Portal RasmiKERAJAAN NEGERI SELANGOR |
|
Dec 18, 2013 - SHAH ALAM, 17 DIS : Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) komited memastikan pusat pelancongan di wilayah itu berada dalam keadaan terbaik bagi menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara. Setiausahanya, Azahari Sairin, berkata MDKS telah menjalankan beberapa projek pembangunan, penambahbaikan dan pengubahsuaian di beberapa pusat pelancongan sepanjang tahun 2011 sehingga pertengahan 2013. "Suatu yang merugikan buat MDKS sekiranya kelebihan yang ada di Kuala Selangor ini gagal diselengara ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/576
Dec 18, 2013 - SHAH ALAM 17 DIS : Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bersiap sedia untuk membantu penduduk Petaling Jaya yang terjejas dengan isu gangguan air di kawasan pentadbiran Petaling Jaya. Sekretariat Media Unit Perhubungan MBPJ, berkata pihaknya menyediakan sebanyak 22 unit tangki statik di kawasan terjejas dengan gangguan air itu. Katanya ia ekoran dari pengumuman Syabas mengenai gangguan bekalan air akibat daripada henti tugas yang dijadualkan pada 17 Disember hingga 22 Disember ini. Sehubungan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/575
Dec 16, 2013 - KLANG 11 DIS : Seramai 103 individu pelbagai latar belakang dikurnia pingat darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-68 DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Balairung Seri, Istana Alam Shah di sini, hari ini. Majlis istiadat dihadiri kerabat Diraja Selangor, pembesar negeri, pimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, barisan Ahli Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) dan pegawai kerajaan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/573
Dec 16, 2013 - SHAH ALAM 11 DIS : Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa mendahului senarai 102 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan Ke-68 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini. Dr Ali menerima Darjah Kelas Pertama, Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datuk Seri dan turut menerima darjah sama adalah Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad, Tan Sri Mohd Bakke Salleh serta Pengerusi dan Pengarah ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/572
Dec 06, 2013 - SHAH ALAM 4 DIS : Kerajaan Selangor mengumumkan bantuan segera berjumlah RM50,000 kepada mangsa bencana banjir yang melanda di beberapa kawasan di Pahang, hari ini. Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, berkata bantuan itu bertujuan meringankan beban ditanggung ribuan mangsa yang terbabit dalam kejadian banjir yang berlaku, dua hari lalu. "Bantuan yang kita berikan adalah barangan, makanan dan peralatan sewaktu berada di pusat pemindahan banjir serta beberapa keperluan lain ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/571
Dec 06, 2013 - PETALING JAYA 3 DIS : Kerajaan negeri melalui Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa Selangor (JPBDS) sedang menyediakan pelan Pembangunan Berorientasi Transit (TOD) bagi mengurangkan pergerakan bandar, kesesakan lalulintas dan pencemaran udara di Selangor. Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim, berkata sesuatu kawasan akan diwujudkan dengan berpaksikan kepada perhentian transit; Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) dalam lingkungan 400 meter ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/570
Dec 06, 2013 - PUTRAJAYA 2 DIS : Selangor berjaya mencatatkan prestasi ekonomi yang membanggakan walaupun negara Eropah dan Amerika Syarikat terus berdepam dengan kemelut kelembapan ekonomi global. Kejayaan itu didorong dengan kemampun negeri itu menyediakan iklim pelaburan yang sihat, sekali gus mampu menarik minat pelabur domestik dan luar negara untuk melabur. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. berkata Selangor masih kekal sebagai negeri yang memiliki jumlah projek pelaburan tertinggi di ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/569
Nov 29, 2013 - SHAH ALAM 27 NOV : Selangor hanya mengenakan bayaran premium tanah RM1 sahaja kepada syarikat atau badan yang menjalankan aktiviti perniagaan untuk kebajikan di atas tanah yang dimiliki. Premium RM1 dikenakan kepada badan kebajikan bagi tujuan galakan dan memudahkan organisasi terbabit menjalankan aktiviti masing-masing. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR-Pelabuhan Klang) berkata, hal itu berbeza dengan perniagaan lain yang menjalankan aktiviti perniagaan demi meraih keuntungan di ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/568
Nov 29, 2013 - SHAH ALAM 26 NOV : Kerajaan negeri menyediakan insentif RM100,000 bagi setiap Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) yang cemerlang dengan hasil kutipan cukai dan premium melebihi 90 peratus. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata insentif itu diberikan sebagai menghargai komitmen dan galakan kepada warga kerja PTD untuk terus meningkatkan pencapaian mereka. Katanya, Kerajaan negeri turut menyediakan insentif sama kepada warga kerja Pejabat Tanah dan Galian (PTG) yang cemerlang atas ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/567
Nov 25, 2013 - SHAH ALAM 24 NOV : Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam usaha menjadikan masjid di negeri itu sebagai ‘universiti terbuka' bagi memudahkan masyarakat mendapat kefahaman berkenaan agama. Pemangku Pengarah JAIS, Zaki Arshad, berkata pihaknya akan meneliti beberapa modul terbaik untuk dijadikan bahan kepada masjid yang terpilih di negeri itu bagi menjalankan kuliah dan program. Katanya, program itu dilihat akan memberikan kefahaman yang menyeluruh kepada orang ramai, di samping ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/566
Nov 25, 2013 - BANDAR TUN RAZAK 24 NOV: Selangor tidak berhasrat mengikuti langkah Kelantan, Kedah dan terbaru, Johor menjadikan Jumaat dan Sabtu sebagai hari cuti mingguan menggantikan Sabtu dan Ahad. Hal ini dinyatakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila ditanya sama ada mahu berbuat demikian. "Tidak. Kita tiada rancangan tukar cuti hari minggu," katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Memorandum Bantahan Kenaikan Cukai Taksiran Penduduk Bandar Tun Razak di tapak pasar pagi ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/565
Nov 25, 2013 - SHAH ALAM 22 NOV : Kegagalan Kerajaan Pusat menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang berkesan mendorong Kerajaan Negeri memikul tanggungjawab itu demi kepentingan dan kemudahan rakyat. Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Khim, berkata walaupun tidak mendapat sebarang peruntukan daripada Kerajaan Pusat atau mana-mana pihak dan dengan kekangan sumber kewangan yang terhad, Kerajaan Negeri memperkenalkan inisiatif perkhidmatan pengangkutan bas awam percuma. Menurut Chang Khim ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/564
Nov 20, 2013 - SHAH ALAM 20 NOV: Peruntukan perbelanjaan pembangunan Selangor 2014 adalah tertinggi berbanding 2013, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali. Beliau berkata, jumlah itu diperoleh apabila kerajaan negeri dalam belanjawan 2014 turut mengumumkan bakal mengguna wang rizab sebanyak RM430 juta untuk perbelanjaan pembangunan. "Kali ini, kita lihat ada pengurangan daripada segi pembangunan tetapi pada masa sama kita lihat Belanjawan Selangor 2014 secara ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/563
Nov 20, 2013 - SHAH ALAM 20 NOV :Seramai 2,181 belia di Selangor mendapat manfaat melalui Program Insentif Perkahwinan Belia yang dianjurkan kerajaan negeri, sejak Januari lalu. Exco Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata kerajaan negeri menerima 2,497 permohonan membabitkan lapan fasa sejak dilancarkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sehingga 7 November lalu. Katanya, jumlah berkenaan masih rendah jika dibandingkan dengan statistik perkahwinan di Selangor ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/562
Nov 20, 2013 - SHAH ALAM 19 NOV : Belanjawan Selangor 2014 memperuntukkan RM1 juta untuk melaksanakan dasar Perumahan Mampu Milik Berkualiti bagi memastikan rakyat negeri itu memiliki kediaman pada harga berpatutan. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta turut diberikan bagi pelaksanaan projek Perumahan Rakyat, manakala RM2.4 juta untuk penyelenggaraan atau membaik pulih rumah awam kos rendah. Katanya, peruntukan itu tidak termasuk peruntukan khas RM100 juta ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/561
Nov 18, 2013 - KUALA LANGAT 16 NOV : Kerajaan Negeri berhasrat menubuhkan Akademi Bola Sepak Selangor bagi melahirkan atlet bola sepak yang berkemahiran tinggi dalam usaha memartabatkan sukan bola sepak negeri itu. Exco Belia dan Sukan, Dr. Ahmad Yunus Hairi, berkata pelan jangka panjang itu masih dalam perancangan dan bergantung kepada bajet Kerajaan Negeri yang akan diumumkan pada minggu hadapan. Menurutnya, rancangan mewujudkan akademi itu juga bukan sekadar bertujuan memberi peluang kerjaya bola sepak ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/560
Nov 18, 2013 - SHAH ALAM, 16 NOV : Penubuhan Pasukan Tindakan Segera (Pantas) Negeri Selangor membuktikan komitmen tinggi Kerajaan Negeri bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membantu agensi keselamatan lain dalam mengendalikan kes kecemasan dan bencana. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata skuad ini bertujuan memberi bantuan awalan terhadap aduan kecemasan dan bencana mengikut tempoh yang ditetapkan. Katanya, penubuhan skuad ini tidak akan mengganggu peranan agensi keselamatan sedia ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/559
Nov 18, 2013 - SUBANG JAYA 16 NOV : Kerajaan Selangor sentiasa menghargai usaha dan inisiatif diusahakan oleh para penggiat dan penganjur aktiviti pelancongan bagi menarik lebih ramai pelancong asing dan tempatan untuk ke Selangor. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerjasama padu antara pelbagai pihak amat diperlukan bagi terus membangunkan dan menjayakan industri pelancongan di negeri ini. "Saya percaya kalangan penggiat dan pengusaha pelancongan turut berusaha menerbitkan pelbagai ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/558
Nov 18, 2013 - SHAH ALAM, 15 NOV : Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) yang menawarkan bantuan yuran sebanyak RM50 sebulan kepada kanak-kanak yang layak akan diteruskan pelaksanaannya tahun depan dengan peruntukan sejumlah RM3 juta. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata orang ramai yang berminat untuk menyertai skim itu tahun depan digalakkan untuk mendaftar segera di mana-mana cawangan tadika di bawah Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS). Katanya, ia ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/557
Nov 13, 2013 - SHAH ALAM 13 NOV : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperuntukkan sebanyak RM80 juta sepanjang tahun bagi tujuan pembersihan sampah sarap, longkang dan penjagaan alam sekitar. Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, berkata MBSA kini sedang bergiat untuk menjadikan bandar raya Shah Alam sebagai bandar bertaraf dunia. Katanya, untuk tujuan itu, aspek kebersihan dan penjagaan merupakan tunggak utama yang perlu diambil kira demi mencapai cita-cita berkenaan. "Saya nak jadikan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/556
Nov 13, 2013 - KLANG 10 NOV : Kira-kira 200 peserta mewakili 20 kontinjen dari pelbagai peringkat termasuk sekolah tadika, rendah dan menengah berarak bagi memeriahkan sambutan Maal Hijrah 1435 Hijrah peringkat DUN Selat Klang, hari ini. Perarakan itu bermula dari tapak pasar malam Kampung Delek dan berakhir di Masjid Nurul Iman,di sini. Majlis penutup program itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Dr Halimah Ali dengan suasana harmoni dan meriah. Sambutan yang bertemakan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/555
Nov 09, 2013 - SHAH ALAM 8 NOV : Kerajaan negeri bakal membangunkan semula sungai Klang termasuk pembersihan dan penaiktarafan akan dimulakan, pada Mac 2014. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, usaha pertama yang perlu dipandang serius adalah kerja pembersihan sungai berkenaan dan kini sudah ada beberapa perancangan yang akan dimulakan, menjelang 2014. Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri harus menunggu dan meneliti terlebih dahulu pembangunan sungai Klang kerana ramai pihak tampil ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/554
Nov 09, 2013 - KUALA SELANGOR 7 NOV : Lebih 30 penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati menerima manfaat Skim Mesra Usia Emas (SMUE) iaitu khairat kematian, sepanjang bulan September dan Oktober lalu. Penyelaras DUN, S Manikavasagam, berkata setiap peserta menerima RM 1,000 di pejabat DUN berkenaan, manakala baki RM 1,500 pula akan disampaikan dalam satu majlis anjuran Pejabat Daerah Kuala Selangor yang akan diadakan dalam tempoh terdekat. "Wakil pejabat penyelaras DUN akan ke rumah ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/553
Nov 09, 2013 - SELAYANG, 7 NOV : Tourism Selangor dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) komited untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 dengan mengambil inisiatif mempromosikan tempat pelancongan dan rekreasi di sekitar Selayang. Pengurus Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din, berkata pihaknya akan mendapatkan maklum balas daripada pengurusan kawasan pelancongan terlebih dahulu untuk melihat sebarang keperluan bagi memastikan kawasan itu berpotensi menarik pelancong . "Berapa jumlahnya itu ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/552
Nov 09, 2013 - KUALA KUBU BHARU 6 NOV: Kerajaan Selangor komited membantu meningkatkan taraf kehidupan penduduk Kampung Buloh Telor dengan menyediakan pelbagai prasarana untuk kemudahan penduduk kampung Orang Asli itu. Antara kemudahan yang sudah disalurkan termasuklah keperluan asas seperti bekalan air paip dan elektrik untuk dinikmati 37 keluarga kampung terbabit. ADUN Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Heong hari ini berkata, langkah itu membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri membantu golongan itu berbanding ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/551
Nov 04, 2013 - KLANG 2 NOV : Majlis Perbandaran Klang (MPK) bersiap sedia dengan menjalankan kerja-kerja pembersihan terutama longkang besar dan kolam tadahan banjir untuk berhadapan bencana alam terutama banjir. Pengarah Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam MPK, Norfiza Mahfiz berkata, MPK melalui Jabatan Perkhidmatan Persekitaran (JPP) mempunyai dua pasukan khas terdiri daripada lapan kakitangan yang ditugaskan untuk membersihkan kawasan terlibat. Menurutnya, kerja pembersihan itu dilakukan mengikut jadual ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/550
Nov 04, 2013 - KUALA LUMPUR 2 NOV : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyampaikan sumbangan berjumlah RM9,000 kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan mangsa kejadian kebakaran yang berlaku di Flat Kerinchi, di sini. Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim, berkata PKNS prihatin dengan mangsa kebakaran itu dan telah melakukan lawatan ke pusat penempatan sementara di Pusat Komuniti Lembah Pantai. PKNS diwakili oleh Kontroler Pembangunan Wilayah Tengah, Roziah Ahmad dan Pengurus Bahagian ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/549
Oct 30, 2013 - SETIA ALAM, 29 OKT : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meluangkan masa lebih setengah jam meninjau perkembangan terkini projek perumahan pangsapuri menggunakan teknik ‘pasang siap' yang diusahakan syarikat pemaju hartanah terkemuka, SP Setia Berhad. Dalam kunjungan ke tapak projek berkenaan, Abdul Khalid yang diiringi Exco Negeri Selangor diberikan penerangan terperinci berkenaan projek perumahan itu oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan SP Setia, Datuk Voon Tin Yow. Projek ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/548
Oct 30, 2013 - SHAH ALAM, 29 OKT: Kira-kira 2,000 peluang pekerjaan baru bagi pekerja tenaga mahir diwujudkan di Selangor berikutan kejayaan usaha Kerajaan negeri membawa masuk pelabur asing ke negeri itu. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, antara pelabur asing yang bakal memulakan operasinya di negeri itu termasuk syarikat pengeluar kimiaoleo, membaiki dan menyelenggara kapal terbang dan farmaseutikal dari Belgium, Switzerland dan Jerman.Katanya, beliau yakin Selangor mampu menyediakan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/547
Oct 28, 2013 - SHAH ALAM , 27 OKT : Pelabur luar negara bakal membuat pelaburan berjumlah RM35 bilion di Shah Alam dalam tempoh lima tahun akan datan dalam pelbagai bidang seterusnya merancakkan ekonomi Selangor. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata unjuran itu berdasarkan maklum balas positif yang diberikan para pelabur ketika sesi lawatan beliau ke Singapura baru-baru ini. "Shah Alam bakal menjadi bandar yang paling menonjol di Malaysia sebagai bandar yang paling berpotensi untuk ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/546
Oct 28, 2013 - SHAH ALAM 26 OKT : Seorang pegawai bagi menguruskan hal ehwal Mualaf bakal ditempatkan di setiap masjid di negeri itu pada tahun hadapan dengan peruntukan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) antara RM30 juta - RM40 juta setahun. Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi, berkata setiap daerah akan mempunyai peruntukan kira-kira RM6 juta setahun diharap agar golongan itu terus mendapat bimbingan dan program secara berterusan. Katanya, sebelum ini hanya ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/545
Oct 25, 2013 - SHAH ALAM 24 OKT: Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengumumkan bantuan segera berjumlah RM50,000 kepada mangsa bencana dan kemusnahan di Bertam Valley, Cameron Highlands. Exco Kebajikan Kerajaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail, berkata bantuan itu bertujuan meringankan beban yang ditanggung mangsa kerana kemusnahan harta benda yang dialami dalam kejadian banjir kilat, awal pagi semalam. "Kerajaan dan rakyat Selangor ingin merakamkan rasa empati terhadap semua mangsa sama ada yang ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/544
Oct 25, 2013 - SHAH ALAM 23 OKT: Pusat Bandaraya Shah Alam akan diberi nafas baru dengan menampilkan reka bentuk berciri Islam sebagai teras pembangunan utama. Langkah itu antara lain bakal menyentuh penyeragaman warna, rekabentuk, fasad bangunan yang menarik dan beridentiti, kemudahan awam serta beberapa langkah lain membabitkan pembangunan sekitar pusat bandar Seksyen 14. Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, berkata rancangan pembangunan itu perlu dijalankan segera sebelum pemilik hartanah ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/543
Oct 25, 2013 - SHAH ALAM 23 OKT : Sebanyak 35,000 unit rumah mampu milik (RMM) akan dibina di Selangor menjelang 2018 dalam usaha memastikan golongan rendah dan sederhana berpeluang memiliki rumah yang selesa. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pembinaan itu termasuk 5,000 unit RMM yang diselaraskan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) di bawah Skim Rumah Selangorku dengan geran sebanyak RM100 juta menggunakan wang rezab negeri. "Rumah ini akan dibina dengan keluasan minimum ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/542
Oct 21, 2013 - Kerajaan Negeri Selangor sedang merancang untuk menubuhkan sebuah dana kekayaan negara - ‘sovereign wealth fund' (SWF ) di bawah Menteri Besar Incorporated ( MBI ) untuk membuka nilai aset di Petaling Jaya dan Klang bagi tujuan pembangunan semula dan pembangunan baru. Dana ini buat sementara waktu dinamakan Selangor Urban Development Fund atau SUDF, dijangka mempunyai saiz dana permulaan sebanyak RM1 bilion yang akan diperoleh daripada sumbangan pihak-pihak berkepentingan sektor ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/541
Oct 21, 2013 - SHAH ALAM 20 OKT : Kerajaan Selangor berjaya merekodkan sejumlah tiga juta fail pemilikan tanah di negeri itu kepada sistem digital berkomputer bagi memastikan sistem penyimpanan dan pencarian yang lebih efektif. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata melalui kaedah ‘Bank Tanah' itu masalah kehilangan dan kesukaran mencari fail hak milik tanah dapat diatasi malahan kini dapat mencarinya dengan pantas dan tepat. Abdul Khalid berkata, sistem itu yang dilaksanakan sejak ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/540
Oct 21, 2013 - SHAH ALAM, 19 OKT : Kerajaan Negeri akan melaksanakan Skim Bantuan Khas Orang Kelainan Upaya (OKU) sebagai galakan kepada golongan itu supaya mampu berdikari meningkatkan taraf hidup lebih baik. Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata, pelaksanaan skim itu akan dibentangkan dalam Belanjawan 2014 pada November depan yang menyediakan pelbagai program bagi memberi manfaat kepada OKU untuk jangka masa panjang. Kata Rodziah, skim ini bermatlamat memberikan peluang sama rata ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/539
Oct 16, 2013 - SHAH ALAM 15 OKTOBER : Cuaca baik biarpun hujan di awal pagi digunakan sepenuhnya oleh umat Islam di negeri ini untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha dalam suasana penuh kesyukuran. Lebih 5,000 umat Islam bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menunaikan solat sunat Aidil Adha di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam yang bermula kira-kira jam 8.30 pagi tadi. Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan isteri, Puan Sri Salbiah ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/538
Oct 16, 2013 - KLANG, 13 OKT : Kerajaan Negeri akan menganjurkan program latihan penyelengaraan dan baik pulih peralatan mekanikal kapal terbang kepada golongan belia di luar bandar. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata program tersebut bertujuan memberi pendedahan kerjaya baru selain mempertingkatkan keupayaan kemahiran di kalangan belia. "Ia bukan sahaja memberi kemahiran tambahan, malah membantu membuka peluang pekerjaan dengan nilai pendapatan yang bagus buat belia Selangor. ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/537
Oct 14, 2013 - KLANG, 13 OKT : Kerajaan Selangor sedang mempertimbangkan beberapa bentuk sumbang sempena Hari Raya Aidil Adha bagi membantu masyarakat Islam yang memerlukan. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata adalah penting baginya melunaskan amanah memastikan setiap sen wang rakyat dapat dimanfaat dan dinikmati oleh rakyat. "Insyaallah, jika rezeki Selangor berterusan Kerajaan Negeri sedaya upaya akan mengembangkan sumbangan ini dalam pelbagai bentuk supaya masyarakat Islam dapat ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/536
Oct 14, 2013 - KLANG 13 OKTOBER : Seramai 100 orang penduduk di DUN Sementa, Klang ternyata gembira setelah menerima bantuan Jom Shopping Aildiladha yang dilakukan di pasaraya Econsave Kapar, dekat sini hari ini. Program yang dilaksanakan menjelang sambutan Aildiladha ini merupakan kesinambungan program Jom Shopping Aildilfitri yang dilaksanakan Kerajaan Negeri beberapa bulan lalu. Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawanan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi berkata, bantuan yang diberikan ini ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/535
Oct 14, 2013 - SHAH ALAM, 13 OKT : Peluang buat pelajar tajaan Yayasan Selangor yang tidak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan untuk memperbaiki kelemahan diri menerusi program ‘second chance' yang dianjurkan agensi Kerajaan Negeri. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, program itu bertujuan memberi keyakinan kepada pelajar supaya tidak berputus asa dan berusaha lebih gigih dalam mengecapi kejayaan yang diidamkan. Program itu juga selaras dengan tanggungjawab Yayasan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/534
Oct 11, 2013 - SABAK BERNAM 10 OKT: Kerajaan Selangor menyumbangkan 753 lembu bernilai RM2,259,000 untuk diagih ke setiap daerah, masjid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di seluruh negeri. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata lembu yang setiap satu seberat 200 kilogram itu diperoleh daripada penternak tempatan termasuk PKPS Livestock Farm Sdn Bhd dan sebahagian lagi diimport dari Thailand. Ia dibiayai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB), ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/533
Oct 11, 2013 - SHAH ALAM, 8 OKT: Tokoh Pendakwah Selangor 2013 menyifatkan perkembangan Islam di Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sebagai menakjubkan berikutan kerancakkan penganjuran program-program bercorak keagamaan di negeri ini. Menurut Shah Kirit Kakulal Govindji, keadaan itu didorong oleh kesungguhan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Mufti dan semua pihak terlibat dalam menyebarkan kefahaman sebenar Islam. "Alhamdullilah saya lihat ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/532
Oct 07, 2013 - SHAH ALAM, 5 OKTOBER: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berhasrat mengembangkan penganjuran Karnival Soccerkids ke peringkat kebangsaan tahun hadapan berikutan sambutan menggalakkan yang diterima tahun ini. Hasrat ini dizahirkan oleh Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan yang turut menyatakan padang berhampiran lokasi penganjuran sedia ada akan boleh digunakan tahun hadapan selepas mencapai proses matang. Menurut beliau, untuk tahun ini pihak MBSA menerima lebih 100 penyertaan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/531
Oct 07, 2013 - SHAH ALAM 04 OKT : Kerajaan Negeri bercadang mengambil alih Kolej Univesiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) bagi menyelamatkan kolej itu daripada terus dilanda masalah kewangan. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata usaha pembelian saham KUIS bersama Kerajaan Negeri itu, bagaimanapun masih dalam proses rundingan. "KUIS adalah milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), jadi mustahil KUIS dari entiti yang berbeza akan memaklumkan semua ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/530
Oct 07, 2013 - SHAH ALAM 4 OKT : Pertanian Urban (UA) mampu meningkatkan sosial ekonomi golongan petani dan membangunkan sesuatu kawasan yang akan menjana keuntungan rakyat dan negeri. Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, pelaksanaan UA akan memberikan kesan positif dalam memenuhi permintaan bahan keperluan makanan semasa yang semakin meningkat. "Saya menyambut baik dan menyokong penuh hasrat Kerajaan Negeri untuk meneroka UA memandangkan pertanian adalah satu perniagaan yang dapat menjana ekonomi ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/529
Oct 03, 2013 - KUALA LUMPUR 1 OKT: Laporan Ketua Audit Negara berpuas hati dengan prestasi Selangor State Investment Centre Berhad (SSIC) yang memperolehi peningkatan lebihan pendapatan tahunan dan terkumpul pada 2011 berbanding 2009. SSIC merupakan milik penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) bukan sebuah entiti yang berorientasikan keuntungan tetapi berteraskan perkhidmatan dan perjalanan aktiviti syarikat dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Julai hingga ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/528
Oct 03, 2013 - KUALA LUMPUR 1 OKT: Laporan Ketua Audit Negara 2012 merumuskan bahawa program Hadiah Anak Masuk Universiti yang diperkenal Kerajaan Selangor adalah baik dan mencapai sasaran. Mengikut laporan itu, audit yang dijalankan mendapati 87.8 peratus atau sebahagian besar golongan sasar menerima manfaat dari program tersebut. "Semakan audit mendapati prestasi Hadiah Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) adalah baik kerana bilangan penerima wang bagi bulan Julai 2008 hingga 2012 adalah tinggi ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/527
Oct 01, 2013 - SHAH ALAM 26 SEPT : Jabatan dan agensi perkhidmatan awam di seluruh Selangor diminta mengamalkan budaya kerja inovasi dan kreativiti bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, apabila segala hasil kerja mendapat pengiktirafan dan digunapakai oleh jabatan lain, ia akan menjadi ‘wow factor' untuk Selangor banggakan di kalangan perkhidmatan awam tanpa mengira di peringkat negeri mahupun kebangsaan. Beliau berkata, Selangor ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/526
Sep 30, 2013 - SHAH ALAM, 29 SEPT: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak Selangor yang mempertahankan Piala Sultan Selangor ke-12 selepas menumpaskan Singapura 3-2 di Stadium Shah Alam, malam tadi. "Tahniah kepada pasukan bola Selangor kerana berjaya menewaskan Singapura dalam Piala Sultan Selangor!" katanya melalui facebook, malam tadi. Abdul Khalid hadir mengiringi DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan mencemar ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/525
Sep 30, 2013 - PETALING JAYA, 28 SEPT : Walaupun ekonomi global masih tidak menentu, Selangor mengekalkan prestasi yang memberangsangkan dan berharap kejayaan itu berterusan hingga ke tahun hadapan melalui siri-siri kerjasama bersama pelabur asing. Bercakap kepada diplomat dan delegasi dari dewan perniagaan asing di majlis minum petang di Intan Suite, Hotel Hilton Petaling Jaya, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata prestasi konsisten dan prasarana pendidikan yang baik menawarkan nilai tambah ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/524
Sep 27, 2013 - SUBANG JAYA 24 SEPT : Bagi tahun hadapan, Kerajaan Negeri akan mengiatkan usaha meneroka bidang teknologi perusahaan halal. Perkara ini akan dimuatkan dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2014 nanti. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri menekankan peralihan teknologi perusahaan produk halal, melahirkan kumpulan yang mahir memanfaatkan teknologi itu, serta membina sektor perkhidmatan perusahaan berteraskan teknologi tersebut. Penubuhan Makmal Halal Saintifik ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/522
Sep 27, 2013 - SUBANG JAYA 24 SEPT : Tiga perkara utama iaitu pendidikan, pembangunan usahawan dan perumahan mampu milik akan diberi perhatian dalam Belanjawan Selangor 2014 yang akan dibentangkan pada bulan November depan. "Selepas mengadakan perbincangan dengan pemimpin masyarakat dalam Dialog Belanjawan 2014 dua hari ini, kita dapat menilai sejauh mana mereka memikirkan mengenai manifesto yang kita janji. "Jadi selepas ini, kita akan mengadakan perbincangan dengan semua Exco tentang bagaimana ia ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/521
Sep 23, 2013 - SUBANG JAYA 23 SEPT : Pemberian subsidi air percuma 20 meter padu akan diteruskan lagi sehingga tempoh 10 tahun akan datang. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemberian itu akan diteruskan selepas penstrukturan semula industri air Selangor berjaya diselesaikan. "Penyusunan semula industri air ketika ini ada nampak cahaya dihujungnya tetapi masih belum selesai dan kita akan meneruskan program subsidi ini untuk tempoh 10 tahun akan datang. "Kita harap dapat ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/520
Sep 23, 2013 - BATU CAVES, 23 SEPT: Sebanyak 5 pangsapuri dipilih menjadi perintis Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri (SEROJA) yang dirumus bagi membantu polis memelihara keamanan dan mencegah jenayah di kawasan-kawasan pangsapuri seluruh Selangor. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Iskandar Abdul Samad berkata Skim Seroja ini disasar membantu sehingga 250 pangsapuri di masa akan datang. Dijangka dilaksanakan Oktober tahun ini, lima pangsapuri itu adalah Laksamana Jaya, Seri Era, ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/519
Sep 23, 2013 - SHAH ALAM, 23 SEPT : Kestabilan dan kemajuan ekonomi yang pesat selain jaringan kemudahan yang baik menjadi faktor Selangor terus diyakini pelabur asing. Dalam perkembangan terbaru, Kumpulan Central Pattana melabur RM500 juta menerusi anak-anak syarikat untuk membina pusat membeli-belah CentralPlaza i-City, di i-City, Shah Alam. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pelaburan itu akan menjadikan Shah Alam syurga membeli-belah baru di rantau ini. "Ini menunjukkan mereka percaya ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/518
Sep 20, 2013 - SHAH ALAM, 19 SEPT - Kesukaran 210 penduduk Meru, Klang dekat sini yang rumah mereka dilanda banjir dan ribut baru-baru ini mendapat simpati Lembaga Zakat Selangor (LZS). Berikutan itu, mereka diberi bantuan RM300 setiap seorang yang disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abdul Rani Osman yang mahu membawa hal itu ke sidang Dewan Negeri Selangor (DNS). "Kejadian kali ini lebih kepada ribut. Ada kawasan yang kita kenal pasti setiap kali hujan akan berhadapan banjir," ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/517
Sep 20, 2013 - SHAH ALAM 19 SEPTEMBER: Suhaimi Shafei berkesempatan mengadakan kunjungan dan menyampaikan barangan keperluan harian kepada 21 keluarga warga emas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Muda. Program Ziarah Kasih Warga Emas itu bertujuan bertanya khabar dan membantu meringankan bebanan golongan berkenaan. Suhaimi berkata, setiap bantuan perlu dilakukan secara menyeluruh selain memastikannya sampai kepada penerima tanpa mengira kaum dan keturunan. "Program menziarahi ke rumah ini bukan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/516
Sep 17, 2013 - BANDAR UTAMA 16 SEPT: Kerajaan Selangor mahu mengumpulkan seramai mungkin jurutera berbakat untuk membantu usaha merancang pembangunan bandar di negeri ini. Menyifatkan ia penting, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata keperluan itu semakin mendesak khususnya di Selangor yang pesat membangun. "Ia antara cabaran Selangor bagi merebut peluang yang dibentang dalam pelan Greater Kuala Lumpur-Bidang Ekonomi Utama Negara. "Jurutera berbakat mampu membantu kerajaan negeri bagi ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/515
Sep 17, 2013 - KLANG, 15 SEPT: Meskipun zaman berubah, namun bagi masyarakat Tiong Hua, bulan purnama yang menyinari Perayaan Pertengahan Musim Luruh tetap membawa makna kebersamaan, kekeluargaan dan kesatuan. Diraikan di penghujung musim menuai, perayaan ini meraikan keluarga yang berpisah dan bertemu kembali. Perayaan ini turut memperingati penat-lelah golongan petani, yang berhempas-pulas sepanjang tahun dan mengambil peluang ini untuk bersama berkongsi hasil yang diraih. Indahnya nilai-nilai itu mendorong ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/514
Sep 17, 2013 - KLANG, 13 SEPT : Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan RM5 juta kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk membiayai langkah bersepadu mengatasi banjir. Timbalan Yang Dipertua MPK, Ehsan Mukri berkata fokus kini adalah menyelesaikan projek-projek tebatan banjir melalui naik taraf sungai, pemulihan saluran perparitan dan pembinaan lebih banyak kolam tadahan. "MPK menerima peruntukan sebanyak RM5 juta daripada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan projek ini (tebatan banjir) di mana RM1 juta ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/513
Sep 17, 2013 - SHAH ALAM, 11 SEPT : Kerajaan negeri bertekad untuk meningkatkan pendapatan dan mewujudkan konsep keempunyaan sesuatu projek di kalangan masyarakat desa supaya wilayah luar bandar bergerak seiring dengan arus kemajuan Selangor. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata strategi Program Pembangunan Desa sedia ada akan diubah menjadi konsep menyeluruh bagi memastikan pembangunan di kampung-kampung dimajukan secara bersepadu dan mampan. Namun resipi utama konsep ini nanti adalah ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/512
Sep 10, 2013 - SHAH ALAM 9 SEPT : Pembukaan cawangan kedua kilang pembuatan sarung tangan di Kuala Selangor diyakini akan meningkatkan ekonomi negeri disamping mencipta peluang pekerjaan baru khususnya kepada masyarakat luar bandar. Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Ean Yong Hian Wah berkata Kerajaan Negeri mengalu-alukan usaha Biomax Rubber Industries Sdn Bhd melabur sebanyak RM52.6 juta bagi menubuhkan kilang keduanya. "Kerajaan Negeri menggalakkan pelaburan berkembang di negeri ini, kita ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/511
Sep 10, 2013 - SHAH ALAM 9 SEPT : Projek tebatan banjir akan dilaksanakan Kerajaan Negeri bagi mengatasi kejadian banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan di sekitar Shah Alam dan Klang baru-baru ini. Exco Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, projek ini akan dilaksanakan segera di kawasan yang telah dikenal pasti iaitu di Sungai Rasah dan sekitarnya. "Antara cadangan Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor (JPS) ialah supaya ditinggikan tebing di sekitar ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/510
Sep 10, 2013 - SHAH ALAM 8 SEPT : Kerajaan Negeri mensasarkan sebanyak 30 peratus kerja-kerja pembersihan dalam kawasan perbandaran akan dilakukan oleh pihak dalaman pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam tempoh tiga tahun akan datang. "Hasrat kerajaan negeri melihat dasar ini untuk melihat pembandaran yang bersih, kondusif dan terurus melalui pelan tindakan yang menyeluruh melalui kerjasama semua pihak lapisan masyarakat," kata Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim. ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/509
Sep 10, 2013 - SHAH ALAM 7 SEPT : Masjid dan surau di seluruh negeri disaran untuk menggerakkan usaha pengumpulan dana bagi membantu masyarakat Islam yang ditindas di seluruh dunia. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pada masa yang sama umat Islam diseru untuk terus mendoakan kesejahteraan umat Islam khususnya penindasan dan kezaliman yang berlaku di Mesir, Syria, Palestin, Rohingya dan Bangladesh. Kata Abdul Khalid, Kerajaan Selangor menyumbangkan sebanyak RM50,000 untuk dana solidariti ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/508
Sep 02, 2013 - SHAH ALAM, 31 OGOS : Kesan tumahan minyak di Sungai Selangor minimum dan dijangka kembali pulih selepas kerja pembersihan selesai, kata Elizabeth Wong. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar itu, berkata pemantauan ketat dijalankan berterusan bagi memastikan tiada pencemaran lain berlaku. "Punca pencemaran dapat dikawal dan tumpahan minyak tidak lagi memasuki sungai sebaliknya terkumpul pada ‘oil boom' yang dipasang," katanya pada ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/507
Sep 02, 2013 - SHAH ALAM 30 OGOS: Ribuan pengunjung membanjiri Dataran Kemerdekaan, Shah Alam bagi menyambut Sambutan Ambang Kemerdekaan ke-56 Peringkat Negeri Selangor di sini, malam ini. Bertema ‘Rakyat Bersatu Selangorku Maju' kemeriahan sambutan itu kian dirasai sekitar jam 9.50 malam. Ia turut dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan kepimpinan kerajaan negeri. Tengku Panglima Diraja Selangor yang mewakili Sultan Selangor, hadir sama. Antara acara menarik ialah ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/506
Aug 20, 2013 - SHAH ALAM 19 OGOS : Orang ramai dijemput untuk bersama-sama dalam Sambutan Hari Belia Antarabangsa pada 24 Ogos (Sabtu) ini. Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata sambutan itu akan diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, bermula jam 7.00 pagi sehingga 12.00 malam Turut dianjurkan serentak adalah Majlis Hari Raya Aildilfitri serta sambutan Ambang Merdeka. Menurut Dr Ahmad, tema ‘Integriti' dipilih supaya generasi muda menghayati prinsip itu dalam agenda perubahan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/505
Aug 16, 2013 - SHAH ALAM: Selangor mengecam keras tindakan rejim tentera Mesir yang disifatkan kejam dan melakukan jenayah sehingga menyebabkan ribuan terkorban dan cedera parah. Dalam satu kejadian terbaharu, pasukan tentera Mesir mengangkat senjata dan menggempur ribuan penunjuk perasan di Medan Raba'ah dan Madinah Nasr. Kerahan itu menyebabkan 2,600 orang terkorban dan 15,000 lagi cedera. "Seluruh rakyat Selangor yang cintakan keamanan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/503
Aug 16, 2013 - SHAH ALAM 8 OGOS : Sambutan Aidilfitri tahun ini disambut meriah dengan lebih 20,000 rakyat pelbagai kaum mengunjungi Rumah Terbuka Kerajaan Selangor di Dataran SUK di sini, hari ini. Majlis bermula jam 11 pagi hingga 2 petang itu didatangi masyarakat dari segenap pelusuk yang mengambil peluang untuk bersua muka dan bersalaman dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Hadir sama, Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh, selain exco negeri, antaranya Datuk ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/502
Aug 12, 2013 - SHAH ALAM, 8 OGOS: Kerajaan Selangor mensasarkan peningkatan penggunaan kenderaan awam di kalangan rakyat negeri ini sehingga 40 peratus berbanding lima peratus pada masa ini. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri bekerjasama dengan kerajaan Pusat untuk menyelesaikan masalah pengangkutan awam yang kian serius saban hari. "Rakyat Selangor akan bersama-sama dengan kita dalam usaha mencari jalan untuk menyelesaikan kepadatan pengangkutan. "Kita akan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/501
Aug 12, 2013 - SHAH ALAM 5 OGOS : Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM552,500 kepada 338 atlet pengurusan pasukan dan persatuan kontinjen Selangor yang memperoleh pingat dan mengharumkan Selangor dalam Sukan Malaysia (Sukma) ke-16. Insentif itu disampaikan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada majlis anjuran Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN) di Laman Kayangan, Seksyen 7, di sini. Hadir sama Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Timbalan Ketua Kontinjen, Amiruddin Shari. Pada ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/500
Aug 02, 2013 - KLANG 2 OGOS : Sesuai dengan pertambahan jumlah penduduk, Masjid Telok Megenon yang dinaik taraf kini mampu menampung seramai 1,000 jemaah dalam satu-satu masa. Dirasmikan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena sambutan Majlis Berbuka puasa DYMM Sultan Selangor bersama rakyat di Kampung Telok Menegon, di sini. Kos menaik taraf sangunan masjid berkenaan berjumlah RM3 juta. Masjid terbabit dilengkapi dengan ruang solat utama, ruang solat beranda masjid, tempat wuduk lelaki ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/499
Aug 02, 2013 - KLANG 2 OGOS : Kerajaan Negeri akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, usaha ini perlu dilakukan bagi membendung kadar peningkatan kenderaan persendirian di jalan raya, seterusnya mengurangkan kadar kemalangan di negara ini. Menurut Abdul Khalid, jawatankuasa yang bakal ditubuhkan ini akan diketuai oleh beliau dan dianggotai oleh barisan Exco negeri dan Unit ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/498
Aug 02, 2013 - BANGI 31 JULAI : Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) mensasarkan untuk menjadi sebuah Universiti Islam dalam tempoh tiga tahun akan datang. Rektor KUIS, Prof Madya Datuk Dr Ab Halim Tamuri berkata, manakala jumlah pelajar pada tahun 2014 ini akan ditingkatkan kepada 6,000 mahasiswa. "Bagi mencapai sasaran tersebut, antaranya akan menawarkan Program Pasca Siswazah dalam bidang sarjana, dan doktor falsafah melalui pusat pengajian siswazah yang akan diaktifkan semula. "KUIS membuka ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/497
Jul 29, 2013 - KLANG 27 JULAI : Pemberian Kupon Membeli Belah bagi Program Jom Shopping sempena perayaan akan diperkembangkan untuk juga semasa perayaan Deepavali dan Tahun Baru Cina. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, untuk program Jom Shopping untuk Perayaan Aidilfitri, setiap DUN diperuntukkan kira-kira 500 kupon membeli belah itu yang akan diberikan kepada keluarga berpendapatan bawah RM1,500. Beliau berkata demikian semasa Program Jom Shopping yang diadakan di Pasaraya Econsave di sini. ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/496
Jul 29, 2013 - SHAH ALAM, 26 JULAI: Penduduk Desa Mentari mampu menarik nafas lega apabila Kerajaan Selangor, mengambil keputusan untuk membaiki sekurang-kurangnya satu lif di setiap bangunan 11 tingkat pangsapuri itu. Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad bekata kerosakan lif di pangsapuri terbabit menyebabkan tiada jaminan keselamatan dan kesukaran kepada penduduk di situ terutama ketika umat Islam sedang menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan. "Blok 6 langsung tidak mempunyai lif yang beroperasi ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/495
Jul 29, 2013 - SHAH ALAM 26 JULAI : Menjelang 2018, Kerajaan Negeri mensasarkan seramai 10 juta pelancong akan melawat Selangor, kata Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Elizabeth Wong. Elizabeth berkata anggaran tersebut berdasarkan peningkatan jumlah pelancong setiap tahun dan sasaran 7 juta pelancong Kerajaan Negeri untuk program Tahun Melawat Selangor 2015. Beliau berkata setakat ini jumlah kemasukkan pelancong mencatatkan perkembangan yang positif iaitu 6 juta pada tahun lepas. Katanya, ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/494
Jul 24, 2013 - SHAH ALAM, 24 JULAI : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pembayaran bonus Hari Raya sebanyak sebulan gaji kepada kakitangan awam di negeri itu. Kerajaan Negeri memperuntukkan RM30 juta dan seramai 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan akan menerima pembayaran bonus berkenaan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini. Abdul Khalid berkata, pemberian bonus ini diharap dapat meringankan tanggungan warga kerja Kerajaan Negeri bagi menghadapi persiapan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/493
Jul 19, 2013 - SHAH ALAM 17 JULAI : Kerajaan Negeri bertindak tegas dengan membawa seramai 127 pemilik pangsapuri ke mahkamah ekoran kegagalan menjelaskan bayaran caj penyelenggaran pangsapuri. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata tindakan tegas itu penting dilakukan untuk mendidik mereka menjaga pangsapuri bersama-sama dengan Badan Pengurusan Bersama (JMB). Katanya, ekoran kedegilan itu, mereka boleh didenda sejumlah RM5,000 dan RM50 untuk setiap hari ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/490
Jul 19, 2013 - SHAH ALAM 18 JULAI : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan Kerajaan Negeri supaya menaiktaraf perpustakaan di setiap daerah termasuk perpustakaan Raja Tun Uda yang dilawatinya hari ini. Baginta bertitah perpustakaan adalah sebuah tempat gedung ilmu, malah perpustakaan juga boleh dijadikan sebagai tempat riadah di mana ibu bapa dan keluarga boleh datang bersama-sama untuk membaca buku dan membuat rujukan. "Oleh itu, ia hendaklah dilakukan dan janganlah dilupakan begitu ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/492
Jul 19, 2013 - SHAH ALAM 18 JULAI : Sebagai sebuah syarikat yang sentiasa memerlukan hubungan rapat dengan pelanggan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menganjurkan Program Revolusi Budaya Korporat khusus untuk semua kakitangannya. Program ini diyakini dapat meningkatkan budaya kerja, perjalanan operasi, pentadbiran, hal-hal perlantikan anggota PKNS, supaya sentiasa dilihat sebagai sebuah syarikat yang sentiasa bergerak positif ke hadapan. Pengurus Besar Akademi PKNS, Idris Ishak berkata, menerusi ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/491
Jul 19, 2013 - PETALING JAYA 17 JULAI : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Masjid di Bandar Baru Sungai Buloh di sini sempena Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat di sini. Bangunan masjid ini dibina oleh Syarikat MK Land dengan kos RM4.1 juta dan mampu menampung sehingga 5,000 jemaah di mana masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Kuning kerana kubahnya berwarna kuning. Sultan Sharafuddin juga turut berkenan menamakan masjid itu dengan nama Masjid ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/489
Jul 16, 2013 - KUALA LANGAT 15 JULAI : Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyediakan dua tapak bagi mengantikan bazar ramadan Reko Sentral Kajang yang ditutup awal minggu lalu. Sehubungan itu, semua pihak yang berminat untuk menjalankan perniagaan bazar ramadan boleh berhubung terus dengan MPKj. Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Kim menasihatkan semua pihak akur dengan keputusan MPKj menutup bazar ramadan di Jalan Reko Sentral 2 kawasan komersil itu dan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/488
Jul 12, 2013 - SHAH ALAM 11 JULAI : Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sejumlah RM2.7 juta sempena sambutan Ramadan ini kepada masjid dan surau di seluruh negeri bagi melaksanakan program Ihya Ramadan pada tahun ini. Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi berkata, peruntukan itu melibatkan kira-kira 392 buah masjid, 170 buah surau yang dinaikkan taraf yang digunakan solat Jumaat dan 1881 buah surau. Katanya, bagi masjid ia diperuntukkan sebanyak RM1,650 manakala ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/485
Jul 12, 2013 - SHAH ALAM 10 JULAI : Kejayaan kempen mengimarahkan masjid yang telah berlangsung lima tahun di Selangor kini menjadi model kepada negeri lain, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ini dilihat daripada peningkatan peserta kepada program-program kuliah dan tarbiyyah agama, selain permintaan yang terus meningkat pada bulan Ramadan terhadap bubur lambuk dan buah kurma. Menurut Abdul Khalid, ramai pemimpin dari negeri lain bertanyakan kepada beliau bagaimana caranya untuk mengimarahkan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/487
Jul 12, 2013 - SHAH ALAM 10 JULAI : Karnival ibadah besar-besaran "Kariah Ramadhan Perdana" akan diadakan Kerajaan Selangor bermula 11 Julai hingga ke 5 Ogos dengan pelbagai program Ihya' Ramadhan. Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi berkata, program ini dibuat sebagai nafas baru dengan tema "My Best Ramadhan". Katanya, karnival tersebut akan diadakan di Tapak Bazarena Stadium Malawati Seksyen 13 Shah Alam dengan Majlis Tazkirah Ramadhan yang ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/486
Jul 12, 2013 - SHAH ALAM, 9 JULAI: Selepas kejayaan Selangor merangkul kejuaraan Sukan Malaysia XVI (Sukma XVI), Kerajaan Negeri sedia mempertimbangkan menambah peruntukan bagi pembangunan sukan di negeri itu. Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, peruntukan tambahan tersebut akan disalurkan kepada mana-mana persatuan yang memerlukan peruntukan bagi membiayai sokongan latihan. "Saya telah mintak Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor memberikan saya mana sukan-sukan yang perlukan peruntukan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/484
Jul 08, 2013 - SEMENYIH, 7 JULAI: Kerajaan Negeri akan mengkaji untuk membangunkan hab halal di Pulau Indah, Pelabuhan Klang. Menurut Exco Pembangunan Usahawan, Dr Daroyah Alwi, cadangan tersebut dibuat berdasarkan kedudukan strategik Pulau Indah yang berhampiran Pelabuhan Klang akan memberi kelebihan untuk dipasarkan ke pasaran antarabangsa. "Kita harap dalam masa lima tahun ini kita dapat realisasikan hab halal ini sebab saya kira ia sangat penting dan sampai masanya untuk Selangor laksanakannya. ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/483
Jul 08, 2013 - SHAH ALAM, 5 JUL : Seramai 1,479 pelajar Selangor di Mesir dilaporkan berada dalam keadaan baik berdasarkan maklumat terkini yang diperolehi daripada pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK). Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, meskipun Mesir dilanda siri perhimpunan besar-besaran baru-baru ini, namun lokasi kejadian adalah jauh daripada penempatan para pelajar. Menurutnya, pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) Selangor Mesir sentiasa ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/482
Jul 08, 2013 - SHAH ALAM 4 JULAI : Kerajaan Negeri akan memperkenalkan dasar baru bagi mempelbagaikan jenis Rumah Mampu Milik (RMM) yang wajib dibina pemaju pada bulan September ini. Exco Perumahan, Pengurusan Bandar dan Peneroka Bandar, Iskandar Samad berkata, polisi yang bakal dilaksanakan ini menyediakan lebih banyak RMM kepada semua rakyat di negeri ini. Jelasnya, Kerajaan Negeri berhasrat mempastikan stok perumahan ini mencukupi kepada semua golongan, rendah dan sederhana. "Polisi baru ini ada lebih ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/481
Jul 08, 2013 - SHAH ALAM 4 JUL : Kerajaan Negeri berjaya menjimat RM 200 juta setahun melalui perlaksanaan dasar tender terbuka untuk projek atau pembelian, berbanding dengan pendekatan rundingan terus. Menteri Besar , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata dua juta daripada penjimatan itu dapat disalurkan untuk kerja-kerja audit bagi memastikan projek dilakukan dengan sempurna. Bagi mengurangkan risiko projek terbengkalai, Kerajaan Negeri kini meletakkan syarat ‘Completion Guarantee' sebagai terma ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/480
Jul 03, 2013 - SHAH ALAM, 3 JUL : Sebuah enakmen melarang meminum minuman keras secara terbuka di tempat awam seperti taman permainan perlu dikuatkuasa Kerajaan Selangor bagi menjaga keharmonian penduduk dan mencegah gejala sosial. Ini kerana menurut Adun Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar, beliau menerima banyak aduan daripada penduduk yang merasa terganggu oleh aktiviti minuman keras oleh pihak tidak bertanggungjawab di sekitar kawasan awam. Menurutnya, enakmen itu telah digunapakai di beberapa negara luar ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/479
Jul 02, 2013 - SHAH ALAM 2 JULAI : Seramai 15,105 orang pemohon ditawarkan untuk memiliki rumah kos rendah dari tempoh 2008 hingga 2013. Manakala seramai 1,568 pemohon ditawarkan oleh Kerajaan Negeri untuk memiliki Rumah Mampu Milik sejak ia diperkenalkan dari tahun 2011 sehingga 30 Mei 2013. Exco Perumahan, Pengurusan Bandar dan Peneroka Bandar, Iskandar Samad berkata bilangan itu adalah pemohon yang dibantu untuk memiliki rumah sendiri. Dalam pada itu, katanya, Kerajaan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/478
Jul 02, 2013 - SHAH ALAM 30 JUN : Insentif perkahwinan dinaikkan ke RM 500 dan pendaftaran ke dalam skim rumah mampu milik (RMM) adalah antara tarikan yang ditawarkan Kerajaan Selangor kepada pasangan Selangor yang ingin berkahwin. Pasangan pengantin baru diminta mendaftar diri dengan Kerajaan Negeri supaya hari bahagia mereka diraikan bersama selain menerima insentif menerusi program di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/477
Jul 02, 2013 - SHAH ALAM, 23 JUN: Kerajaan Selangor akan mengedarkan topeng muka kepada orang ramai berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk di Selangor kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Exco Kesihatan Dr Daroyah Alwi sudah diarahkan untuk mengedarkan topeng-topeng tersebut sebagai langkah keselamatan selepas berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berada pada paras tidak sihat. "Hadkan aktiviti luar rumah dan lebihkan minum ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/476
Jul 02, 2013 - SUBANG 15 JUN : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihati rakyat negeri Selangor supaya mengukuh dan menambahkan ilmu pengetahuan mengenai Islam bagi mengelakkan terpesong akidah. Menurutnya, nasihat itu dilontarkan kerana setakat ini terdapat sebanyak 27 ajaran sesat yang difatwakan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. "Saya dimaklumkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor, ajaran ini dibawa dan diamalkan oleh ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/473
Jul 02, 2013 - SHAH ALAM, 15 JUN : Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyempurnakan serta menambah baik beberapa perkara dalam pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai memenuhi Pelan Tindakan Lima Tahun Jawatankuasa Tetap PBT Negeri Selangor (Rangka Pertama). Ini termasuk menyediakan perkhidmatan bas tempatan di peringkat PBT dan menyelaraskan undang-undang kecil e-lesen untuk bangunan perniagaan. Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim dalam sidang media ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/474
Jul 02, 2013 - SHAH ALAM, 17 JUN: Pejabat Tanah dan Daerah Klang dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah berjaya meningkatkan kutipan dari hasil cukai kepada lebih RM 300 juta. Kejayaan itu mendapat pujian daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berkata ia hasil usaha kakitangan dua agensi tersebut yang berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan. Abdul Khalid juga berkata jumlah RM 300 juta itu adalah lebih daripada pungutan cukai Kerajaan Negeri Sembilan, ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/475
Jun 19, 2013 - SUBANG JAYA, 16 JUN : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan Pegawai Daerah dan Tanah Kuala Selangor sudah mengemukakan cadangan bagi menyelesaikan isu penduduk Kampung Desa Pengasih yang diarah keluar dari penempatan mereka, Mei lalu. Menurut Abdul Khalid, antara cadangan itu ialah menyediakan penempatan lain untuk penduduk terbabit dalam tempoh terdekat. "Pegawai Daerah tidak membenarkan perobohan berlaku dan terdapat perbincangan antara penghuni dan pemaju supaya ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/472
Jun 19, 2013 - SHAH ALAM, 14 JUN : Sebanyak 500 padang di kawasan perumahan akan dibina dan peralatannya diganti dalam tempoh lima tahun oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Selangor. Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim berkata, usaha itu akan dibuat secara berperingkat di mana dua buah padang di setiap 56 kawasan DUN akan dinaiktaraf dalam tempoh setahun. Menurutnya, pemilihan padang akan dilakukan oleh Adun kawasan masing-masing dan ia akan diselaraskan oleh ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/471
Jun 10, 2013 - KLANG 6 JUN : Majlis Perbandaran Klang (MPK) meminta orang awam agar prihatin berkenaan ruang parkir kenderaan yang dikhaskan untuk Orang Kelainan Upaya(OKU). Pemangku Yang Dipertua MPK, Ehsan Mukri berkata, sistem tunda dipraktikkan sejak dua tahun lalu bertujuan mendidik orang awam supaya meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang disediakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan. "Orang awam tidak meletak kereta cara betul. Tujuan sistem tunda kereta ini untuk mendidik orang ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/470
Jun 10, 2013 - SHAH ALAM 6 JUN : Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam masa terdekat bagi membincangkan kerjasama dan halatuju pembangunan sukan di negeri itu. Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, penggal yang lalu beliau tidak menafikan pihaknya menghadapi situasi seperti dianaktirikan oleh Kerajaan Pusat berkaitan sukan dan belia di Selangor. Beliau mengharapkan Khairy Jamaluddin selaku Menteri Beliau dan Sukan yang baru dengan sikap ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/469
Jun 10, 2013 - SHAH ALAM 6 JUN : Bekas pemain badminton kebangsaan dan juga jurulatih kebangsaan, Datuk Misbun Sidek dianugerahkan Tokoh Sukan Selangor 2012 bagi menghargai sumbangan besar beliau dalam memajukan sukan di negeri ini. Misbun yang ditemui berkata, beliau mengharapkan pembangunan sukan badminton di negara ini terus dimajukan daripada segi infrastruktur agar dapat menyediakan pelapis terbaik. "Terima kasih dengan penghargaan ini setelah mendapat anugerah Olahragawan Selangor pada 1981 kini ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/468
Jun 10, 2013 - SHAH ALAM, 5 JUN : Penduduk Bukit Botak yang berhasrat menjual semula kediaman mereka kepada orang awam dinasihat supaya tidak melakukannya terlebih dahulu bagi mengelakkan dieksploitasi oleh ejen perumahan. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata, Kerajaan Negeri menerima laporan bahawa terdapat ejen yang bertemu dengan pembeli supaya rumah tersebut dijual kembali kepada orang ramai. Katanya, perkara tesebut tersebar luas di laman web di mana ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/467
Jun 04, 2013 - SHAH ALAM, 3 JUN : Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Aqsa Syarif Berhad melancarkan tabung kutipan dana untuk disumbangkan kepada penduduk di Palestin sebagai persedian sambutan Ramadan pada Julai nanti. Timbalan Pengerusi Aqsa Syarif Berhad, Dr Fauziah Mohd Hasan berkata, sumbangan itu nanti akan diberikan dalam bentuk makanan dan keperluan harian, di mana nilainya adalah RM150 setiap satu keluarga. Menurutnya, sumbangan itu akan disasarkan kepada golongan wanita dan ibu tunggal yang menjadi ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/466
Jun 04, 2013 - SHAH ALAM, 2 JUN : Misi pemberdayaan wanita di Malaysia jelas terpancar dalam pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menerusi pelantikan lebih 40 peratus wanita untuk menerajui barisan Exco dan Speaker buat julung kalinya. Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata, agenda pemberdayaan wanita mula diterjemahkan PR sebaik sahaja gabungan itu berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negeri daripada Umno-BN pada tahun 2008. Katanya, pemilihan wanita dalam kepimpinan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/465
May 31, 2013 - PETALING JAYA, 28 MEI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya(MBPJ) diminta menyediakan gerai sementara kepada sembilan peniaga di Pusat Penjaja Jalan Penchala yang terbakar baru-baru ini. Usaha ini akan dilakukan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian akan menulis surat kepada Datuk Bandar Petaling selepas melawat kawasan kebakaran. Kata Loy Sian ini kerana perniagaan ini merupakan punca utama mata pencarian peniaga terlibat. "Dalam masa terdekat ini saya akan menulis surat kepada ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/464
May 31, 2013 - SHAH ALAM 28 MEI : Diberi peluang melihat dan merasai sendiri kesusahan dan kesempitan hidup insan yang tidak bernasib baik menjadi pengajaran yang berguna kepada orang ramai. Pengalaman ini dirasai oleh Shamsul Nizam Omar, 38, yang menyertai program Ziarah Asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) bersama Korporat dan Media ketika menziarahi pelakon veteran Maimun Talib di kediamannya di Seksyen 17, Shah Alam baru-baru ini. Katanya, beliau dapat merasai sendiri kesusahan yang dihadapi Maimun ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/463
May 22, 2013 - SHAH ALAM, 18 MEI : Kakitangan dan keluarga Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang mahu melanjutkan pelajaran kini boleh memohon daripada Tabung Biasiswa PKNS. Dengan peruntukan RM1 juta, tabung berkenaan bagi membantu anak anggota PKNS mengikuti ijazah sarjana muda sepenuh masa sementara bagi anggota pula, mereka ditawarkan melanjutkan pelajaran di peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda, ijazah lanjutan dan kursus profesional sepenuh masa atau secara sambilan. Timbalan Pengurus ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/462
May 20, 2013 - SABAK BERNAM 21 APRIL : Penstrukturan semula Pekan Sabak Bernam perlu dilakukan bagi mempesatkan ekonomi dan meningkatkan peluang pekerjaan bermutu bagi masyarakat setempat. ADUN Sabak, Sallehin Mukhyi berkata usaha itu juga penting bagi menurunkan kadar kemiskinan kawasan Sabak Bernam yang dikatakan antara tertinggi di Selangor dan bagi mempertingkatkan taraf kehidupan penduduk lain. Sallehin berkata kebanyakan prasarana dan bangunan di pekan tersebut seperti pasar sudah usang manakala ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/461
May 20, 2013 - GOMBAK, 16 MEI: Masalah banjir yang kerap berlaku di kawasan DUN Gombak Setia menjadi agenda utama untuk diselesaikan Hasbullah Ridhuan. Adun Gombak Setia baru itu berkata masalah ini penting kerana banjir di kawasan itu sering mengakibatkan kerosakan dan kerugian harta benda penduduk. Katanya, kebanyakan struktur longkang dan saliran sedia ada berada dalam keadaan kurang memuaskan dan perlu diperbaiki agar lebih efisyen. "Soal banjir kilat berlaku baik di peringkat taman perumahan mahupun ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/460
May 20, 2013 - SHAH ALAM 14 MEI : Ibu tunggal yang bertindak menyaman Kerajaan Negeri sebelum ini diseru mendaftar bagi membolehkan mereka menikmati pelbagai program yang disediakan Kerajaan Negeri. Exco Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata pendaftaran itu penting bagi memastikan segala prosedur, proses dan syarat-syarat kelayakan dipenuhi sebelum bantuan dapat disalurkan. "Saya mengulangi seruan saya selama ini, sebelum dan selepas kes saman, juga ketika dialog bersama Persatuan Ibu Tunggal Selangor ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/459
May 04, 2013 - SHAH ALAM 03 MEI : Isnin 6 Mei telah diumumkan sebagai hari pelepasan am di Selangor bagi memudahkan rakyat Selangor mengundi pada Ahad, 5 Mei. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid berharap hari tersebut digunakan sebaik mungkin untuk pulang mengundi di tempat masing-masing dan tidak perlu tergesa-gesa untuk kembali bekerja. “Kita mendoakan para pengundi dan rakyat Selangor pulang dengan selamat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/458
May 02, 2013 - KLANG 1 MEI : Selaras dengan usaha Kerajaan Negeri yang mahu ‘merakyatkan ilmu’ untuk penduduk Selangor, sebuah lagi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) di buka di Sungai Udang, di sini. PPAS yang multi fungsi dua tingkat itu menelan belanja RM1 juta dan turut dilengkapi wifi percuma, komputer, bilik belajar dan bilik seminar yang mampu memuatkan 100 orang dalam satu masa selain taman permainan di sudut ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/457
May 02, 2013 - SELAYANG, 29 APRIL : Pakatan Rakyat (PR) Selangor bercadang menubuhkan sebuah panel bebas bagi menyelesaikan sebarang kemusykilan yang dihadapi penduduk berhubung hak milik kediaman di Bukit Botak. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi bayangan bahawa barisan panel itu akan terdiri daripada orang besar daerah dan beberapa pegawai kerajaan yang dilantik. Bagaimanapun katanya, ia hanya dapat dilaksanakan sekiranya PR diberi mandat sekali lagi untuk mentadbir Selangor ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/456
May 02, 2013 - PELABUHAN KLANG 28 APRIL : Bagi meningkatkan taraf pendidikan anak-anak di Pangsapuri Seri Perantau, di sini, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengambil inisiatif membina sebuah Pusat Tuisyen di pangsapuri terbabit. Pusat tuisyen yang dinamakan Anjung Seri Perantau berkeluasan 1,990 kaki persegi itu mampu memuatkan sehingga 250 orang dalam satu masa yang menelan kos sebanyak kira-kira RM75,000. Pengerusi Persatuan Penduduk, Mohamad Md Zin berkata pembinaan kemudahan bagi ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/455
Apr 18, 2013 - SHAH ALAM, 16 APRIL : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyifatkan pembinaan Kompleks Kediaman Pekerja Industri di SS8/6, Kelana Jaya adalah suatu perkongsian bijak yang bakal menyediakan iklim mesra pelabur. Menurut Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim, pembinaan asrama ini bukan sahaja dapat menempatkan 10,000 pekerja Western Digital Malaysia Sdn Bhd, malah mampu meningkatkan kepercayaan pelabur untuk mengembangkan perniagaan mereka di negeri ini. Beliau turut ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/454
Apr 18, 2013 - KLANG, 15 APRIL : Sebanyak 94 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh Selangor menerima bantuan pendidikan daripada Kerajaan Negeri yang berjumlah RM 2.41 juta. Ia merupakan bantuan kewangan fasa pertama bagi tahun 2013 daripada dasar kerajaan PR Selangor yang memperuntukkan sebanyak RM 6 juta kepada SJKC di Selangor setiap tahun bermula dari 2009. Sumbangan disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Sekolah Menengah Tinggi Ping Hwa, Klang di ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/453
Apr 15, 2013 - SHAH ALAM, 15 APRIL : Bagi memudahkan pembayaran cukai taksiran, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melancarkan aplikasi ‘MyMobile’ yang menggunakan telefon mudah alih tanpa perlu ke kaunter. Melalui aplikasi ini, pemilik harta khususnya di Shah Alam hanya perlu mendaftar di portal institusi kewangan, CIMB Bank Berhad di www.cimbclicks.com.my. Majlis pelancaran itu dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/452
Apr 15, 2013 - KLANG, 13 APRIL : Bagi memudahkan orang awam mendapatkan informasi, perkhidmatan, khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan secara terus, satu program bertemu pelanggan diadakan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK). Program yang berlangsung bermula 12 April hingga 14 April itu diadakan di Aeon Jusco Bukit Tinggi yang bermula pada jam 10 pagi hingga 10 malam. Sebanyak 13 jabatan dan agensi mengambil bahagian dalam program itu, antaranya Pejabat SUK bahagian Koporat, Pejabat ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/451
Apr 15, 2013 - RAWANG, 13 APR: Warga Sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER) tidak perlu lagi risau tentang masalah pengangkutan untuk menghantar pelajarnya ke hospital sekiranya berlaku kecemasan. Hari ini sekolah tersebut menerima sumbangan van sekolah berharga RM 90,000 daripada Kerajaan Negeri Selangor melalui Geran Selangorku. Pengetua sekolah Zainul Arifien Mohd Jaid berkata sebelum ini, pihak pentadbiran sekolah terpaksa menggunakan kenderaan milik para guru untuk membawa para pelajar ke ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/450
Apr 01, 2013 - KLANG, 31 MAC : Karnival Jom Kerja yang dianjurkan Kerajaan Selangor sejak 2009 telah memberi pelbagai manfaat kepada golongan belia baik lepasan sekolah mahupun graduan universiti untuk mengatur rancangan kerjaya mereka. Tidak hanya itu, Kerajaan Negeri turut menyediakan pelbagai kursus kerjaya sebagai satu galakan buat golongan belia yang masih mencari pekerjaan yang sesuai. Bekas graduan universiti, Mohd Hafizuddin Abdul Munil, 23, menyifatkan karnival itu memberi faedah kepada ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/449
Apr 01, 2013 - SHAH ALAM 30 MAC :Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh Selangor telah mendapat sebanyak RM 32.5 juta sejak Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mula mentadbir negeri lima tahun lalu. Malah, menurut guru SAR, bantuan tersebut yang digunakan untuk menampung gaji guru dan membina bilik darjah baru diharapkan dapat berterusan. Seorang guru Sekolah Pondok Bustanul Arifin, Ahmad Ansori Munshia, 46, mengharapkan bantuan ini tidak akan berakhir pada tahun ini memandangkan penggal Kerajaan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/448
Mar 29, 2013 - SHAH ALAM, 28 MAC : Pemeriksaan status tanah oleh awam yang dahulunya mengambil beberapa minggu sekarang boleh dilakukan dalam masa satu hari setelah Selangor berjaya memuatkan semua rekod tanah di dalam sistem atas talian. Melalui tujuh aplikasi yang dibangunkan kerajaan negeri, perkhidmatan tanah dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, mudah dan pantas dengan berorientasikan “customer-focused services†(fokus kepada ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/447
Mar 29, 2013 - SHAH ALAM 28 MAC : Tercari-cari kelibat bapa adalah situasi yang amat pilu bagi Jabah Mingku Voon,36, melihat anaknya Macliue,11, untuk mendapatkan pelukan daripada seorang bapa. “Lebih-lebih lagi pada waktu malam, anak saya seolah mencari-cari ayahnya dan bercakap kepada saya, ‘mummy’ boleh peluk tak, sedih sangat, hancur hati saya melihat air mata anak ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/446
Mar 28, 2013 - KUALA LUMPUR, 27 MAC: Empat bulan dari sekarang, penduduk Kampung Pandan Dalam di sini bakal menerima sebuah dewan serbaguna baru yang lebih luas bagi menggantikan dewan sedia ada. Keprihatinan ini dizahirkan Kerajaan Pakatan Rakyat yang terus konsisten mendengar keperluan rakyat terutama dalam aspek keselesaan infrastruktur awam. Dengan kos RM 341,000 melalui peruntukkan Geran Selangorku, gerak kerja pembinaan dewan yang telah dipohon sejak November tahun lalu akan dilakukan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/445
Mar 27, 2013 - KUALA SELANGOR, 27 MAC : Di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor penantian puluhan tahun penduduk Kampung Felda Bukit Cherakah memiliki geran tanah akhirnya ditunaikan. Penyerahan borang 5A kepada 281 penduduk itu disempurnakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di masjid kampung berkenaan di sini. Seorang penduduk, Torman Basri, 64, nyata gembira apabila penantiannya lebih 22 tahun untuk memiliki hak milikan tanah akhirnya ditunaikan dalam tempoh singkat. ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/444
Mar 27, 2013 - SABAK BERNAM 26 MAC : Sebanyak 480 Rumah Mampu Milik (RMM) akan dibangunkan di Panchang Bedena di sini dengan harga di bawah RM100,000 sebuah. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, projek di tanah seluas kira-kira 25 ekar itu akan melibatkan kos pembangunan kasar kira-kira RM85 juta. Ia akan dibangunkan sepenuhnya oleh anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB). “Pembangunan di Sabak Bernam ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/443
Mar 26, 2013 - SHAH ALAM, 25 MAC : Kerajaan Selangor akan memberi insentif RM 15,000 kepada pelumba remaja, Muhammad Firdaus Mohd Zonis yang merangkul pingat emas dalam acara trek Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2013 di New Delhi, baru-baru ini. Perkara itu diumumkan Exco Adat Melayu dan Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi dalam sidang media selepas mesyuarat Exco di Bangunan SUK, hari ini. Menurut Dr Ahmad Yunus, insentif itu adalah bersesuaian dengan pencapaian cemerlang Muhammad Firdaus ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/442
Mar 26, 2013 - SHAH ALAM 24 MAC : Kemunculan pelbagai permainan moden selari dengan perkembangan teknologi tetapi sukan tradisional atau sukan rakyat masih mendapat sambutan daripada golongan muda. Buktinya, lebih 600 peserta Beliawanis mengambil bahagian dalam Karnival Sukan Beliawanis peringkat negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, semalam. Karnival yang pertama kali diadakan untuk beliawanis merupakan anjuran Jawatankuasa Tetap Adat Resam ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/441
Mar 26, 2013 - BATU CAVES, 22 MAC: Hasrat penduduk Kampung Nahkoda dan Kampung Melayu Batu Caves Selatan untuk memiliki tanah akhirnya terlaksana dan membuktikan sekali lagi bahawa Kerajaan Selangor prihatin terhadap tuntutan rakyat. Pemberian ini akhirnya menamatkan penantian hampir 20 penduduk setempat yang selama ini berjuang untuk mendapatkan hak mereka walaupun impian itu berkali-kali tidak ditunaikan oleh Umno-BN. Muhammad Razali Abdullah dari Kampung Bendahara nyata gembira dengan harga ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/440
Mar 22, 2013 - KLANG 21 MAC : Kerajaan Negeri berjaya menyelesaikan projek perumahan bermasalah untuk 76 bekas pekerja ladang di Bandar Bukit Raja di sini dengan pembinaan rumah teres bernilai RM 77,000 di satu kawasan berhampiran. Pembinaan projek perumahan itu dijayakan dengan kerjasama pemilik hartanah, Sime Darby Property Berhad (Sime Darby) dan dijangka siap pada penghujung tahun ini. Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata persetujuan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/439
Mar 22, 2013 - SUBANG JAYA, 21 MAC : Selangor menjadi negeri pertama di Malaysia yang bakal memajukan konsep perumahan mampu milik pasang siap bagi memenuhi permintaan kediaman terutamanya untuk golongan berpendatapan rendah. Melalui penggunaan konsep pasang siap atau Pre Fabricated (IBS), kos pembinaan rumah dapat dikurangkan manakala tempoh pembinaan dapat dipendekkan. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, berdasarkan pengalaman pemaju, sebuah sekolah mengambil 18 bulan untuk disiapkan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/438
Mar 22, 2013 - SUBANG JAYA, 21 MAC: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid memaklumkan Kerajaan Negeri mempunyai beberapa tarikh pembubaran Dewan Negeri Selangor (DNS) bagi memberikan peluang kepada mandat baru dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Menurut Abdul Khalid, perbincangan sentiasa diadakan namun pengumuman tarikh pembubaran akan dibuat dalam masa terdekat. “Perbincangan itu sentiasa tapi strategi untuk menentukan PRU bila tidak ditetapkan sehingga bersetuju ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/437
Mar 21, 2013 - SHAH ALAM 20 MAC : Kerajaan Negeri bersetuju untuk mengurangkan bayaran cukai taksiran sebanyak 50 peratus kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) yang memiliki rumah di seluruh Selangor dan diskaun in berkuatkuasa serta merta. Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan SUK, di sini. Abdul Khalid memaklumkan pengurangan cukai taksiran itu bertujuan membantu meringankan beban OKU yang perlu berdepan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/436
Mar 21, 2013 - SHAH ALAM 20 MAC : Beberapa syarikat besar seperti Toyota, Microsoft, Western Digital dan juga beberapa organisasi seperti SIRIM Bhd dan Majlis Reka Bentuk Malaysia akan menyertai pameran Sains Inovasi dan Teknologi (SITEX Selangor 2013) yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 April 2013 ini. Pameran perdagangan anjuran Kerajaan Negeri ini diadakan untuk menyediakan satu landasan terbaik kepada penyelidik, usahawan dan syarikat untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan terbaru kepada ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/435
Mar 21, 2013 - SHAH ALAM 20 MAC : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan tanah bagi projek Datum Jelatek bukan tanah rizab melayu sebaliknya milik Kerajaan Negeri. Malah, katanya, 70 peratus rumah di dalam projek tersebut akan dijual kepada masyarakat Melayu dan 30 peratus kepada bukan Melayu. “Ini bukan kawasan rizab Melayu, kita sudah diberitahu oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), ianya milik Kerajaan Negeri dan kita juga meminta PKNS ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/434
Mar 20, 2013 - SHAH ALAM, 19 MAC : Kerajaan Negeri akan mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menyegerakan pembinaan jalan raya alternatif di Parit Besar, Padang Jawa berikutan kematian seorang remaja kerana menggunakan jalan pintas di situ. Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata, jalan alternatif itu adalah bagi menggantikan laluan sedia ada yang menggugat keselamatan penduduk. Menurutnya, tindakan itu perlu dibuat ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/433
Mar 18, 2013 - SHAH ALAM, 16 MAC: DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berasa bangga dengan integriti dan kecekapan Menteri Besar dan barisan Exco Kerajaan Negeri yang telah bersungguh-sungguh mentadbir Selangor dengan jayanya. Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pujian tersebut dititahkan kepadanya sendiri dalam satu pertemuan sedikit masa dahulu. “Ada masanya, kami berbual ringan dan dalam perbualan kami Baginda kata bahawa Baginda ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/432
Mar 18, 2013 - SHAH ALAM, 16 MAC : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bersetuju untuk melantik perunding bebas bagi membuat kajian mengenalpasti punca berlakunya kejadian runtuhan persimpangan bertingkat baru-baru ini. Pengurus Perhubungan Awam PKNS , Ishak Hashim, berkata, PKNS sudah mengemukakan tiga nama perunding bebas bagi menyiasat punca sebenar kejadian itu. “PKNS sudah meminta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/431
Mar 18, 2013 - IPOH 15 MAC : Dua balu anggota komando polis (VAT 69) Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin Daud yang terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah menerima sumbangan RM 20,000 setiap seorang. Sumbangan itu disampaikan Kerajaan Negeri Selangor dengan diwakili Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail di kediaman balu Zulkifli di Bandar Baru Putra, Ipoh. Noraziah Mohd Noor, 29, isteri kepada Zulkifli ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/430
Mar 15, 2013 - PETALING JAYA, 14 MAC: Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan satu seminar bagi memastikan rumah mampu milik (RMM) di Selangor bukan sahaja berkualiti, malah dapat dijual pada harga lebih rendah dan disiapkan pada masa yang singkat. Bagi menjayakan visi tersebut, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk menganjurkan seminar yang bakal menampilkan pakar-pakar industri perumahan dalam dan luar negara di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya. Ini merupakan initiatif untuk menambah ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/429
Mar 15, 2013 - SHAH ALAM 13 MAC : Seramai 200 pelajar institut pengajian tinggi (IPT) menerima sumbangan bantuan komputer daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bernilai RM 2,000 setiap satu. Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, pemberian bantuan itu melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM400,000. “Pemberian komputer riba ini diharap mampu menjentik motivasi kepada para pelajar tajaan LZS yang lain, khususnya anak-anak asnaf untuk berusaha lebih ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/428
Mar 11, 2013 - SHAH ALAM 11 MAC : Kerajaan Negeri sedia bubarkan Dewan Negeri Selangor (DNS) selewat-lewatnya akhir Mac ini bagi mendapat mandat baru daripada rakyat Selangor. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri bersedia untuk tujuan itu dan satu keputusan telah dicapai bagi pembubaran DNS. “Sudah buat keputusan tetapi belum (boleh) diumumkan,†katanya dalam sidang media selepas majlis Perhimpunan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/427
Mar 11, 2013 - SHAH ALAM, 10 MAC: Kelainan upaya yang dimiliki Azila Alias, 39, tidak penghalang dirinya mengembangkan perniagaan kelas tuisyen yang diusahakan sejak tujuh tahun lalu. Berbekalkan semangat cekal, penerima Anugerah Peserta Cemerlang Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) Selangor bagi kategori Orang Kelainan Upaya (OKU) kini mampu duduk sebaris dengan peserta lain selepas mengharungi pelbagai cabaran dalam usaha meluaskan perniagaan yang diceburi. Menurut Azila, beliau ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/426
Mar 11, 2013 - TANJONG KARANG 8 MAC : Penggunaan Sistem Natural Farming berjaya mencatatkan purata tambahan pendapatan kira-kira RM 2,000 sebulan bagi petani sayur dan pesawah di Selangor kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tambahan pendapatan itu daripada pengurangan kos akibat pengurangan penggunaan racun dan baja kimia sekaligus meningkatkan mutu pengeluaran tanaman. Tambahan pendapatan itu dirasai oleh 38 penanam sayur dan pesawah di dalam Projek Kelompok ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/425
Mar 11, 2013 - SHAH ALAM 8 MAC : Kerajaan Negeri mempelawa warga emas yang masih belum mendaftar untuk Skim Mesra Usia Emas (SMUE) supaya menyertainya bagi mengelakkan salah faham yang cuba dimanipulasikan oleh pihak tertentu. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri akan menulis surat kepada warga emas yang bercadang untuk menyaman Kerajaan Negeri kerana didakwa tidak menunaikan janji memberikan caruman takaful sebanyak RM 2,500 setiap seorang. ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/424
Mar 08, 2013 - SHAH ALAM 8 MAC : Kerajaan Negeri menyediakan pinjaman peruntukan kepada setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk membaiki atau membangunkan kemudahan sukan. Inisiatif itu diharap dapat meningkatkan mutu dan kualiti atlit Selangor, ujar Exco Belia dan Sukan, Dr. Ahmad Yunus Hairi. “Kita faham bahawa untuk menyediakan kemudahan sukan memerlukan perbelanjaan yang besar, maka Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk memberikan pinjaman kepada mana-mana ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/423
Mar 08, 2013 - SHAH ALAM 7 MAC : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan pembangunan Projek Datum Jelatek di Keramat perlu diteruskan kerana memberi kebaikan kepada negara, negeri dan masyarakat Bumiputera. Menurutnya, menjadi tugas Kerajaan Negeri untuk menerangkan manfaat daripada projek yang bakal dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu kepada sesetengah pihak yang melakukan bantahan terhadapnya. “Saya rasa mereka berhak untuk ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/422
Mar 08, 2013 - SHAH ALAM 7 MAC : Rekabentuk senibina bercirikan kapal layar dan keris membawa tuah kepada syarikat Vast Consultants Sdn Bhd apabila menang tempat pertama pertandingan rekabentuk Jambatan Ketiga Klang hari ini. Konsep rekabentuk yang unik itu bakal menjadi ikon dan mercu tanda bandar Klang menepati pilihan juri seterusnya menewaskan sembilan lagi firma perunding kejuruteraan awam tempatan lain yang turut bertanding. Pengarahnya, Rosely Abdul Latif berkata, rekabentuk ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/421
Mar 07, 2013 - SHAH ALAM 6 MAC : Kerajaan Selangor menubuhkan Tabung Wira Rakyat Selangor berjumlah RM 10 juta bagi membantu ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban semasa mempertahankan negara. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Selangor dalam pada masa yang sama memberikan bantuan berjumlah RM 20,000 kepada setiap keluarga anggota yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah. “Tabung ini akan digunakan kepada keluarga mangsa ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/420
Mar 07, 2013 - SHAH ALAM 6 MAC : Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM 49.75 bilion untuk sepanjang 2008 – 2012 dengan berjaya mengekalkan prestasi negeri itu sebagai destinasi pelaburan utama negara ini. Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok berkata, sepanjang 2012, Selangor mencatatkan pelaburan sebanyak RM 11.7 bilion dengan 252 projek perkilangan diluluskan. Jumlah itu 28.5 peratus daripada jumlah keseluruhan nilai pelaburan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/419
Mar 06, 2013 - SHAH ALAM 5 MAC : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bakal tampil dengan satu lagi Projek Rumah Mampu Milik (RMM) yang terletak Desa Alam Sekysen U12 yang dijangka berada di siap pada Disember 2014. PKNS dengan usahasama Debbin Sdn Bhd ini merupakan RMM keempat PKNS selepas projek berkembar 1422 unit di Bukit Botak Selayang, 124 unit pangsapuri di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi dan 129 unit rumah teres 1 1/2 tingkat di Antara Gapi Serendah. “Projek ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/418
Mar 06, 2013 - SHAH ALAM 5 MAC : Prihatin dengan keselamatan pesakit, Kerajaan Negeri terpaksa mengambil tanggungjawab Kementerian Kesihatan dalam menyediakan kemudahan asas sebuah klinik kesihatan di sini. Klinik Kesihatan Padang Jawa dibina kira-kira 50 tahun itu berada dalam keadaan uzur dan daif, manakala kemudahan asas seperti peti ais untuk menyimpan ubat sudah tidak boleh digunakan lagi. Selain itu, menurut Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi Dan Kebudayaan, ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/417
Mar 05, 2013 - KLANG 4 MAC : Pusat Dialisis milik Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Taman Sri Andalas di sini akan terus dipertingkatkan bagi membantu mereka yang memerlukan. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata lawatan beliau ke pusat itu adalah bagi mengenalpasti masalah yang wujud dan membuat perancangan untuk menambahbaik mutu perkhidmatan. “Lawatan ini adalah untuk meninjau bagaimana mutu perkhidmatan di sini dapat dipertingkatkan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/416
Mar 04, 2013 - IJOK 3 MAC : Usaha Kerajaan Negeri memperkenalkan program baru ‘Jom Shopping Ibu Tunggal’ dilihat bertepatan sebagai medium membantu meringankan beban golongan tersebut. Seorang peniaga, Siti Junaidah Ahmad Supaat, 35, memuji dan berterima kasih atas usaha ini yang menurutnya harus diambil peluang oleh semua ibu tunggal. “Walaupun dilihat kecil oleh sesetengah pihak, dengan perbelanjaan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/415
Mar 04, 2013 - SHAH ALAM 2 MAC : Kerajaan Negeri hari ini melancarkan Seminar Wanita Masjid bagi meningkatkan penyertaan golongan itu dalam program masjid dan bagi memupuk kepimpinan di dalam institusi masjid di Selangor. Bertempat di Masjid Negeri pagi tadi, seminar yang julung-julung kali dianjurkan itu dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga merupakan Exco Hal Ehwal Islam. “Ini antara usaha perintis kita untuk memupuk semangat cintakan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/414
Mar 04, 2013 - SHAH ALAM, 1 MAC: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini menyatakan persimpangan bertingkat di Taman Sains Selangor 2 yang runtuh akan dibaiki dengan kadar segera. Menurut Pengurus Besar PKNS, Othman Omar kerja-kerja pembersihan dijangka akan mengambil masa selama tiga minggu untuk disiapkan, manakala kerja baik pulih dijangka dalam masa lapan bulan. “PKNS telah menubuhkan jawatankuasa siasatan teknikal bagi mengenalpasti punca kejadian ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/413
Mar 04, 2013 - KLANG, 1 MAC: Kerajaan Negeri meluluskan pemberian tanah seluas satu ekar yang terletak di Bandar Parklands, Klang kepada Pertubuhan Hospis Klang bagi tujuan mendirikan Pusat Penjagaan Paliatif khususnya rawatan susulan pesakit luar. Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, keputusan tersebut diambil setelah meneliti kepentingan untuk mewujudkan pusat jagaan ini kepada pesakit kronik yang tinggal di sekitar Klang dan Banting. ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/412
Mar 04, 2013 - KLANG 28 FEB : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan untuk menghadiahkan sebuah Cokmar Khatib dan mewakafkan 500 buah nashkah Al-Quran untuk kegunaan Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong, Shah Alam. Kedua-duanya disampaikan Sultan Selangor dalam satu majlis yang diadakan di Istana Kota Alam Shah petang tadi, yang turut dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Cokmar diterima Imam Besar masjid tersebut, Ustaz Abas Mohd Yusof sementara ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/411
Feb 27, 2013 - KELANA JAYA 27 FEB : Pembangunan Projek Datum Jelatek di Keramat oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan melonjakkan pemilikan nilai hartanah masyarakat Bumiputera melebihi RM500 juta. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebelum ini nilai pemilikan masyarakat Bumiputera di kawasan itu hanya sekitar RM20 juta. “Apa yang dilakukan oleh PKNS ialah membelinya dengan 15 kali ganda daripada harga asal iaitu berjumlah RM300,000. ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/410
Feb 27, 2013 - KELANA JAYA, 26 FEB : Sebuah Kompleks Kediaman Pekerja Industri Bersepadu untuk kemudahan pekerja industri yang lebih selesa dan teratur bakal didirikan di tapak seluas 6.08 ekar di SS 8/6 di sini. Blok pertama yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu bakal siap menjelang Disember 2015 yang boleh menempatkan kira-kira 10,000 warga industri. Pengurus Besar PKNS, Othman Omar berkata, projek ini memenuhi keperluan ‘Workers ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/409
Feb 27, 2013 - SHAH ALAM 24 FEB : Skim SiKembar bukan sahaja menolong ibubapa berpendapatan rendah menghantar anak ke TASKA, malah telah membuka peluang bagi suri rumah dan ibu tunggal untuk menjana pendapatan dengan membuka taska sendiri. Skim yang memberi RM 100 bagi seorang kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah itu telah mendapat respons positif daripada kalangan wanita yang berminat mengusahakan pusat jagaan secara persendirian di rumah. Oleh itu Kerajaan Negeri telah mengadakan Kursus Intensif ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/408
Feb 22, 2013 - SHAH ALAM, 21 FEB : Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menjadi agensi Kerajaan Negeri ketiga yang memeterai Ikrar Integriti Korporat (CIP) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sebelum ini ikrar tersebut telah ditandatangani oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB). Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ikrar integriti ini disifatkan sebagai langkah positif oleh PKPS untuk menerapkan gaya urus tadbir ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/407
Feb 22, 2013 - SHAH ALAM, 21 FEB : Hakim Mahkamah Syariah Selangor diingatkan supaya tidak melengah-lengahkan keputusan kes kerana masih terdapat banyak rungutan tentang kes yang melibatkan penceraian dan pembahgian harta yang mengambil masa terlalu lama. DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam ucapannya bertitah bahawa apabila Mahkamah Syariah melengah-lengahkan penghakiman, ia akan menyebabkan kehidupan mereka yang terlibat akan tergendala. Tegas Baginda masih banyak ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/406
Feb 20, 2013 - SHAH ALAM 20 FEB: Program Spiritual, Physical, Intelektual, Emosi dan Sosial (S.P.I.E.S) Selangor yang dimulakan sejak lima tahun lalu berjaya melatih 101,239 rakyat di negeri ini melalui 1,252 program yang dijalankan. Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim program SPIES ini memberi sumbangan terhadap pembangunan di negeri ini kerana pelaburan di negeri Selangor meningkat dalam lima tahun kebelakangan ini. Menurut beliau, Selangor menduduki tangga pertama dengan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/405
Feb 20, 2013 - SHAH ALAM, 20 FEB : Kerajaan Negeri komited memartabatkan ajaran Al-Quran di negeri ini melalui pemerkasaan pendidikan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, selain menaikkan elaun guru KAFA, Kerajaan Negeri juga menyediakan bantuan untuk Sekolah Tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat (SRA). Ujar beliau, dengan bantuan tersebut diharap dapat memberikan motivasi kepada para guru dan pelajar yang terlibat dalam pendidikan Al-Quran. ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/404
Feb 19, 2013 - KLANG 19 FEB : Kerajaan Negeri akan membina Rumah Mampu Milik (RMM) di Taman Sentosa dan kawasan sekitarnya di sini bagi memenuhi kehendak rakyat apabila situasi banjir di situ dapat dikawal pada masa akan datang. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perancangan tersebut dibuat antara Kerajaan Negeri bersama pemaju selepas mengambil kira nilai dan potensi kawasan itu. Abdul Khalid berkata permintaan untuk perumahan dan bangunan komersil di Taman Sentosa akan meningkat ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/403
Feb 19, 2013 - SHAH ALAM, 18 FEB: Pelabur dan pengusaha industri menyambut baik cadangan Kerajaan Negeri membina jambatan ketiga Klang yang diharapkan dapat memudahkan lagi perjalanan ke Pelabuhan Klang. Di dalam satu dialog bersama Kerajaan Negeri hari ini, mereka menyuarakan harapan agar jambatan tersebut yang akan merentasi Sungai Klang, dapat menghubungkan pelabuhan dengan pusat bandar Klang. Walaupun mereka sedia maklum bahawa lalulintas di pekan Klang agak sesak, ia masih diperlukan kerana banyak ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/402
Feb 19, 2013 - SHAH ALAM 16 FEB : Terminal bas Seksyen 17 Shah Alam di sini akan dinaiktaraf dengan pelbagai kemudahan tambahan demi memenuhi keperluan pengguna bersesuaian keadaan masakini dan dijangka siap pada akhir 2014. Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata Kerajaan Negeri memutuskan menjalankan projek tersebut dengan peruntukan RM10 juta kerana suasana ketidakselesaan dialami pengguna dan penggusaha bas di kawasan itu yang berlarutan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/401
Feb 17, 2013 - PETALING JAYA 16 FEB : Kerajaan Negeri terus mara memperkasa golongan wanita dengan pelancaran program kebajikan terbaru hari ini, Jom Shopping Ibu Tunggal. Bertempat di Hypermarket Giant Kota Damansara petang tadi, seramai 150 peserta daripada sembilan DUN bertuah apabila menjadi kumpulan pertama ibu tunggal yang menikmati inisiatif tersebut dengan ditemani sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Abdul Khalid dalm ucapan perasmiannya berkata, program tersebut merupakan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/400
Feb 17, 2013 - SHAH ALAM 16 FEB : Terminal bas Seksyen 17 Shah Alam di sini akan dinaiktaraf dengan pelbagai kemudahan tambahan demi memenuhi keperluan pengguna bersesuaian keadaan masakini dan dijangka siap pada akhir 2014. Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata Kerajaan Negeri memutuskan menjalankan projek tersebut dengan peruntukan RM10 juta kerana suasana ketidakselesaan dialami pengguna dan penggusaha bas di kawasan itu yang berlarutan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/399
Feb 17, 2013 - KLANG, 15 FEB: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan bahawa pembinaan jambatan ketiga Klang akan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Katanya, peruntukkan pembinaan jambatan sepanjang 500 meter itu sudah disediakan melalui wang rizab simpanan negeri sejumlah RM300 juta. “Negeri Selangor sudah ada dana yang kita umumkan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) tahun lepas bahawa rizab RM300 juta sekurang-kurangnya akan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/398
Feb 15, 2013 - SEPANG 14 FEB: Bandar Baru Salak Tinggi di sini menjadi lokasi baru yang menerima akses internet jalur lebar (WiFi) secara percuma selepas dilancarkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini. WiFi Selangorku ini dipasang di Pusat Penjaja Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi dan merupakan antara 112 lokasi WiFi percuma yang dirancang akan dipasang seluruh Selangor. Abdul Khalid berkata, projek WiFi Selangorku ini menggunakan peruntukan Geran Selangorku sebanyak ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/397
Feb 14, 2013 - SHAH ALAM 13 FEB : Selangor berjaya mencapai sasaran nilai pelaburan melebihi jumlah purata yang ditetapkan pada tahun lalu iaitu sebanyak RM10 bilion bagi tempoh Januari hingga Oktober 2012. Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok berkata bagi tempoh itu, Selangor mencatat rekod tertinggi berbanding negeri lain, dengan catatan melebihi RM10.5 bilion melibatkan 211 projek perkilangan yang diluluskan. Katanya, jumlah itu mewakili sebanyak 30 peratus daripada ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/396
Feb 13, 2013 - SHAH ALAM, 9 FEB: Kerajaan Negeri melalui Exco Pendidikan Selangor dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan kerjasama NGO Muslim Care akan melaksanakan misi kemanusiaan pertama ke Gaza bagi pembinaan perpustakaan komuniti berkonsepkan ‘Rebranding’di Gaza Palestin. Rombongan Kemanusiaan yang akan disertai 22 orang terdiri daripada pelbagai latar belakang profesion bakal bertolak ke Gaza pada 9 Februari ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/395
Feb 08, 2013 - SHAH ALAM 8 FEB : Pakar dari dalam dan luar negara akan dipanggil Kerajaan Negeri berhubung pembinaan projek “Rumah Mampu Milik Pasang Siap†yang mula dilaksanakan menerusi Belanjawan 2013. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pakar-pakar luar negara dari United Kingdom dan Jepun itu akan diminta memberikan pendapat dan cadangan dalam penyediaan rumah itu nanti dengan cara yang terbaik. Katanya, hasil ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/394
Feb 08, 2013 - KUALA KUBU BHARU 7 FEB : Peniaga kuih muih dari Hulu Bernam, Nor Anita Baharuddin, 44, menganggap bantuan Kerajaan Negeri yang diterima memberi galakan bagi dirinya untuk terus berusaha gigih memajukan perniagaan dijalankan sejak dua tahun lalu. “Bantuan perniagaan yang saya terima ini akan membolehkan saya membuat kuih muih dengan lebih banyak kerana oven diberikan lebih besar dari yang saya gunakan sekarang. “Dengan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/393
Feb 08, 2013 - SHAH ALAM 7 FEB : Kerajaan Negeri Selangor akan meminta Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri supaya memberikan elaun khas kepada kakitangan yang mempunyai kepakaran terhadap hal ehwal tanah. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata elaun itu wajar diberikan selepas pihak PTG mengadakan kursus kemahiran dan pendidikan kepada kakitangannya beserta sijil. “Saya mahu penjawat awam mempunyai kemahiran dan keupayaan yang luas. Kita bagi mereka ilmu ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/392
Feb 08, 2013 - SHAH ALAM 7 FEB : Majlis Perbandaran Klang (MPK) membuat tawaran pengurangan kompaun RM15.00 bagi setiap kompaun letak kereta bermula 1 Februari sehingga 28 Februari dan jumlahnya akan meningkat kepada RM30.00 bagi setiap kompaun bermula 1 Mac sehingga 31 Mac 2013. Pengarah Jabatan Komunikasi dan Pengaduan Awam, Norfiza Mahfiz berkata tawaran pengurangan itu dilaksanakan semula selepas mendapat sambutan menggalakkan di mana orang ramai yang mengambil peluang tersebut untuk menjelaskan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/391
Feb 07, 2013 - SHAH ALAM 6 FEB: Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM70.4 juta sepanjang lima tahun ini khusus bagi bantuan pendidikan untuk rakyat di Selangor. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, sehingga 31 Disember tahun lalu, sejumlah RM32.1 juta diperuntukkan untuk Hadiah Pengajian Intitut Pengajian Tinggi (HPIPT) kepada 32,130 anak negeri Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/390
Feb 07, 2013 - SHAH ALAM 6 FEB: Mulai minggu depan, golongan belia yang berkahwin paada Januari tahun ini dan berusia tidak lebih 35 tahun boleh memohon mendapatkan insentif perkahwinan yang diberikan Kerajaan Negeri. Exco Adat Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, borang permohonan boleh didapati di Pusat Khidmat DUN di seluruh negeri bagi mendapatkan insentif sebanyak RM200 itu. Katanya, anak kelahiran Selangor layak menerima hadiah insentif itu yang berupa wang simpanan Tabung Haji ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/389
Feb 07, 2013 - SUBANG JAYA 6 FEB : Perkhidmatan wifi secara percuma kini dapat dinikmati sebahagian daripada warga Subang Jaya sejak Disember tahun lalu, yang disediakan di bawah peruntukan Geran Selangorku. Mengambil kira faktor kepadatan dan pendapatan sederhana penduduk, penghuni Pangsapuri Kos Rendah SS19 di sini berpeluang memanfaatkan perkhidmatan tersebut. “Ia juga sebagai kemudahan kepada kanak-kanak dan guru sebuah tadika yang terdapat di kawasan perumahan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/388
Feb 06, 2013 - TELUK DATUK 5 JAN : Tiga buah keluarga yang menjadi mangsa kejadian rumah terbakar di Kampung Sungai Cheeding di sini masing-masing menerima sumbangan kilat berjumlah RM1,000 setiap keluarga daripada Adun Teluk Datok, Philip Tan pagi semalam. Kebakaran awal pagi semalam memusnahkan dua buah rumah sewa di Lot 6694 Jalan Enggang. Sehubungan itu, Philip Tan yang melakukan tinjauan di lokasi kejadian kira-kira 10 pagi semalam bertindak menyalurkan bantuan kewangan segera untuk setiap ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/387
Feb 04, 2013 - PETALING JAYA 2 FEB : Sejajar dengan misi memartabatkan institusi pendidikan anak-anak pekerja ladang, Kerajaan Negeri membina bangunan asrama untuk menempatkan anak golongan berkenaan. Bertempat di Ijok, bangunan dua blok, tiga tingkat yang dilengkapi pelbagai kemudahan asas bagi menjamin pembelajaran lebih selesa itu dijangka siap dibina sebelum hujung tahun ini dengan kos sebanyak RM 5 juta melalui peruntukkan dari Geran Selangorku. Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/383
Feb 04, 2013 - PETALING JAYA 1 FEB : Sebuah gelanggang futsal bernilai RM150,000 menggunakan peruntukan Geran Selangorku berjaya disiapkan untuk kemudahan penduduk di Gugusan Semarak, Seksyen 4, Kota Damansara di sini. Dengan adanya gelanggang berkenaan ia memudahkan penduduk di sini terutama golongan belia menjalan pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi. “Kita menyediakan kemudahan ini selepas menyedari kawasan perumahan di sini tiada kemudahan gelanggang yang sempurna ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/382
Feb 01, 2013 - SHAH ALAM, 31 JAN : Kerajaan Negeri mahu pemaju Pangsapuri Indahria untuk segera melaksanakan kerja-kerja membaikpulih bangunan tersebut yang kini berhadapan masalah rekahan tanah sehingga menyebabkan strukturnya retak sejak setahun lalu. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sekiranya pemaju enggan melaksanakan kesemua kerja itu, Kerajaan Negeri akan mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengambil alih usaha pembaikan. MBSA kemudian akan menuntut ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/381
Jan 31, 2013 - SUBANG JAYA 29 JAN : Sebanyak 64 pusat siber haram di seluruh Selangor, yang setengahnya menjalankan “kasinoâ€ÂÂ, diserbu dalam operasi serentak oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hari ini. Pihak penguatkuasa PBT merampas 1,189 set komputer dan mengeluarkan 10 saman kompaun terhadap pihak yang menguruskan pusat tanpa lesen itu. Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/379
Jan 31, 2013 - SHAH ALAM 30 JAN : Bagi memberi peluang pendidikan yang menyeluruh kepada pelajar Selangor, Yayasan Selangor (YS) memperuntukkan biasiswa sebanyak RM 400,000 untuk 50 pelajar pengajian asas (foundation) di Universiti Selangor (Unisel) bagi tahun 2013. Jumlah pelajar yang menerima itu meningkat berbanding RM 273,000 untuk 39 pelajar yang menerima pada tahun lalu. Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad berkata pelajar program asas Unisel bertuah kerana yuran pengajiannya terendah ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/380
Jan 30, 2013 - KUALA LUMPUR 29 JAN : Pihak berkuasa tempatan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya digesa memantau perkembangan projek pembangunan di persekitaran Bukit Gasing bagi memastikan ia tidak mengancam keselamatan penduduk sekeliling. Ini disebabkan beberapa kejadian tanah runtuh dan pergerakan tanah yang penduduk dakwa berpunca daripada tapak pembangunan perumahan mewah di lereng bukit tersebut. MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta bertindak ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/378
Jan 30, 2013 - SHAH ALAM 29 JAN: Kerajaan Negeri akan berusaha untuk mengangkat martabat dan mengatasi masalah guru Kelas Fardhu Ain (Kafa) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam usaha menjadikan Selangor sebagai hub ilmuan dan pendidikan. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, masalah seperti prasarana sekolah yang kurang memuaskan, gaji, ketetapan jawatan, pencen dan elaun guru Kafa dan SAR akan terus diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri. Abdul Khalid berkata masalah yang dihadapi ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/377
Jan 29, 2013 - PUCHONG 28 JAN: Adun Kinrara, Teresa Kok menziarahi mangsa-mangsa banjir Kampung Tengah di Puchong untuk memberi sumbangan kepada mereka yang bermalam di Masjid Nurul Iman di kampung itu. Mereka berpindah ke Masjid yang dijadikan pusat pemindahan banjir sementara ekoran kejadian banjir yang berlaku pada Jumaat lepas. Katanya, walaupun 41 keluarga terlibat dengan bencana banjir itu, hanya 25 keluarga yang berpindah ke masjid itu untuk mendapat perlindungan. Teresa yang juga Ahli ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/376
Jan 29, 2013 - KLANG, 28 JAN: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Agama Kampung Delek gembira apabila menerima sumbangan RM40,000 dari Kerajaan Negeri Selangor. Sumbangan tersebut disampaikan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali di majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H/2013 Peringkat DUN Selat Klang di perkarangan Masjid Nurul Amin, Kampung Delek di sini. Menurut Yang Dipertua PIBG sekolah terbabit, Abd Rahman Saari sumbangan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/375
Jan 29, 2013 - KLANG, 28 JAN: Dua petugas Pengawal Kunci Air Sungai Bertik, Sungai Udang dan Kampung Delek menerima Penghargaan Jasamu Tetap Dikenang Sepanjang Zaman dalam Sambutan Maulidur Rasul 1434/2013 Peringkat DUN Selat Klang di sini. Pengawal Kunci Air Sungai Udang dan Kampung Delek, Hasanuddin Selamat dan Pengawal Kunci Air Sungai Bertik, Mohd Nazri Jailani merupakan antara 51 penerima penghargaan sempena sambutan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Penghargaan tersebut diberikan atas peranan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/374
Jan 25, 2013 - SHAH ALAM, 24 JAN: Perarakan dalam sambutan Majlis Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor disambut meriah dengan penyertaan 118 kontinjen yang berarak walaupun dalam keadaan hujan lebat pagi ini. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut serta di dalam perarakan itu yang disertai pelbagai agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan anak syarikat Kerajaan Selangor. Abdul Khalid yang mengetuai perarakkan tersebut dilihat menolak payung yang ditawarkan dan bersama-sama ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/373
Jan 25, 2013 - SHAH ALAM 23 JAN : Kerajaan Negeri hari ini mempelawa mana-mana Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dalam negeri ini untuk memohon bantuan persekolahan daripada Kerajaan Negeri. Untuk tahun kelima berturut-turut, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM16 juta khusus bagi memberi inisiatif kepada sekolah-sekolah yang memerlukan bantuan. Exco Pendidikan, Dr Halimah Ali mengumumkan dalam sidang media ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/372
Jan 23, 2013 - SHAH ALAM, 22 JAN : Jumlah kutipan zakat harta dan fitrah di Selangor pada tahun 2012 melebihi sasaran, dengan jumlah kutipan sebanyak RM451 juta berbanding RM394.1 juta dalam tempoh sama pada tahun sebelumnya. Perkara itu diumumkan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd. Isa pada sidang media khas yang diadakan di Bangunan Sultan Idris Shah di sini. Menurut Adzib, jumlah kutipan ini melebihi daripada sasaran RM430 juta yang ditetapkan oleh Lembaga ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/371
Jan 22, 2013 - PELABUHAN KLANG : Masyarakat Islam di Bandar Armada Putra, Pulau Indah di sini kini tidak lagi menghadapi masalah untuk beribadat apabila surau yang mereka guna selama ini telah dinaiktaraf kepada masjid. Penyelaras DUN Pelabuhan Klang, Suhaimi Mohamad Nor berkata surau tersebut telah dinaiktarafkan menjadi Masjid Al Qayyum bagi menampung keperluan penduduk di kawasan itu yang kini semakin bertambah. “Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/370
Jan 21, 2013 - Exco Perumahan Selangor, Iskandar Abdul Samad memaklumkan projek Rumah Mampu Milik (RMM) Jalan Sungai Long 12/2, Bandar Sungai Long dijangka siap dua bulan lagi. Melibatkan 136 unit dibawah tanggungjawab pemaju Sin Heap Lee Development Sdn Bhd, ini merupakan projek RMM ketiga yang dibina Kerajaan Negeri Selangor. “Asalnya kawasan ini merupakan kawasan rumah kos rendah. Oleh kerana jarak jauh dari bandar maka kita benarkan pertukaran status. Maka harga ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/369
Jan 21, 2013 - SUBANG JAYA 19 JAN: Bagi menghargai sumbangan, kerja keras dan komitmen kakitangannya, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengadakan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2012 yang bertempat di Stadium MPSJ baru-baru ini. Seramai 118 kakitangan MPSJ daripada pelbagai pangkat dan jabatan menerima penghargaan yang disampaikan oleh Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi. Majlis pada kali ini merupakan anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) MPSJ dan turut dihadiri ahli majlis ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/368
Jan 17, 2013 - SHAH ALAM 15 JAN : Proses urus tadbir yang baik atau ‘good governance’ yang diamalkan Kerajaan Negeri Selangor mampu menjadikan negeri ini bertambah maju sekiranya pentadbiran awam mengamalkan prinsip integriti, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bulan Integriti Peringkat Negeri dan Pelancaran Pelan Strategik pejabat Setiausaha Kerajaan Neger Dalam perkara itu, ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/367
Jan 17, 2013 - PETALING JAYA, 16 JAN: Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kutipan sampah di Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) melaksanakan dasar kontrak ‘enam campur enam’ terhadap semua kontraktor perkhidmatan tersebut. Dalam dasar yang berkuatkuasa serta merta itu, setiap syarikat kontraktor hanya diberikan kontrak selama enam bulan sahaja dan hanya disambung semula sekiranya mereka berjaya menunjukkan prestasi ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/366
Jan 14, 2013 - SHAH ALAM, 13 JAN: Program Kempen Wanita Menentang Jenayah yang dianjurkan Kerajaan Negeri Selangor hari ini disambut baik oleh golongan wanita di negeri ini. Rata-rata yang ditemui melihat kempen yang dilancarkan di Tapak Bazarena Stadium Shah Alam itu mampu memberi kesedaran dan pengetahuan berguna untuk wanita apabila berdepan dengan penjenayah. Kempen tersebut yang dihadiri kira-kira 100 hadirin itu dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Geran Selangorku, Datuk ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/365
Jan 11, 2013 - SUBANG JAYA, 10 JAN: Dasar tender terbuka yang diamalkan Kerajaan Negeri membuktikan bahawa syarikat kontraktor Melayu/bumiputera di Selangor tidak terpinggir dan mampu berdaya saing untuk memenangi sesebuah projek kerajaan. Amalan tender terbuka bagi projek-projek Kerajaan Negeri yang dipratikkan sejak 2008 itu juga berjaya melahirkan kontraktor bumiputera yang kompetitif dan berkualiti. Ini dibuktikan apabila syarikat kontraktor milik penuh bumiputera, Aminsa Bina Sdn Bhd ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/364
Jan 09, 2013 - SHAH ALAM, 9 JAN : Ekoran kejadian bekalan air terputus di sekitar Ampang dan Cheras sejak 10 hari lalu, Pusat Khidmat DUN Cempaka mengambil inisiatif membuka sebuah bilik gerakan di kawasan itu. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Iskandar Samad berkata, bilik gerakan bertempat di Perpustakaan Komuniti Pandan Jaya itu berfungsi membantu penduduk setempat yang kini berhadapan gangguan bekalan air untuk membuat laporan. Menurutnya, petugas di bilik gerakan itu ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/363
Jan 09, 2013 - KUALA LUMPUR 8 JAN : Dewan Komuniti Kampung Pandan yang sudah berusia lebih 30 tahun akan berwajah baru apabila pembinaan semula dirancang oleh Kerajaan Negeri menerusi peruntukan geran Selangorku. Pembinaan itu dianggarkan melibatkan kos kira-kira RM500,000 dijalankan menerusi hasil usaha Pusat Khidmat DUN Chempaka bagi menjadikan dewan orang ramai yang popular dengan gelaran ‘Dewan Jalan H’ kembali mendapat ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/362
Jan 07, 2013 - BANDAR BARU BANGI 6 Jan : Kerajaan Selangor menerima banyak permohonan bagi membina masjid di seluruh negeri akan tetapi, penilaian akan dibuat berdasarkan jumlah qariah yang hadir di sesuatu surau untuk menunaikan solat fardhu. “Saya akan bagi test dahulu. Saya akan tanya jumlah jemaah yang hadir solat pada solat Maghrib dan Isyak,†kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid. “Ada yang ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/361
Jan 07, 2013 - SHAH ALAM, 4 JAN : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjelaskan, pembinaan 60 unit pangsapuri 13 tingkat di Seksyen 18 di sini, bertujuan meningkatkan nilai hartanah Bumiputera di Shah Alam. Ini setelah kuota perumahan kos rendah, sederhana rendah dan sederhana telah lama dipenuhi oleh PKNS. Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim berkata, pembangunan di Shah Alam adalah berlandaskan Pelan Struktur Shah Alam di mana PKNS memenuhi perancangan pembangunan yang ditetapkan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/360
Jan 03, 2013 - SHAH ALAM, 2 JAN : Kerajaan Negeri menyediakan pelan bantuan dengan meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor bersiap sedia bagi mengatasi gangguan bekalan air dibeberapa kawasan di negeri ini. Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin, Kerajaan Negeri meminta Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk menghantar lori-lori tangki air ke kawasan terlibat di Bandar Tun Razak, Hulu Langat dan Ampang. Sehingga kini, ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/359
Jan 03, 2013 - SHAH ALAM 2 JAN : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) optimis dalam usaha mempertingkatkan ekonomi rakyat Selangor khususnya golongan Bumiputera tahun ini, meskipun berhadapan dengan suasana ekonomi negara dan global yang masih suram. Menurut Pengurus Besar PKNS, Othman Omar, tekad dan komitmen tersebut didorong oleh pencapaian memberansangkan PKNS sepanjang tahun lalu dalam pembangunan bisnes dan korporat. “Pada tahun lepas, cabaran ekonomi dan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/358
Jan 03, 2013 - PETALING JAYA 2 Dis : Warga Petaling Jaya akan dapat menengahkan aduan mereka secara terus kepada Datuk Bandar baru Datin Paduka Alinah Ahmad, yang mahu mengamalkan dasar pintu terbuka atau “open door policyâ€ÂÂ. Melalui dasar tersebut, Alinah antara lain akan memberi ruang selama sejam pada setiap hari bekerja untuk warga Petaling Jaya bertemu dan memanjangkan aduan kepadanya sendiri secara empat mata. ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/357
Jan 02, 2013 - SHAH ALAM, 2 JAN : Seramai 28 orang penduduk asal Bukit Bandaraya Shah Alam menerima sumbangan lima batang pokok limau kasturi setiap seorang untuk ditanam di halaman rumah masing-masing. Majlis penyampaian sumbangan ini disempurnakan Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari bertempat di Dewan Bukit Bandaraya, Seksyen U11, Shah Alam. Dr Yaakob dalam ucapannya berkata, program ini bertujuan bagi meningkatkan pendapatan ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/356
Jan 02, 2013 - SHAH ALAM, 1 JAN: Lebih 140,000 orang dari pelbagai lapisan usia hadir membanjiri Dataran Kemerdekaan, Shah Alam bagi memeriahkan Program Jom Santai Bersama GeMS kelolaan Kerajaan Negeri sempena ambang 2013 di sini malam tadi. Program GeMS – Generasi Idaman Selangor, itu diadakan dengan pendekatan menyambut tahun baru dengan tema keagamaan serta bersifat santai. Ia ternyata mendapat sambutan hebat dan ia memberi nafas baru kepada penganjuran majlis. ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/355
Jan 02, 2013 - SHAH ALAM 31 DIS : Pendekatan Pakatan Rakyat Selangor menganjurkan program sambutan tahun baru berbentuk ilmiah amat dialu-alukan oleh orang ramai. Tinjauan Selangor Kini di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pagi tadi mendapati rata-rata pengunjung yang ditemui di Program Karnival Pendidikan Negeri Selangor (EduSEL), mengalu-alukan langkah Kerajaan Negeri menganjurkan sambutan yang disifatkan penuh sederhana namun sangat bermanfaat. Menurut Kamal Ibrahim, 42, program-program sebegini ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/354
Jan 02, 2013 - AMPANG, 31 DIS : Penduduk di Jalan Bunga Tanjung, Taman Muda di sini dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak meletakkan kenderaan berhampiran padang permainan di situ ekoran berlakunya mendapan dan hakisan bawah tanah. Adun Teratai, Jenice Lee ketika membuat tinjauan di kawasan itu pagi tadi berkata, kejadian tersebut dilaporkan berlaku kira-kira minggu lalu akibat hujan lebat yang turun hampir setiap hari. Ekoran itu, katanya, tanah mula menjadi lembab hingga ...
Tags matched : Berita 2013
└/index.php/pages/view/353