Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MDKS kesal papan tanda dipalsukan

SHAH ALAM, 27 JUN: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu sehingga menjejaskan imej pihak berkuasa tempatan (PBT) itu .

Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Azahari Sairin, menjelaskan maklumat palsu yang tertera pada papan tanda larangan membuang sampah menjadi viral sehingga mengejutkan semua pihak.

Katanya, tindakan tegas perlu diambil terhadap individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan maklumat palsu itu.

IMG-20150626-WA0002“Saya minta individu tidak bertanggungjawab terbabit dikenakan tindakan sewajarnya kerana penyebaran maklumat palsu sehingga menjadi viral memalukan,” katanya.

Beliau berkata, paparan maklumat yang tertulis ‘Awas! Anda akan berhadapan dengan penguatkuasa tidak berpakaian’ menimbulkan persepsi buruk terhadap penguatkuasa MDKS selain menimbulkan salah faham.

“Maklumat tepat adalah ‘Awas! Anda akan berhadapan dengan penguatkuasa tidak berpakaian seragam’ bagi mengesan mereka yang masih berdegil membuang sampah di tanah rizab kerajaan dan bahu jalan,” katanya.

Penyebaran gambar satu papan tanda MDKS yang diubah kenyataannya itu mula disedari, pada 24 Jun lalu.

Papan tanda itu dipasang di Jalan Melor 1, Saujana Utama, bertujuan sebagai notis larangan membuang sampah di kawasan itu yang dikeluarkan MDKS.

Sehubungan itu, katanya, semua pengguna laman sosial diharap lebih bertanggungjawab supaya tidak mengubah sebarang kenyataan di papan tanda MDKS serta menyebarkannya di laman sosial.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-06-30 15:55:39 daripada Administrator

  •  
  • Print