sebagai wilayah ekonomi baharu yang membawa nama besar Selangor dalam kalangan negara ASEAN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain.

Hasrat menjadikan Petaling sebagai wilayah ekonomi baharu itu sejajar dengan misi menjayakan Agenda Makmur Selangor (AGENDA).

AGENDA menetapkan empat matlamat utama antaranya menjana hasil tinggi untuk negeri, memastikan pertumbuhan lestari dan keadilan dalam pengagihan, menjamin kehidupan berkualiti untuk rakyat serta mencipta pekerjaan bernilai tinggi.

Mohamed Azmin berkata MBPJ perlu berusaha merealisasikan menjadi wilayah ekonomi, pembangunan dan perkhidmatan yang memenuhi kehendak rakyat.

“Antara perkara utama diberi tumpuan sejak memegang jawatan (Menteri Besar) ialah bagaimana Kerajaan Negeri dapat bersama PBT memberi perkhidmatan terbaik kepada pembayar cukai (rakyat).

“Rakyat bukan mahu dapatkan projek atau tender besar, sebaliknya mahu hak mereka dilindungi dan dipelihara,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 140 kakitangan MBPJ pelbagai jabatan menerima anugerah perkhidmatan cemerlang sementara 40 kakitangan bersara turut diraikan.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-05-29 17:09:32 daripada Administrator

  •  
  • Print