Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Soalan Lazim

 

Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Portal Selangor. Sekiranya terdapat pertanyaan mengenai perkhidmatan awam sila hubungi jabatan terlibat.

 

*Soalan Lazim Mengenai Portal Selangor


1. Apakah itu Portal Selangor? 
Portal Selangor adalah singkatan untuk Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor. Portal Selangor merupakan gerbang utama kepada informasi dan perkhidmatan Kerajaan Negeri Selangor melalui Internet. 

2. Mengapa Portal Selangor diwujudkan?
Pada masa kini, kebanyakan maklumat dan perkhidmatan Kerajaan Negeri Selangor telah disediakan secara online dan Portal Selangor diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai mencari maklumat dan perkhidmatan yang disediakan. 

3. Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan Portal Selangor?
Umumnya, Portal Selangor boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat. 

4. Apakah dasar privasi Portal? Adakah penggunaan atau akses saya diawasi dan direkodkan?
Segala akses dan penggunaan anda ke atas Portal Selangor tidak akan direkodkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari "Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan".


5. Bagaimanakah cara untuk saya mengakses Portal Selangor melalui telefon pintar/PDA?
Portal Selangor boleh diakses melalui telefon pintar/PDA dengan mengakses www.selangor.gov.my. Paparan versi Mobile yang responsif akan disesuaikan.

6. Apakah perkhidmatan utama yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor? 
Senarai perkhidmatan utama dan maklumat terkini berkenaan Kerajaan Negeri Selangor boleh dilihat di menu "Rakyat".

7. Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Portal Selangor? 
[HANYA MAKLUMBALAS TEKNIKAL MENGENAI PORTAL SAHAJA, SILA EMEL KE webadmin[at]selangor.gov.my ]

 

8. Bagaimanakah cara untuk saya menghantar aduan atau maklum balas kepada agensi-agensi Kerajaan? 
Kerajaan Negeri Selangor menggunakan sebuah sistem aduan tunggal berikut :- 
[SILA KLIK KE SISTEM ADUAN RAKYAT SELANGOR]

 

9. Bagaimanakah melanggan kandungan terkini Portal Selangor secara automatik? 
Gunakan fungsi RSS pada Browser atau aplikasi RSS anda untuk mendapat kandungan automatik mengenai "pengumuman, acara, berita" terkini


 


Kemaskini pada 2021-09-07 14:31:32 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page